Kanak-kanak berusia 11 tahun Muhammad Sirajuddin Mohd Zaini yang impiannya menaiki kereta Ferrari termakbul baru-baru ini, meninggal dunia Khamis akibat sesak nafas selepas dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), pada Rabu.
Muhammad Sirajuddin yang lebih dikenali sebagai Siraj oleh keluarga dan rakan-rakannya, telah menderita penyakit barah tulang sejak setahun lepas.
Beliau adalah anak kepada pasangan Pengurus Kanan di syarikat Western Digital Mohd Zaini Zakaria dan Pengurus Latihan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Norhayati Jantan.
Menurut Norhayati, Siraj dimasukkan ke PPUM selepas mengadu sesak nafas kira-kira 7 pagi semalam dan meminta agar dia dibawa ke hospital itu untuk menerima rawatan lanjut sebelum disahkan meninggal dunia pada 4.45 pagi ini.
"Beliau (Siraj) menderita barah tulang selepas terjatuh semasa bermain bola sepak di sekolah pada tahun lepas. Dan selepas kejadian itu beliau menanggung derita akibat penyakit tersebut sehingga menyebabkan kaki kirinya terpaksa dipotong pada Mei lalu.
"Walaupun sudah kehilangan sebelah kakinya Siraj tidak mudah berputus asa dan cuba meneruskan kehidupannya seperti kanak-kanak lain," katanya ketika ditemui Bernama.
Norhayati berkata Siraj, yang merupakan anak ketiga dari enam adik beradik, dimandi serta dikafankan kira-kira 12 tengah hari ini di Surau Al-Taqwa, Taman Sentul Utama, dan disembahyangkan di surau yang sama sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Puah kira-kira 1 tengah hari.
Menceritakan keperibadian anaknya itu, beliau berkata Siraj seorang kanak-kanak yang tabah selain tidak mudah berputus asa walaupun menyedari kekurangan yang ada pada dirinya.
Norhayati berkata selain mampu berdikari dan jarang meminta bantuan adik-beradik lain untuk melakukan sesuatu perkara, Siraj turut dikagumi oleh rakan sebayanya sebagai kanak-kanak yang serba boleh.
Bagi guru Bahasa Inggerisnya di Sekolah Rendah Kebangsaan La Salle 2, Sentul, Rohaya Othman, selain aktif dalam kelas Siraj turut menyertai rakan-rakan lain dalam aktiviti sukan walaupun menyedari hakikat beliau menghidap penyakit barah tulang.
"Nakal itu biasalah budak-budak, tapi saya kagum dengan sikap dan kecekalan Siraj...cuma selepas dia kehilangan sebelah kaki beliau kurang aktif," katanya.
Siraj sebelum ini pernah menyatakan hasratnya melalui Persatuan Impian Kanak-Kanak Malaysia untuk menaiki kereta mewah jenis Ferrari sebelum impiannya itu ditunaikan oleh pengasas Kumpulan Empire Datuk Sean Y.T. Ng yang membawa Siraj bersiar-siar dengan kereta Ferrari pada 4 Ogos lepas.
Bapanya Mohd Zaini berkata walaupun mereka sekeluarga berasa sedih dan kehilangan atas pemergian Siraj namun beliau gembira kerana dapat menunaikan hajat terakhir anaknya itu untuk menaiki kereta Ferrari.
Sementara itu Presiden Persatuan Impian Kanak-Kanak Malaysia Tan Sri Ramon Navaratnam dalam satu kenyataan melahirkan rasa sedih atas pemergian Siraj.
"Kami berasa amat sedih apabila mendengar berita pemergian Sirajuddin. Kami mengucapkan takziah kepada keluarganya terutama kepada ibu dan bapanya. Persatuan berbesar hati kerana berpeluang menunaikan hajat Sirajuddin untuk menaiki Ferrari," katanya.
Antara yang hadir menziarahi jenazah ialah Timbalan Ketua Pengarang Bernama Datuk Zakaria Abd Wahab.
Bernama
Thu Aug 15 2013
![Muhammad Sirajuddin yang impiannya naik Ferrari termakbul, meninggal dunia Muhammad Sirajuddin yang impiannya naik Ferrari termakbul, meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-08/81376610459_295x200.jpg)
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Muhammad Sirajuddin yang impiannya naik Ferrari termakbul, meninggal dunia Muhammad Sirajuddin yang impiannya naik Ferrari termakbul, meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-08/81376610459_295x200.jpg)
Muhammad Sirajuddin yang impiannya naik Ferrari termakbul, meninggal dunia
Muhammad Sirajuddin Mohd Zaini yang impiannya menaiki kereta Ferrari termakbul baru-baru ini, meninggal dunia Khamis akibat sesak nafas.