IPOH: Hujan renyai mengiringi suasana pilu sejam sebelum van yang membawa jenazah Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Rapat Jaya, di  sini pada Ahad.

Jenazah selamat dikebumikan sekitar jam 6.20 petang Ahad.

Terdahulu, jenazah tiba dari Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) ke tanah perkuburan sekitar jam 6.05 petang dengan diiringi anggota keselamatan yang mengawal kelancaran lalu lintas dan pergerakan orang ramai.

Proses pengkebumian Allahyarham dijalankan mengikut prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Allahyarham Harussani Zakaria disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) HRPB pada jam 2.45 petang pada Ahad.

Harussani yang menyandang jawatan Mufti Perak sejak 1985 dan isteri Puan Sri Ainon Abdul Ghani disahkan dijangkiti COVID-19 sebelum Hari Raya Aidilfitri lalu.

BACA: Mufti Perak Tan Sri Harussani meninggal dunia

BACA: Mufti Perak, isteri positif COVID-19


Mengenang Tan Sri Harussani Zakaria - Reaksi Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri


Allahyarham menabur jasa kepada umat Islam