Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin kini berada dalam keadaan baik selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di pankreas, Khamis lepas.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan pejabat beliau hari ini, Muhyiddin kini berehat dan bercuti untuk menjalani rawatan perubatan susulan. Beliau dijangka kembali bertugas dalam tempoh sebulan.
"Bagi pihak keluarga, kami ingin mengucapkan terima kasih atas semua doa yang tidak putus-putus diberikan kepada Tan Sri Muhyiddin," menurut kenyataan itu.
BACA: Muhyiddin selamat dibedah, bercuti sebulan
Pejabat Menteri Dalam Negeri dalam kenyataan pada Khamis berkata Muhyiddin menjalani pembedahan bagi membuang ketumbuhan di pankreas yang dikesan pada peringkat awal.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kini menjalankan tugas Menteri Dalam Negeri sementara ketiadaan Muhyiddin.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 15 2018
Muhyiddin kini berehat dan bercuti untuk menjalani rawatan perubatan susulan. Beliau dijangka kembali bertugas dalam tempoh sebulan. - Foto Facebook Muhyiddin Yassin
Negara bertuah miliki pemimpin berwawasan seperti Tun Jugah - PM
Ujar Perdana Menteri, sikap Tun Datuk Patinggi Temenggung Jugah yang memiliki rasa cinta kepada negeri dan negara perlu dicontohi dalam menjamin masa depan generasi-generasi akan datang.
'Saya mampu lakukan apa sahaja termasuk berlakon' - Jojo
'Saya mampu lakukan apa sahaja termasuk berlakon' - Jojo
Che Adam peragakan tenun Pahang diraja di kem induk Everest
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang Kol (PA) Che Adam A Rahman memperagakan tenun Pahang diraja ketika berada di kem induk Everest (EBC).
Syed Hussien ikrar beri khidmat terbaik kepada warga Mahkota
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang Syed Hussien Syed Abdullah berikrar untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat selepas memperoleh mandat besar pada PRK DUN Mahkota.
PM Anwar dahului senarai 763 penerima Darjah Kebesaran Negeri Kelantan
Anwar dianugerahkan Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SPMK) yang membawa gelaran Datuk.
Hujan lebat di Selangor, Melaka, Pulau Pinang, Labuan - MetMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan Hulu Selangor, Gombak, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang dilanda hujan lebat hingga 3 petang pada Ahad.
Staf wanita dipecat enggan ikut cakap bos beli sarapan
Seorang wanita di Shanghai dipecat gara-gara enggan membeli sarapan pagi untuk bosnya, lapor South Morning China Post.
Analisis kemenangan majoriti besar BN di DUN Mahkota
Felo Penyelidik Institut Pemikiran Tun Dr Mahathir UUM, Mujibu Abd Muis berkongsi pandangan mengenai kemenangan majoriti besar BN di DUN Mahkota.
Tunai janji dalam MA63 bukan sebab takut hilang sokongan Sarawak, Sabah - PM
Sebaliknya, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata ia adalah janji pemimpin-pemimpin terdahulu yang mesti dikotakan.
SpaceX lancar kapal angkasa untuk bawa pulang angkasawan terkandas
SpaceX pada Sabtu berjaya melancarkan kapal angkasa Crew 9 dari Stesen Angkatan Angkasa Cape Canaveral di Florida untuk membawa pulang dua angkasawan yang terkandas di ISS.
Sultan Johor ziarah Muhyiddin di Hospital Singapura
Dalam pertemuan itu, baginda bertitah menasihati Muhyiddin supaya tidak bimbang dan tertekan, sebaliknya menumpukan perhatian sepenuhnya dalam rawatannya.
Muhyiddin baik selepas pembedahan
Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin kini berada dalam keadaan baik selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di pankreas, Khamis lepas.