MARANG: "Mujurlah abang kejutkan saya sebelum api semakin marak, kalau tak mungkin saya tak sempat selamatkan diri," ujar Jazli Jisim, 34.
Dia berkata, abangnya, Zulkifli, 52, ketika itu kebetulan datang ke rumah pusaka dua tingkat yang didiaminya di Kampung Pak Madah, di sini pada sebelah petang sebelum ia musnah dalam kebakaran kira-kira jam 9.15 malam pada Selasa.
Menurutnya, ketika kejadian, dia sudah tertidur di tingkat bawah rumah selepas menonton televisyen.
"Masa abang kejut tu keadaan rumah gelap sebab elektrik dah terpadam. Abang hanya guna lampu suluh. Sebaik terjaga saya menerpa ke tingkat atas rumah kerana api datang dari arah situ.
"Sempat juga saya capai air untuk simbah malangnya api semakin marak. Tak sampai tiga minit api dah merebak ke tempat lain dalam rumah," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian pada Rabu.
Menurut Jazli, menyedari api semakin marak dia dan abangnya bergegas keluar rumah untuk mendapatkan pertolongan dan menelefon bomba.
"Masa tengah kelam kabut itu saya keluar rumah minta tolong. Abang pula telefon pihak bomba. Waktu itu saya masih terkejut dan hanya sempat capai dua helai baju.
"Dalam masa 30 minit sahaja sebahagian daripada rumah ini telah musnah terbakar. Saya betul-betul tak sangka berdepan dugaan ini pada hari raya keempat.
"Begitupun, saya bersyukur kerana saya terselamat dan kebakaran rumah ini berjaya dipadamkan oleh pihak bomba dan tidak merebak ke rumah lain, " ujarnya.
Jazli yang merupakan anak bongsu daripada lima beradik berkata, buat sementara waktu dia terpaksa menumpang di rumah kakak dan abangnya yang lain.
Sementara itu, Zulkifli berkata, kebakaran mungkin berpunca daripada litar pintas di rumah berkenaan kerana dalam bilik bahagian atas terdapat wayar (extension plug) untuk sambungkan elektrik.
"Anggaran kerugian ditanggung kira-kira RM150,000 tidak termasuk perkakasan di dalam rumah," katanya yang tinggal di Pasir Panjang, Kuala Terengganu.
Sementara itu, jurucakap bomba memberitahu, seramai enam anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Wakaf Tapai dibantu sembilan anggota BBP Marang serta tiga anggota Pasukan Bomba Sukarela Sri Payung bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan jam 9.21 malam.
Katanya, operasi memadam kebakaran itu tamat jam 12.45 tengah malam manakala punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.
"Rumah berkenaan 70 peratus terbakar manakala seorang mangsa melecur pada tangan dan kaki kiri kerana terkena api,"katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Apr 26 2023

Jazli menunjukkan keadaan tangannya yang melecur akibat terkena api dalam kebakaran rumah di Kampung Pak Madah, Bukit Payong, Marang pada malam Selasa. -Foto Sinar Harian

Kerajaan tidak bercadang semak semula kadar cukai pendapatan syarikat buat masa ini - Kementerian Kewangan
Buat masa ini, kerajaan tidak berhasrat untuk menyemak semula kadar cukai pendapatan syarikat, menurut Kementerian Kewangan.

Revolusi kewangan United, pejabat London bakal tutup?
Kelab tersebut sedang mengkaji semula keperluan pejabat mereka di London dan potensi penjimatan yang boleh dilakukan.

Presiden Palestin sambut baik pelan Mesir bina semula Gaza, gesa AS sokong
Pemimpin negara-negara Arab berkumpul di Kaherah pada 4 Mac untuk membincangkan satu pelan alternatif bagi membangunkan semula Gaza tanpa mengusir penduduknya.

Imam Besar Al-Azhar seru Sidang Kemuncak Liga Arab ambil 'pendirian sepakat' mengenai Gaza
Imam Besar Al-Azhar, pada Selasa menggesa pemimpin Arab agar mengambil "pendirian sebulat suara" terhadap rancangan untuk memindahkan penduduk Palestin dari Semenanjung Gaza.

JDT kekang kuasa Buriram di laman sendiri
Pasukan tuan rumah berdepan isu penyudah yang tumpul, selain cabaran untuk mengatasi disiplin bertahan yang kukuh ditunjukkan JDT.

VM2026: Tourism Malaysia pergiat usaha tarik pelancong India
Pada 19 Februari, Malaysia melancarkan kempen pelancongan berskala besar di India sempena pameran pelancongan terkemuka di New Delhi.

Anggota JPJ diminta kukuhkan semangat berpasukan, berintegriti jalankan tanggungjawab
Ketua Pengarah JPJ berkata, ia penting sebagai persediaan dalam menghadapi cabaran lebih besar pada tahun ini.

Petani UK rancang protes baharu di London bantah cukai warisan
Protes kali ini akan diadakan kebanyakannya dengan berjalan kaki, selepas pihak polis mengehadkan jumlah traktor yang dibenarkan masuk berikutan gangguan lalu lintas.

Perubahan iklim tingkatkan risiko kebakaran bandar - Kajian
Ketika suhu global terus meningkat akibat perubahan iklim, bandar-bandar dijangka berdepan risiko kebakaran yang semakin meningkat.
10 Berita Pilihan - (4 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

'Mujur abang kejutkan ketika rumah terbakar'
Menurutnya, ketika kejadian, dia sudah tertidur di tingkat bawah rumah selepas menonton televisyen.