KUALA TERENGGANU: Seramai 5,386 murid dari 74 buah sekolah terjejas banjir di Terengganu memulakan sesi persekolahan penggal ketiga di Terengganu pada Ahad.
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Abdul Muie Ngah berkata, hari pertama sesi persekolahan itu berjalan lancar meskipun banjir luar biasa melanda negeri itu pada 18 Disember lalu.
Jelas beliau, kerja-kerja pembersihan dan agihan kerusi serta meja di semua sekolah yang terjejas diselesaikan sebelum bermula sesi persekolahan hari ini.
"Walaupun banjir tahun ni agak luar biasa namun usaha semua pihak yang sama-sama menggembleng tenaga secara bergotong-royong membolehkan semua sekolah terjejas dibersihkan dan dipulihkan kembali.
"Kita bersyukur kerana hari ini seramai 5,386 murid dari 74 buah sekolah terjejas banjir di seluruh Terengganu dapat kembali semula untuk bersekolah seperti biasa," katanya kepada pemberita selepas melawat Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Rusa, di sini, pada Ahad.
Hadir sama, Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Terengganu, Jelani Sulong.
Dalam bencana banjir sebelum ini SK Pulau Rusa merupakan antara sekolah teruk terjejas kerana dinaiki air setinggi 1.4 meter.
Abdul Muie memberitahu, sebanyak 17 buah sekolah terjejas di daerah Hulu Terengganu, Dungun (11), Setiu (10), Besut (9), Kuala Nerus (8), Kuala Terengganu (8), Kemaman (7), dan Marang (4).
"Antara kerosakan teruk melanda sekolah yang terjejas banjir melibatkan kerusi dan meja murid termasuk yang berada di dewan peperiksaan.
"Kita telah mengambil langkah untuk mengatasi masalah ini bagi memastikan semua murid dapat bersekolah seperti biasa, " ujar beliau.
Dalam pada itu, Abdul Muie berkata, secara keseluruhan sebanyak 352 buah sekolah rendah dan 153 sekolah menengah di Terengganu memulakan persekolahan pada Ahad selepas cuti akhir tahun bagi penggal 3, sesi 2022/2023 selama 23 hari. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jan 01 2023
![Murid terjejas banjir di Terengganu mula sesi persekolahan Murid terjejas banjir di Terengganu mula sesi persekolahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41672544511_AbdulMuieNgah.jpg)
Abdul Muie (kanan) berbual bersama murid di SK Pulau Rusa pada hari pertama sesi persekolahan penggal ketiga di sekolah berkenaan pada Ahad. -Foto Sinar Harian
![Kes bunuh Nur Farah Kartini: Suspek berkhidmat 5 tahun dalam PDRM Kes bunuh Nur Farah Kartini: Suspek berkhidmat 5 tahun dalam PDRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721102947_suspekbunuhNurFar.jpg)
Kes bunuh Nur Farah Kartini: Suspek berkhidmat 5 tahun dalam PDRM
Anggota berusia 26 tahun terbabit bertugas di Balai Polis Slim River di bawah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim dengan pangkat lans koperal.
![Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721117052_SaifulNizamSaharud.jpg)
Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta
Seorang perunding pelaburan mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah hampir RM1 juta.
Purata suhu meningkat 0.24 darjah celcius per dekad
Berdasarkan rekod dari tahun 1969 hingga 2019, purata suhu bulanan di Semenanjung Malaysia pada bulan Mei 2024 adalah 28.8 darjah celcius manakala purata suhu bulanan pada bulan Mei 1974 iaitu 50 tahun yang lalu adalah 26.6 darjah celcius.
ADUN dari kerajaan perpaduan sertai Pas
Menurut Takiyuddin, keahlian Muhamad Jailani yang juga wakil rakyat UMNO diterima pada 10 Jun tahun lalu, namun diumumkan secara rasmi hari ini.
![Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720085306_FadillahYusof.jpg)
Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah
Fadillah berkata perkara itu sudah berlaku ketika zaman pentadbiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad lagi.
![Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51658407048_Cabul.jpg)
Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian
Polis menahan seorang pelancong lelaki warga Maghribi kerana disyaki mencabul seorang juruterapi wanita rakyat tempatan di Pulau Perhentian.
Warga Thailand seludup diesel dihadapkan mahkamah
Seorang pemandu lori warga Thailand dihadapkan ke mahkamah atas menyeleweng 322 liter minyak diesel minggu lalu.
ADUN Rembia sertai Pas: YB Kampar minta buka riben putih
Susulan pengumuman ADUN Rembia sertai Pas dalam sidang media, YB Kampar, Chong Zhemin kemuka Peraturan Mesyuarat dan menyifatkan satu penghinaan besar buat Parlimen.
#SisiTVParlimen
#AWANInews
#SisiTVParlimen
#AWANInews
![Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720590984_DatukSeriMohamadH.jpg)
Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad
Mohamad Hasan berkata buat masa ini, kerja-kerja penandaan dan pengukuran di lapangan telah meliputi 175.96 km atau 33.3 peratus daripada keseluruhan jarak sempadan.
Kim Pan Gon undur diri kesan kepada Harimau Malaya
Apa reaksi peminat Harimau Malaya dan penganalisis sukan mengenai peletakan jawatan Kim Pan-Gon?
![Murid terjejas banjir di Terengganu mula sesi persekolahan Murid terjejas banjir di Terengganu mula sesi persekolahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41672544511_AbdulMuieNgah.jpg)
Murid terjejas banjir di Terengganu mula sesi persekolahan
Abdul Muie berkata, hari pertama sesi persekolahan itu berjalan lancar meskipun banjir luar biasa melanda negeri itu pada 18 Disember lalu.