KUALA LUMPUR: Permohonan Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya pasport antarabangsanya diserahkan kepadanya secara kekal perlu ditolak oleh Mahkamah Sesyen di sini berikutan bekas Perdana Menteri itu masih berdepan tiga pertuduhan pengubahan wang haram selain terdapat risiko untuknya melarikan diri.
Timbalan Pendakwa Raya Lim Wai Keong berkata Muhyiddin sepatutnya membuat permohonan di Mahkamah Sesyen untuk pelepasan pasport sementara dari semasa ke semasa sekiranya diperlukan untuk tujuan perjalanan ke luar negara.
"Oleh yang demikian, tiada isu untuk pelepasan pasport secara kekal wajar dipertimbangkan. Saya menegaskan bahawa permohonan pemohon (Muhyiddin) adalah tidak berasas, tidak munasabah dan menyusahkan proses mahkamah. Pertuduhan yang dipertuduhkan terhadap pemohon sangat serius," katanya.
Beliau berkata demikian dalam afidavit balasan terhadap permohonan Muhyiddin, 76, agar mahkamah mengubah jaminan bon yang dikenakan terhadap pemohon supaya pasport antarabangsanya yang diserahkan kepada Mahkamah Sesyen sebagai syarat jaminan dilepaskan tanpa syarat.
Berhubung pertuduhan pengubahan wang haram, Lim berkata pertuduhan itu boleh berdiri dengan sendiri walaupun pertuduhan predikat (pertuduhan menggunakan kedudukan) telah dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi.
Pada 15 Ogos lepas, Mahkamah Tinggi di sini melepas dan membebaskan Muhyiddin daripada empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk suapan berjumlah RM232.5 juta bagi parti Bersatu berkaitan projek Jana Wibawa selepas membenarkan permohonan Muhyiddin untuk membatalkan kesemua pertuduhan itu.
Dalam afidavitnya, Lim turut menafikan wujudnya keadaan yang material dan ketidakadilan terhadap pemohon sekiranya syarat bon jaminan dikekalkan, kerana syarat itu telah dipersetujui oleh pemohon sendiri sebelum ini dan ia telah dipertimbangkan dengan sewajarnya oleh mahkamah.
"Pemohon tidak pernah gagal untuk menghadirkan diri ke mahkamah, namun setiap kali tarikh sebutan, pemohon juga telah memohon pengecualian kehadiran ke mahkamah dan pihak responden (pendakwa raya) juga tidak pernah membantah permohonan pengecualian itu," katanya.
Menurut Lim, walaupun terdapat syarat tambahan jaminan bon, pemohon masih boleh meneruskan kehidupan seharian dan hak-hak pemohon masih terjamin di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu dalam permohonan yang difailkan pada 16 Okt lepas, berkata beliau telah membuat perancangan bercuti bersama keluarganya di luar negara dan percutian itu penting untuk beliau meluangkan masa bersama keluarga memandangkan tahun ini merupakan tahun yang sangat tertekan bagi diri dan keluarganya.
Selain itu, Muhyiddin juga berhasrat untuk menjalani pemeriksaan jantung melalui ujian stres jantung atas treadmill di Hospital Mount Elizabeth di Singapura, yang memerlukan beliau berjalan atau berlari di atas mesin berkenaan.
Mahkamah Sesyen menetapkan 23 Nov ini untuk mendengar permohonan Muhyiddin.
Ahli Parlimen Pagoh itu berdepan dua pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM195 juta daripada Bukhary Equity Sdn Bhd yang dimasukkan ke dalam akaun CIMB Bank milik Bersatu.
Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di CIMB Bank Cawangan Menara KL, Jalan Stesen Sentral di sini antara 25 Feb dan 16 Julai 2021 serta 8 Feb dan 8 Julai 2022.
Muhyiddin juga didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 13 Mac lepas, terhadap satu pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM5 juta dan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen di sini untuk dibicarakan bersama.
Pada 2 Okt lepas, Muhyiddin memfailkan permohonan supaya beliau dilepas tanpa dibebaskan daripada tiga pertuduhan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 17 2023

Muhyiddin berdepan dua pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM195 juta daripada Bukhary Equity Sdn Bhd yang dimasukkan ke dalam akaun CIMB Bank milik Bersatu. - Gambar fail/Astro AWANI

'Gummy' dilarang jual di semua platform, tidak patuh pelabelan
Tindakan penguatkuasaan termasuk rampasan produk ini akan dibuat berdasarkan peraturan.

Rusia denda Google beberapa kali kerana langgar syarat kandungan
Denda itu dikenakan kerana kegagalan Google menghapuskan kandungan berunsur ekstremisme, berita palsu serta bahan yang menghasut rusuhan.
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.

Jojo sedia kongsi ilmu di Wilayah Pahlawan 2025
Jojo berkata beliau memikul tanggungjawab besar untuk menjadi lebih matang dan berdisiplin, demi menjadi inspirasi baik buat anak muda.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.

Pegawai imigresen KLIA 'ditangkap' selit 12 pasport di pinggang
JIM menemui 12 keping pasport asing pada badan seorang pegawai JIM di Pejabat Operasi Terminal 2 KLIA pada 1 Januari lalu.

Syed Saddiq dapat sementara pasport untuk hadiri forum di Jakarta
Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Abdul Rahman untuk mendapatkan sementara pasportnya bagi membolehkan beliau ke Jakarta, Indonesia.

Pendakwaan bantah rayuan isteri Daim dapatkan pasport kekal
Pendakwaan membantah rayuan isteri Tun Daim Zainuddin untuk mendapatkan pasport antarabangsanya secara kekal di Mahkamah Rayuan pada Selasa.

Sindiket ejen haram tumpas, 530 pasport pelbagai negara dirampas - JIM
Daripada 13 yang ditangkap, 11 adalah lelaki warga Bangladesh dan seorang warga India serta seorang wanita tempatan yang dipercayai pemilik syarikat.

Mahkamah benar Na'imah dapat sementara pasport untuk ke China
Mahkamah Sesyen membenarkan permohonan isteri Daim, Na'imah bagi mendapatkan pasport antarabangsanya buat sementara untuk ke China.

Na'imah berjaya dapat pasport, mahu hadir pameran seni di Shanghai
Isteri Daim berjaya mendapatkan pasportnya daripada Mahkamah Sesyen bagi memudahkan perjalanannya ke Shanghai minggu depan.

Pasport 'terbang': SPRM Sabah tahan tiga penguat kuasa
Sindiket yang dipercayai bergerak aktif sejak tahun lepas itu disyaki memberikan rasuah kira-kira RM300,000 kepada penguat kuasa terbabit.

KDN bersedia keluarkan pasport untuk tempoh sah laku 10 tahun
Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersedia untuk mengeluarkan pasport bagi tempoh sah laku selama 10 tahun, kata Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Syed Saddiq dapat sementara pasport untuk ke Singapura, Taiwan
Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk mendapatkan sementara pasportnya bagi membolehkan beliau ke Singapura dan Taiwan.

Mahkamah benar Muhyiddin dapat sementara pasport lawat kakak di Australia
Mahkamah Sesyen membenarkan permohonan Muhyiddin untuk mendapatkan pasport antarabangsanya buat sementara bagi membolehkan beliau melawat kakaknya yang menghidap kanser di Australia.