Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri hari ini dilantik sebagai Ahli Lembaga Penasihat Persatuan Perubatan, Pengubatan dan Kebajikan Islam Malaysia (Darussyifa) yang berperanan sebagai sumber rujukan dalam hal berkaitan agama.
Turut dilantik adalah Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia, Datuk Zainal Rijal Abu Bakar dan Pakar Perunding Otorhinolaryngologi Hospital Serdang, Dr Mohamad Doi yang masing-masing dipertanggungjawab memberi pandangan dan nasihat dalam hal berkenaan undang-undang dan perubatan moden.
Pengerusinya Abdul Rahman Ahmad berkata pelantikan itu akan memudahkan jawatankuasa Darussyifa membuat rujukan serta mendapat pandangan secara spesifik daripada pakar berkaitan dalam menjalankan urusan seharian, sekaligus memperkasakan lagi perkhidmatan yang ditawarkan.
Beliau berkata, setelah ketiadaan Datuk Dr Haron Din yang merupakan pengasas dan juga sumber rujukan utama dalam perjalanan pusat itu, pihaknya berpendapat Darussyifa memerlukan satu badan atau individu yang boleh berperanan memberi nasihat dalam tiga hal utama iaitu agama, undang-undang dan perubatan moden.
"Dulu semasa Allahyarham masih ada, semua persoalan berkaitan pentadbiran dan tiga perkara tersebut dirujuk kepada arwah dan saya sebagai pengerusi hanya laksana apa yang beliau katakan.
"Walaupun tidak berdepan masalah dalam membuat keputusan ketika ini kerana Darussyifa dipandu perlembagaan dan jawatankuasa, tetapi kami berpendapat kehadiran tiga pakar dalam bidang tersebut diperlukan dalam melonjakkan lagi kecemerlangan institusi selepas ketiadaan pengasasnya," katanya pada majlis penyerahan watikah pelantikan itu di ibu pejabat Darussyifa di sini.
Abdul Rahman berkata pemilihan ketiga-tiga tokoh itu dibuat melalui cadangan yang dikemukakan pengarah-pengarah Darussyifa negeri berdasarkan ketokohan, bidang, kemahiran serta peranan dalam komuniti sebelum keputusan akhir diputuskan bersama oleh semua ahli jawatankuasa Darussyifa.
Beliau berkata walaupun telah memiliki individu dengan pelbagai kepakaran dalam jawatankuasa pengurusan di Darussyifa, institusi tersebut masih memerlukan idea dan kepakaran dari tiga ahli lembaga penasihat yang baharu itu dalam melonjakkan keupayaan Darussyifa antaranya sasaran menawarkan pengajian peringkat diploma dalam bidang perubatan Islam sepertimana dihasratkan Allahyarham Dr Haron.
Haron yang juga bekas Mursyidul Am Pas meninggal dunia pada 16 September 2016 di Hospital Standford, San Francisco, Amerika Syarikat ketika menjalani rawatan sakit jantung.
Ditubuhkan secara rasmi pada April 1988, Darussyifa kini memiliki 86 pusat rawatan di semua negeri di seluruh negara.
Dalam pada itu, Zainal Rijal berkata pelantikan tersebut memberi lebih peluang kepadanya untuk menyumbang sesuatu kepada Darussyifa, institusi yang dianggap penting dalam memartabatkan rawatan perubatan Islam kepada masyarakat.
Katanya sebagai ahli Darussyifa dan bekas anak murid Allahyarham, beliau komited meneruskan usaha menggemilangkan institusi dalam mendepani cabaran semasa terutamanya yang berkaitan undang-undang.
"Pelantikan ini mungkin atas sebab tertentu seperti keakraban dengan Almarhum, selain bayangan yang pernah dinyatakan tuan guru yang mahu saya 'tengok-tengokkan' Darussyifa jika beliau telah tiada," katanya.
