Bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman, yang kini dalam senarai orang dikehendaki Bukit Aman, nampaknya masih menyembunyikan diri dan menjalani rawatan di London, kata sekutunya, Datuk Dr Jeffrey Kitingan.
Ahli Parlimen Keningau itu berkata beliau bercakap dengan Musa baru-baru ini dan memintanya supaya pulang ke tanah air untuk menyelesaikan isu yang membabitkan dirinya.
"Terkini, saya tahu beliau berada di London. Saya bercakap dengan beliau sekali, dalam seminggu yang lepas. Saya tanya tentang keadaannya. Beliau jawab beliau OK, dan saya memaklumkan kepadanya perkembangan terbaharu (di Sabah).
"Saya memberitahu beliau supaya pulang segera agar masyarakat tidak membuat spekulasi dan beliau menjawab: "Ya. Saya akan pulang"," katanya kepada Bernama di lobi parlimen selepas istiadat perasmian Parlimen ke-14 oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di sini hari ini.
Musa, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Sibuga, dilaporkan melarikan diri ke London pada 17 Mei selepas mewujudkan krisis kepimpinan di Sabah.
Beliau kini dikehendaki polis berhubung dakwaan ugutan jenayah terhadap Yang Dipertua Negeri Sabah pada majlis angkat sumpah 10 Mei lepas.
Beliau turut disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung dakwaan menyogok Ahli Dewan Undangan Negeri.
Menurut laporan berita, Musa mesti kembali ke Sabah paling lewat 11 Ogos untuk menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri, yang mana kegagalan untuk berbuat demikian akan mengakibatkan beliau kehilangan kerusi DUN berkenaan mengikut Perkara 22 (2) Perlembagaan Negeri Sabah.
Musa pada mulanya mengangkat sumpah sebagai ketua menteri di hadapan Yang Dipertua Negeri Sabah pada 10 Mei tetapi hilang majoriti dalam tempoh kurang daripada 48 jam dengan Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengangkat sumpah pada 12 Mei.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 17 2018
Jeffrey meminta Musa Aman supaya pulang ke tanahair dengan segera. - Foto fail
Latihan regata bertukar tragedi, lima peserta dikhuatiri lemas
Insiden melibatkan 15 peserta menggunakan satu bot untuk latihan regata. 10 individu berjaya selamatkan diri manakala lima yang lain masih hilang.
Jumlah kematian di Lubnan terus meningkat
Jumlah kematian akibat serangan udara Israel di Lubnan sejak tercetusnya konflik Israel-Hizbullah pada 8 Oktober 2023 meningkat kepada 2,412.
Lima hilang selepas perahu lumba karam
Wartawan AWANI Borneo, Fadillah Sulaiman bawakan laporan terkini insiden perahu lumba karam dan tenggelam berhampiran kawasan perindustrian Bintawa.
Kematian Yahya Sinwar tidak sesekali patahkan semangat Hamas
Kematian itu dilihat bakal mempupuk semangat yang menebal dalam kalangan mereka untuk terus memperjuangkan agenda pembebasan Palestin yang merdeka sekali gus menamatkan agenda kekejaman rejim Zionis
Belanjawan 2025: Fokus anak muda
Belanjawan 2025: Apa yang Sabah dan Sarawak dapat?
Ikuti analisis awal Belanjawan 2025 bersama Pensyarah Kanan, Jabatan Sosiobudaya, Universiti Malaya, Datuk Prof Madya Dr. Awang Azman Awang Pawi.
Gaji minimum dinaikkan ke RM1,700 bermula Februari 2025
Penguatkuasaan gaji minimum itu ditangguhkan bagi majikan yang mempunyai kurang daripada lima pekerja bagi tempoh 6 bulan iaitu berkuat kuasa pada 1 Ogos 2025.
Yuran SBP, IPTA akan dinaikkan kepada kumpulan kaya
Jelas Anwar yang juga Menteri Kewangan, penyasaran subsidi seumpama itu akan turut melibatkan kesihatan awam.
Bantuan Awal Persekolahan kekal, kerajaan peruntukkan RM800 juta
Kerajaan mengumumkan akan meneruskan Bantuan Awal Persekolahan (BAP), dengan hampir 500 juta ringgit diperuntukkan kepada 5.2 juta murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 tanpa mengira pendapatan ibu bapa.
Keputusan representasi Papagomo gugur kes hasut 6 Januari 2025
Keputusan representasi dikemukakan bekas Exco Pemuda Umno Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali Papagomo bagi menggugurkan pertuduhan menghasut yang mendatangkan kebencian terhadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim akan diketahui 6 Januari depan.
Musa Aman masih di London, kata Jeffrey Kitingan
Bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman, yang kini dalam senarai orang dikehendaki Bukit Aman, nampaknya masih menyembunyikan diri dan menjalani rawatan di London, kata Jeffrey Kitingan.