SESI pembukaan sekolah kebiasaannya bukanlah hari yang dinantikan kalangan pelajar.
Apa tidaknya apabila ada yang beranggapan sekolah sebagai tempat yang membosankan, malah jauh sekali ceria.
Namun suasananya sama sekali berbeza di sebuah sekolah menengah di Sungai Bakap, Pulau Pinang hari ini.
Sempena pembukaan semula sekolah pada Isnin, kalangan guru SMK Tun Syed Sheh Barakbah (SMKTSSB) tampil dengan idea menarik, menyambut kehadiran pelajar dengan mengenakan pakaian seragam sekolah.
Menurut kenyataan di akaun Facebook rasmi SMKTSSB, gimik ini dilakukan sebagai menyahut hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mewujudkan suasana ceria pada minggu pertama persekolahan.
"Guru-guru memeriahkan suasana hari pertama persekolahan dengan turut sama memakai uniform sekolah agar murid terus teruja dan semangat di hari pertama.
"Tahniah dan syabas Tuan Pengetua En Yusri Bin Yusof, barisan pentadbir serta guru-guru yang sentiasa mencari peluang dan ruang untuk memastikan pelajar-pelajar terus semangat hadir ke sekolah dengan jayanya.
"Murid ceria, guru bahagia, sekolah bitara," tulis kenyataan itu.
Seramai 70 guru terlibat menyambut kehadiran sekitar 800 murid kembali ke sekolah untuk sesi 2024-2025 ini.
Difahamkan kalangan guru SMKTSSB menyambut baik cadangan tersebut dan membeli pakaian seragam baharu dan tidak kurang juga memakai uniform sekolah anak mereka demi menjayakan sesi pembukaan persekolahan hari ini.
Rata-rata pelajar dalam pada itu melahirkan perasaan gembira dengan sokongan dan sambutan yang ditunjukkan oleh para guru ketika menyambut kehadiran mereka di pintu masuk sekolah.
SMKTSSB yang dibuka pada tahun 1973 pada awalnya dikenali sebagai Sekolah Menengah Sungai Bakap.
Ia kemudian dirasmikan pada 29 Ogos 1987 menggunakan nama SMK Tun Syed Sheh Barakbah oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu memegang jawatan Menteri Pendidikan.
Astro Awani
Mon Mar 11 2024
Barisan guru berpakaian seragam sekolah (kiri) menyambut murid yang hadir pada hari pertama sesi persekolahan 2024-2025 di SMK Tun Syed Sheh Barakbah. -Facebook
Waktu bekerja: jika lebih lama beri risiko fizikal, mental jururawat
Pelaksanaan waktu bekerja yang lebih panjang boleh memberi risiko ke atas fizikal serta mental jururawat, dan secara tidak langsung akan memberi kesan terhadap perkhidmatan kepada pesakit, kata Majlis Eksekutif Tertinggi Persatuan Jururawat Malaysia (MNA).
Sidang Parlimen: Tiada hasrat benarkan kenderaan asing nikmati subsidi RON95
Kerajaan tidak berhasrat membenarkan kenderaan milik bukan warganegara untuk menikmati kemudahan subsidi bahan api RON95, kata Kementerian Ekonomi.
Sidang Parlimen: Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan antara tumpuan hari ini
Isu pengurusan rumah pangsa kos rendah dan kuarters penjawat awam antara yang dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini.
Serangan Israel di Beirut Tengah ragut 29 nyawa
Sumber keselamatan Lubnan melaporkan bahawa serangan pada 23 November itu menggunakan bom pemusnah 'bunker'.
Mangsa banjir meningkat di lima negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 191 orang setakat 6 pagi Selasa, berbanding 183 mangsa semalam.
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Murid teruja disambut guru berpakaian seragam sekolah sempena hari pertama persekolahan
Gimik dilakukan sebagai menyahut hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mewujudkan suasana ceria pada minggu pertama persekolahan.