Kerajaan Myanmar, atas perintah kaunselor negaranya, Daw Aung San Suu Kyi, bersetuju menganjurkan Permukiman Menteri Luar ASEAN di Yangon pada 19 Dis ini, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.
Beliau berkata sesi permukiman itu akan memberi peluang kepada para Menteri Luar ASEAN untuk bertukar-tukar pandangan dan berbincang untuk mencari penyelesaian secara adil, pantas serta berkekalan bagi masalah yang sedang melanda kawasan tertentu di utara negeri Rakhine.
Katanya, Suu Kyi berjanji akan memberi taklimat kepada para menteri berkenaan tentang perkembangan terkini di wilayah tersebut pada permukiman itu.
"Perkara inilah yang didesak Kerajaan Malaysia dalam minggu-minggu kebelakangan ini - pengakuan bahawa wujudnya masalah itu dan perbincangan untuk mencari penyelesaiannya.
"Walaupun ini hanya langkah pertama ke arah menyelesaikan masalah itu, ia tetap merupakan suatu langkah positif dan menuju ke arah yang tepat," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Anifah berkata, pada 27 Nov, beliau mencadangkan agar satu mesyuarat Menteri Luar ASEAN diadakan dengan segera bagi membincangkan keadaan di wilayah utara negeri Rakhine.
Katanya kedudukan membimbangkan dan keadaan kemanusiaan yang begitu dahsyat di negeri Rakhine serta kesan meluas krisis itu terhadap negara ASEAN yang berjiran dengannya, menuntut perkara berkenaan dibincangkan dalam ASEAN.
Menurut beliau, Myanmar pada mulanya menolak cadangan Malaysia itu, tetapi setelah menerima tekanan berterusan daripada masyarakat antarabangsa, negara itu bersetuju utuk mengadakan permukiman berkenaan.
"Mesyuarat pada 19 Dis ini akan memberi peluang kepada saya untuk menyuarakan dengan lantang pendirian tegas Malaysia berhubung isu itu.
"Saya berharap akan dapat merebut peluang ini untuk mengetengahkan hakikat bahawa Malaysia secara terus-menerus mengutuk peningkatan keganasan yang berlaku di wilayah utara negeri Rakhine sejak ia mula tercetus pada 9 Okt 2016," katanya.
Anifah berkata pembunuhan manusia yang tidak bersalah dan pengusiran penduduk dari kampung halaman mereka adalah perbuatan yang tidak boleh diterima dan Malaysia akan menyeru semua pihak terlibat supaya mengelak daripada mengambil sebarang tindakan yang boleh memburukkan lagi keadaan.
Sebagai anggota pengasas ASEAN, kata beliau, Malaysia berpegang sepenuhnya kepada prinsip penubuhan ASEAN, khususnya prinsip tidak campur tangan, yang merapatkan hubungan antara sesama negara anggota pertubuhan itu selama ini.
"Bagaimanapun, kami juga percaya bahawa negara anggota ASEAN terikat dengan prinsip antarabangsa mengenai penggalakkan dan perlindungan hak asasi manusia, yang turut termaktub dalam Piagam ASEAN dan Deklarasi Hak Asasi Manusia ASEAN.
"Semangat Komuniti ASEAN, yang memperjuangkan matlamat ASEAN untuk menikmati keamanan, keselamatan dan kestabilan berkekalan, pertumbuhan ekonomi dan kemakmuran berkekalan yang dikongsi bersama, patut membimbing kita dalam perkara ini," kata beliau.
Anifah berkata Malaysia sentiasa bersedia membantu Myanmar dalam mencari penyelesaian secara adil, pantas dan berkekalan terhadap isu yang berlarutan di negeri Rakhine. - Bernama
Bernama
Sat Dec 17 2016
"Perkara inilah yang didesak Kerajaan Malaysia dalam minggu-minggu kebelakangan ini - pengakuan bahawa wujudnya masalah itu dan perbincangan untuk mencari penyelesaiannya." - Astro Awani / Shahir Omar
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kemboja kini destinasi pelaburan yang kompetitif di ASEAN, kata PM Hun Manet
Kemboja menikmati keamanan dan kestabilan politik yang merupakan faktor penting, manakala kerajaan negara itu mengamalkan dasar ekonomi yang paling terbuka dan bebas di Asia.