Bagi Dr Mohamad, pelantikan itu merupakan satu pengiktirafan namun sedar tanggungjawab besar menantinya kerana Darussyifa merupakan satu nama besar yang perlu terus dipertahan dan diperteguhkan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 13 2017
![Mufti Wilayah Persekutuan dilantik Ahli Lembaga Penasihat Darussyifa Mufti Wilayah Persekutuan dilantik Ahli Lembaga Penasihat Darussyifa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-12/41449304279_ZulkifliMohamadBakri.jpg)
Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri hari ini dilantik sebagai Ahli Lembaga Penasihat Darussyifa. - Gambar fail
![Media diingatkan tidak keluar kenyataan langkau siasatan polis Media diingatkan tidak keluar kenyataan langkau siasatan polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61711350467_TBHUSSEINOMARjp.jpg)
Media diingatkan tidak keluar kenyataan langkau siasatan polis
Pengamal media diingatkan supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan melangkaui siasatan polis berhubung mana-mana kes dalam proses siasatan.
![Isu salah guna kuasa: Tiada kompromi terhadap anggota PBT terlibat - Dr Zaliha Isu salah guna kuasa: Tiada kompromi terhadap anggota PBT terlibat - Dr Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718274360_ZalihaMustafa.jpg)
Isu salah guna kuasa: Tiada kompromi terhadap anggota PBT terlibat - Dr Zaliha
Terserah kepada SPRM atau mana-mana agensi penguat kuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu yang melanggar peraturan.
![Bunuh kekasih hamil: Bekas polis terlepas hukuman gantung Bunuh kekasih hamil: Bekas polis terlepas hukuman gantung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721202906_bunuhkekasih.jpg)
Bunuh kekasih hamil: Bekas polis terlepas hukuman gantung
Seorang bekas anggota polis terlepas tali gantung selepas Mahkamah Persekutuan mengetepikan hukuman gantung terhadapnya kerana membunuh kekasihnya yang hamil pada 2015.
AWANI Ringkas: Presiden UMNO serah kepada rauf ambil tindakan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
J.D Vance pernah menjadi pengkritik utama Trump
J.D Vance yang diumumkan sebagai bakal Naib Presiden Amerika Syarikat yang akan bergandingan dengan calon Republikan, Donald Trump membuat pengakuan bahawa sebelum ini beliau merupakan pengkritik keras Trump.
Babydog ramal kemenangan besar Parti Republikan
Tidak cukup penganalisis politik, anjing pun dijadikan sandaran meramalkan siapa Presiden Amerika Syarikat.
''Polisi saya untuk warga kulit hitam lebih baik'' - Biden
Joe Biden nafi dakwaan Trump, yang mendakwa kebajikan warga kulit hitam di Amerika Syarikat tidak mendapat perhatian.
![‘The Experts’ gegarkan 18 pawagam di Kemboja bermula hari ini ‘The Experts’ gegarkan 18 pawagam di Kemboja bermula hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721200186_theexperts.jpg)
‘The Experts’ gegarkan 18 pawagam di Kemboja bermula hari ini
Filem rompakan tempatan nombor satu Malaysia, The Experts terus melangkah jauh dengan menembusi pasaran di negara Kemboja bermula hari ini.
PAC tuntut HRD Corp tarik balik surat LOD kepada akhbar
Mas Ermieyati berkata, jawatankuasa berkenaan mengutuk tindakan HRD Corp dan menganggap ia sebagai percubaan memberi tekanan kepada media untuk tidak menyiarkan laporan PAC berhubung syarikat itu.
HRD Corp sudah tarik balik surat tuntutan kepada akhbar - Steven
Steven Sim menegaskan beliau tidak bersetuju dengan tindakan menyaman media kerana berpegang kepada kebebasan media.
![Mufti Wilayah Persekutuan dilantik Ahli Lembaga Penasihat Darussyifa Mufti Wilayah Persekutuan dilantik Ahli Lembaga Penasihat Darussyifa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-12/41449304279_ZulkifliMohamadBakri.jpg)
Mufti Wilayah Persekutuan dilantik Ahli Lembaga Penasihat Darussyifa
Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri hari ini dilantik sebagai Ahli Lembaga Penasihat Persatuan Perubatan, Pengubatan dan Kebajikan Islam Malaysia (Darussyifa).