Orang ramai boleh merujuk kepada aplikasi mudah alih, myCuaca, yang mengandungi maklumat cuaca terkini selain laman sesawang Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia).
Ketua Pengarah METMalaysia Alui Bahari berkata empat petugas bertanggungjawab mengemas kini keadaan semasa cuaca dalam aplikasi dan laman sesawang berkenaan bagi membolehkan rakyat bersedia menghadapi sebarang perubahan cuaca yang tidak menentu ketika ini.
"Kesemua petugas berkenaan mempunyai dua syif iaitu pagi dan malam. Mereka bukan sahaja kemas kini aplikasi malah di laman sesawang METMalaysia iaitu http://www.met.gov.my/. Keadaan semasa cuaca dikemas kini dua kali sehari iaitu pada 10 pagi dan 10 malam.
"Namun, jika terdapat maklumat terkini, pihak kami akan kemas kini maklumat dengan kadar segera untuk orang ramai," katanya ketika dihubungi Bernama pada Jumaat.
Alui berkata demikian ketika diminta mengulas saranan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak yang mahu METMalaysia meningkatkan kekerapan hebahan maklumat mengenai keadaan cuaca kepada rakyat melalui platform kementerian itu termasuk media arus perdana serta media sosial dengan kerjasama METMalaysia.
Menjelaskan mengenai laman sesawang METMalaysia, Alui berkata medium itu mempunyai pelbagai maklumat berkaitan cuaca antaranya taburan hujan, kelajuan angin, indeks ultra ungu dan ramalan cuaca.
Beliau berkata MetMalaysia adalah agensi yang bertanggungjawab menyediakan maklumat terkini kepada orang ramai dan mereka haruslah hanya merujuk kepada infomasi yang disediakan pihaknya bagi mengelak sebarang kekeliruan.
"Baru-baru ini, terdapat tular berhubung suhu terendah dialami negara yang disebarkan menerusi media sosial. Jadi, ingin saya pesan agar jangan mudah percaya.
"Maklumat sahih berkaitan cuaca boleh diperoleh menerusi laman sesawang, aplikasi myCuaca atau talian 1 300 22 1MET (1638)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 10 2017
![myCuaca tawar informasi cuaca terkini - KP METMalaysia myCuaca tawar informasi cuaca terkini - KP METMalaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-11/51510358337_RainHeavy.jpg)
Aplikasi itu mempunyai pelbagai maklumat berkaitan cuaca antaranya taburan hujan, kelajuan angin, indeks ultra ungu dan ramalan cuaca.
![Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51658407048_Cabul.jpg)
Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian
Polis menahan seorang pelancong lelaki warga Maghribi kerana disyaki mencabul seorang juruterapi wanita rakyat tempatan di Pulau Perhentian.
Warga Thailand seludup diesel dihadapkan mahkamah
Seorang pemandu lori warga Thailand dihadapkan ke mahkamah atas menyeleweng 322 liter minyak diesel minggu lalu.
ADUN Rembia sertai Pas: YB Kampar minta buka riben putih
Susulan pengumuman ADUN Rembia sertai Pas dalam sidang media, YB Kampar, Chong Zhemin kemuka Peraturan Mesyuarat dan menyifatkan satu penghinaan besar buat Parlimen.
#SisiTVParlimen
#AWANInews
#SisiTVParlimen
#AWANInews
![Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720590984_DatukSeriMohamadH.jpg)
Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad
Mohamad Hasan berkata buat masa ini, kerja-kerja penandaan dan pengukuran di lapangan telah meliputi 175.96 km atau 33.3 peratus daripada keseluruhan jarak sempadan.
Kim Pan Gon undur diri kesan kepada Harimau Malaya
Apa reaksi peminat Harimau Malaya dan penganalisis sukan mengenai peletakan jawatan Kim Pan-Gon?
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
![Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712121864_TBADLYZAHARIjp.jpg)
Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk
Perkara itu dimaklumkan pihak Aerotree Defence and Services Sdn Bhd iaitu syarikat yang dipertanggungjawabkan dalam kontrak perolehan perkhidmatan sewaan helikopter berkenaan.
Keghairahan final Euro 2024 dibawakan ke restoran mamak
Kemeriahan dan keghairahan perlawanan final UEFA EURO 2024 antara Sepanyol dengan England di Berlin, Jerman dirasai di Malaysia, dibawakan oleh 'Astro BizOne Watch Party' di Restoran Hakim, Seksyen 7, Shah Alam.
![Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721115027_MuhammadAdiLagik.jpg)
Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas
Polis sedang berusaha mengesan seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang oleh keluarganya di Kuala Pilah sejak enam hari lepas.
[TERKINI] Sidang media khas FAM
FAM adakan satu sidang media khas petang nanti, difahamkan berkaitan rombakan. Kepimpinan tertinggi FAM atau barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya?
![Amaran cuaca buruk berterusan di Pahang dan Johor Amaran cuaca buruk berterusan di Pahang dan Johor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/81479637595_GloomyWheather.jpg)
Amaran cuaca buruk berterusan di Pahang dan Johor
Cuaca buruk dengan hujan lebat dijangka berterusan di Segamat, Mersing, dan Kota Tinggi di Johor serta daerah Rompin, Pekan dan Kuantan di Pahang, demikian menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.
![20 darjah Celsius bukan luar biasa - MetMalaysia 20 darjah Celsius bukan luar biasa - MetMalaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-12/81450150032_HeavyRain.jpg)
20 darjah Celsius bukan luar biasa - MetMalaysia
Aplikasi ramalan cuaca, Met Office, baru-baru ini telah memaparkan cuaca di Lembah Klang turun sekitar 22 darjah Celsius.
![Tiada aktiviti seismik yang signifikan di Lautan Hindi Tiada aktiviti seismik yang signifikan di Lautan Hindi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-10/61508409157_TBMeteor.jpg)
Tiada aktiviti seismik yang signifikan di Lautan Hindi
Ketua Pengarahnya Alui Bahari berkata pihaknya mempunyai rangkaian pemantauan gempa bumi dan tsunami yang lengkap yang memantau aktiviti seismik di Lautan Hindi.
![myCuaca tawar informasi cuaca terkini - KP METMalaysia myCuaca tawar informasi cuaca terkini - KP METMalaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-11/51510358337_RainHeavy.jpg)
myCuaca tawar informasi cuaca terkini - KP METMalaysia
Empat petugas bertanggungjawab mengemas kini keadaan semasa cuaca dalam aplikasi dan laman sesawang berkenaan.
![Banjir: Giliran Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur selepas ini Banjir: Giliran Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur selepas ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-11/41510221270_Banjir.jpg)
Banjir: Giliran Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur selepas ini
Alui Bahari berkata keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan yang cenderung banjir dan kawasan rendah.
![Jabatan Meteorologi nafi sebar amaran puting beliung Jabatan Meteorologi nafi sebar amaran puting beliung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-09/51379570046_295x200.jpg)
Jabatan Meteorologi nafi sebar amaran puting beliung
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) malam ini menafikan ia mengeluarkan amaran puting beliung dijangka berlaku di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya hari ini.