Populasi panda raksasa peliharaan di dunia cecah 757 ekor
China telah menubuhkan 67 rizab alam semulajadi panda raksasa dan Taman Negara Panda Raksasa, merangkumi kawasan seluas 2.58 juta hektar.
China sasar penembusan pengguna 5G lebih 85 peratus menjelang akhir 2027
Setakat akhir September tahun ini, jumlah stesen pangkalan 5G di China mencapai kira-kira 4.09 juta.
Caj hospital swasta meningkat, KKM akan bawa pendekatan perkhidmatan berasaskan nilai
Isu peningkatan caj hospital dan insurans perubatan yang melambung tinggi dibangkitkan beberapa ahli Parlimen yang meminta KKM untuk mengawal perkara berkenaan.
AWANI Ringkas: Jenayah | Rusuhan di Islamabad
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MTL: Lebih 100 hektar padi sedia dituai ditenggelami banjir, kerugian hampir RM1 juta
Seramai 39 pesawah dari Kampung Luar dan Kampung Tersang di sini mengalami kerugian hampir RM1 juta selepas sawah seluas 121 hektar ditenggelami banjir.
Parti Cinta Sabah kini komponen baharu dalam GRS
Kesemua presiden parti dalam Gerakan Rakyat Sabah (GRS) secara sebulat suara menerima Parti Cinta Sabah (PCS) menjadi komponen dalam gabungan itu.
Perkasa pembangunan Wilayah Persekutuan Labuan - Anifah
Usaha membangunkan Wilayah Persekutuan Labuan perlu diperkasakan dan melalui proses transformasi supaya wilayah itu berada pada landasan tepat bagi menuju era digitalisasi.
Anifah Aman kecewa masalah air Labuan berlarutan, sukar tarik pelabur
Dewan Rakyat pada 13 Oktober lepas meluluskan RUU bagi meminda Akta SPAN 2006, bertujuan memperkemas tadbir urus dan memperkukuh SPAN.
Bekas Menteri Luar Anifah Aman dilantik Pengerusi Perbadanan Labuan
Bekas Menteri Luar Senator Tan Sri Anifah Aman telah dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Labuan (LC) bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 19 Jun 2023.
Kerjasama kunci utama pamerkan potensi Asia - Anifah Aman
Kerjasama yang ikhlas dan bermakna merupakan kunci untuk mengungkap potensi besar Asia dan akan membolehkan terwujudnya aturan dunia multipolar.
Pelantikan Anifah sebagai Senator akan tingkatkan ekonomi Labuan - LCC
Dewan Perdagangan Labuan (LCC) berharap Senator Datuk Seri Anifah Aman yang baru dilantik dapat membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi pulau bebas cukai itu.
16 senator angkat sumpah Ahli Dewan Negara
Mereka ialah ADUN Kedah Abdul Nasir Idris, Setiausaha PAS Kedah Musoddak Ahmad, Dr A. Lingeshwaran, Amir Ghazali dan Presiden PCS Datuk Seri Anifah Aman.
Utamakan segera pelaksanaan Artikel 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan - Anifah Aman
Parti Cinta Sabah menggesa Kerajaan Pusat dan Kerajaan Sabah untuk mengutamakan pelaksanaan Artikel 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan.
PRU15: "Saya tidak tahu perjanjian dengan Anifah" - Ismail Sabri
Perdana Menteri jawab dakwaan Anifah ditawar jawatan menteri oleh Presiden UMNO sekiranya BN tubuh kerajaan selepas PRU15.
PRU15: Anifah akan bantu kempen PH di Ranau - Anwar
Anifah akan membantu calon PH di Ranau yang diwakili oleh Apirin Jahalan @ Taufik Sham.