Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman membuat tuntutan RM1 bilion dan permohonan maaf secara terbuka atas tuduhan Yayasan Sabah ke atasnya semalam.
Surat tuntutan tersebut diserahkan kepada Ketua Menteri selaku Pengerusi Yayasan Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Jamalul Kiram Mohd Zakaria dan peguam, Datuk Douglas Lind.
Tuntutan itu akan berkuat kuasa dalam tempoh 24 jam selepas penerimaan surat tersebut.
Peguam Tengku Fuad Tengku Ahmad yang mewakili Musa berkata, anak guamnya menyatakan kesan sidang akhbar, siaran akhbar dan dedahan tentang writ saman tersebut telah merosakkan nama baik serta reputasinya.
"Sebagai balasan kepada sidang akhbar, siaran akhbar dan dedahan tentang pemfailan Writ Saman di antara Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah dan Tan Sri Musa ('penyataan yang diragui'), saya telah diarahkan untuk mengeluarkan surat tuntutan kepada Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (selaku Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah) bersama-sama dengan Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Jamalul Kiram dan juga Datuk Douglas Lind (peguam)," katanya.
Tengku Fuad berkata demikian dalam kenyataan medianya pada Sabtu.
BACA: Musa Aman nafi dakwaan salah laku ketika jadi Pengerusi Yayasan Sabah
BACA: Yayasan Sabah fail tuntutan RM872 juta terhadap Musa Aman
Terdahulu, pada Jumaat Jamalul Kiram yang mewakili Yayasan Sabah memfailkan saman RM827 juta terhadap Musa.
Dalam kenyataan Jamalul Kiram, pihaknya terdahulu mendakwa Musa terlibat dengan aktiviti pembalakan yang meragukan dan seterusnya memfailkan tuntutan menerusi e-Pemfailan di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, pada Selasa lalu.
Sementara itu, mengulas lanjut, Tengku Fuad berkata, surat tuntutan terbabit dikeluarkan kepada tiga penama tersebut dengan melibatkan beberapa perkara seperti berikut. :
I. Membayar wang sebanyak Ringgit Malaysia Satu Bilion (RM1,000,000,000.00) kepada mana-mana badan amal pilihan Tan Sri Musa;
II. Surat permohonan maaf tanpa syarat kepada Tan Sri Musa dan dihantar kepada kami sebagai peguam beliau melalui faks dan email dan menarik balik penyataan yang diragui seperti yang tersebut diatas;
III. Surat permohonan maaf dan penarikan balik penyataan tersebut haruslah diterbitkan disemua surat akhbar termasuk media sosial dan laman web;
IV. Sebuah sidang akhbar harus diadakan sama seperti sidang akhbar yang berlangsung para 19hb Jun 2020 lalu dihadiri oleh para wartawan dari surat khabar dan media sosial yang mana surat permohonan maaf dan penarikan penyataan tersebut harus dibaca penuh kepada umum; dan
V. Kesemua pihak yang dinamakan (dan/atau dengan wakil mereka) yang dinamakan dalam tuntutan tersebut diminta untuk berhenti dan menahan diri dari mengulangi penyataan yang diragui itu atau mana-mana ayat lain yang mempunyai maksud yang sama.
Ruzaini Zulkepli
Sat Jun 20 2020

Musa Aman menuntut RM1 bilion dan permohonan maaf daripada Mohd Shafie, Jamalul Kiram dan Douglas Lind. - Gambar fail
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

Musa Aman tuntut RM1 bilion, permohonan maaf terbuka daripada Shafie Apdal, Yayasan Sabah
Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman membuat tuntutan RM1 bilion dan permohonan maaf secara terbuka atas tuduhan Yayasan Sabah ke atasnya semalam.