Orang ramai mungkin diberi kemasukan percuma untuk melihat pasangan panda gergasi di Zoo Negara bagi tempoh sebulan, selepas ianya diberi nama baharu oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 25 Jun ini.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G. Palanivel berkata beliau akan mengemukakan cadangan tersebut kepada pihak zoo sebagai meraikan kehadiran panda jantan Fu Wa dan panda betina Feng Yi di negara ini dari Chengdu, China.
"Saya akan bercakap dengan Presiden Zoo Negara (Datuk Seri Zaharin Md Arif) bagi membolehkan kemasukan percuma kepada orang ramai untuk sebulan.
Kita tetapkan seramai 1,200 orang untuk melihat panda dalam satu hari iaitu, 200 orang bagi satu lawatan dengan (tempoh) 20 minit," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Forum Pengurusan Sumber Air Malaysia 2014, di sini, hari ini.
Palanivel berkata selepas tempoh itu harga tiket untuk melawat pasangan panda itu mungkin dikenakan RM20 bagi dewasa dan RM10 bagi kanak-kanak.
Pasangan panda itu yang dipinjamkan oleh kerajaan China melalui program Perjanjian Konservasi Antarabangsa Panda Gergasi Malaysia-China, kini masih di tempat khas di Zoo Negara untuk membolehkan haiwan itu menyesuaikan dengan persekitaran baharu.
Mengulas lanjut Palanivel berkata kedua-dua panda yang masih dikuarantin, akan ditempatkan di lokasi berasingan di Zoo Negara pada 21 atau 22 Jun ini sebelum upacara perasmian oleh Perdana Menteri.
"Kedua-dua Panda itu sihat, berat pun meningkat dan menyesuaikan diri dengan persekiratan Malaysia. Duta China telah beri tiga nama baharu dan kita akan memilih nama sesuai bagi Panda itu," katanya.
Pada 25 Mei, Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor turut melawat pasangan panda gergasi itu sambil membuat catatan dan memuat naik gambar lawatan dalam laman Facebook dengan menyifatkan ianya simbol keamanan dalam budaya China dan amat dihormati.
Pasangan panda gergasi itu akan berada di Malaysia selama 10 tahun sebagai simbol jalinan hubungan diplomatik antara Malaysia dan China selama 40 tahun yang disambut pada 31 Mei lepas.
Melalui program yang dimeterai pada 2012, Malaysia mempunyai peluang untuk menjalankan penyelidikan pemuliharaan panda gergasi selain dapat membangun dan melatih pakar dalam bidang itu
Bernama
Mon Jun 09 2014
Mungkin masuk percuma lihat panda sebulan, kata Palanivel
Pengecilan lorong lebuh raya tidak libatkan Tahun Baharu Cina, Aidilfitri 2025
Pengecilan lorong di Plus dari Sedenak ke Kulai bagi memberi laluan kepada projek pembinaan lorong tambahan di lebuh raya itu, dijangka tidak dilakukan semasa sambutan perayaan Tahun Baharu Cina.
Berhati-hati sampaikan ucapan berkaitan Nabi Muhammad - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) meminta semua pihak berhati-hati dalam menyampaikan ucapan berkaitan kemuliaan Nabi Muhammad SAW.
Filem 'Abang Adik' menang filem terbaik di Los Angeles
Bintang utamanya Wu Kang-ren yang membawakan watak Abang turut memenangi Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik menerusi kategori Feature Snow Leopard.
Penjawat awam Pulau Pinang terima bonus setengah bulan gaji Disember ini
Kerajaan Pulau Pinang meluluskan bayaran bonus akhir tahun sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam di negeri ini.
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia naik kepada AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024, meningkat berbanding AS$117.6 bilion pada 30 Okt, 2024.
Penjawat awam Negeri Sembilan dapat bonus dua bulan gaji
Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji kepada semua penjawat awam di negeri itu.
Kerajaan tanggung RM1.662 juta kos penerbangan lawatan rasmi PM - Fahmi
Kerajaan berjaya menjimatkan hampir RM1 juta untuk sewaan penerbangan khas bagi lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke lima buah negara, baru-baru ini.
Harga dalam julat antara AS$65 dan AS$75 setong pada 2025
Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC Ratings) mengunjurkan harga minyak berada dalam julat antara 65 dan 75 dolar amerika setong pada 2025.
Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
SPRM ketika ini sedang melakukan penyelidikan kewangan (money trail) di luar negara dengan kerjasama agensi-agensi antarabangsa.
Untung bersih Affin Bank melonjak
Keuntungan bersih Affin Bank Berhad meningkat 45% kepada RM145.82 juta pada suku ketiga tahun kewangan 2024, didorong oleh peningkatan pendapatan daripada kadar faedah dan segmen perbankan Islam.
MIC tegas Cameron Highlands milik mereka
MIC bertegas dengan pendirian mereka supaya kerusi Parlimen Cameron Highlands kekal ditandingi parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Dr Subramaniam dipilih sebagai Presiden MIC yang baharu
Dr. Subramaniam diisytiharkan memenangi jawatan itu selepas tiada calon lain mencabarnya.
'Sebelum PAC, Jawatankuasa Pemilih perlu dirombak terdahulu' - Rahman Dahlan
Abdul Rahman Dahlan berkata rombakan Jawatankuasa Pemilih Parlimen perlu dibuat selepas pengguguran Muhyiddin Yassin dan G. Palanivel.
Amaran pada ahli parti MIC: Jangan hadir mesyuarat atau jumpa Palanivel - Saravanan
Menurut Saravanan, ahli perlu akur dengan arahan itu demi mengelakkan kekeliruan sesama ahli parti dan rakyat Malaysia.
Desakan Najib letak jawatan akan sebabkan negara mundur - Samy Vellu
Desakan segelintir pihak tertentu yang mahu Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan sebagai Perdana Menteri hanya akan menyebabkan negara mundur.
Palanivel: Pemilihan semua jawatan MIC bulan Julai
Bekas Presiden (MIC) Datuk Seri G. Palanivel mendakwa Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) 2009 dipengerusikannya akan mengadakan pemilihan parti bagi semua jawatan bulan depan.
Shahrir tolak dakwaan Palanivel mahu sertai DAP
Perkara itu hanya spekulasi yang tidak patut diada-adakan dan pihak yang ingin menyelesaikan masalah tersebut harus bertenang, katanya.
Kamalanathan mahu Palanivel hormati dan tidak ganggu keputusan RoS
P. Kamalanathan harap Datuk Seri G. Palanivel akur dan menerima keputusan RoS dengan hati yang terbuka dan tidak menggangu parti itu lagi.
Krisis MIC: RoS sahkan Palanivel bukan lagi ahli MIC - Subramaniam
Perkara tersebut diumumkan oleh Subramaniam dalam satu kenyataan akhbar.
Subramaniam nasihatkan ahli tidak hadir mesyuarat CWC petang ini
Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri Dr S. Subramaniam mendesak ahli parti itu supaya tidak menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Pusat, CWC lantikan 2009 yang dijadual diadakan pukul lima petang nanti.