KUALA LUMPUR:Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos, yang didakwa atas dua pertuduhan memuat naik video dengan kenyataan jelik di laman Facebook miliknya, akan mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) berkaitan pertuduhan itu.
Peguam Datuk Imran Tamrin yang mewakili Jamal, 51, berkata representasi itu akan difailkan sebelum 30 Mac ini.
Menurut peguam itu, pihak pembelaan juga memerlukan masa untuk meneliti dokumen-dokumen berkaitan kes yang telah diserahkan oleh pihak pendakwaan hari ini.
"Mahkamah menetapkan 30 Mac untuk sebutan semula kes," katanya ketika dihubungi pemberita selepas prosiding kes di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Ampang Jumirah Marjuki yang turut dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Irna Julieza Maaras.
Bagi pertuduhan pertama dan kedua, Jamal dituduh dengan sengaja memuat naik dua video dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain, yang telah dilihat pada tengah hari, 20 Ogos 2020 di Taman Dagang Avenue, Ampang dekat sini.
Kesalahan itu didakwa dilakukan melalui laman Facebook menggunakan profil Datuk Seri Jamal Yunos di pautan www. facebook.com/watch/live masing-masing pada 10 pagi dan 3 petang pada 19 Ogos 2020.
Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233 (3) akta yang sama, yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya, jika disabit kesalahan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 18 2021
Kesalahan itu didakwa dilakukan melalui laman Facebook menggunakan profil Datuk Seri Jamal Yunos di pautan www. facebook.com/watch/live masing-masing pada 10 pagi dan 3 petang pada 19 Ogos 2020. - Gambar fail
VOP akan diselesaikan dalam tempoh sebulan - Ahmad
Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga (VOP) susulan penyasaran subsidi diesel dijangka diselesaikan dalam tempoh sebulan lagi, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
KJ saman Jamal Yunos, tuntut RM1 juta
Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memfailkan saman fitnah di Mahkamah Tinggi di sini terhadap Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar. Datuk Seri Jamal Md Yunos berhubung sidang media semasa PAU 202
Mahkamah tolak permohonan Jamal gantung penghakiman saman fitnah Teresa Kok
Mahkamah Tinggi menolak permohonan Jamal untuk menggantung perlaksanaan penghakiman yang memerintahkannya membayar ganti rugi RM300,000 kepada Teresa Kok
Pengundi hantu: Jamal Yunos tuduh perbuatan 'orang upahan' KJ
Khairy berkata beliau difahamkan tag kedudukan perwakilan yang sebelum ini diletakkan di kerusi Dewan Merdeka telahpun ditanggalkan.
Najib sihat, mahu BN menang PRU15 - Nooryana
Nooryana Najwa berkata, bapanya itu yakin dan percaya hanya BN sahaja sebuah parti yang mampu memperjuangkan nasib rakyat dan boleh transformasi negara lebih maju pada masa depan.
PRU15: Jamal belum diisytihar bankrap, masih boleh jadi calon - Peguam
Peguamnya berkata, anak guamnya boleh mengemukakan borang pencalonan tanpa sebarang masalah dan beliau layak menjadi calon.
Jamal Yunos keluar hospital, bebas kanser paru-paru
Jamal memaklumkan dirinya pulih sepenuhnya dari penyakit kanser paru-paru tahap empat yang dihidapi sebelum ini berdasarkan pemeriksaan susulan oleh pihak hospital.
Tak pernah berhasrat jadi calon PRU15 - Naib Canselor UUM
Menurutnya, proses untuk membangunkan dan memajukan UUM adalah fokus utama beliau ketika ini.
Jamal Yunos bebas tuduhan muat naik video kenyataan jelik di Facebook
Mahkamah melepas dan membebaskan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos daripada dua pertuduhan memuat naik video dengan kenyataan jelik di laman Facebook.
Jamal mahu fail notis rayuan kes saman fitnah Teresa
Jamal berkata, beliau akan memfailkan notis rayuan selepas mendapat nasihat peguam baharu yang dilantiknya.
Teresa Kok menang saman terhadap Jamal, dapat ganti rugi RM300,000
Teresa Kok menang kes saman fitnah terhadap Jamal Md Yunos atas dakwaan menyalahgunakan dana Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas).