Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) kekal relevan khususnya dalam menyediakan kemudahan pendidikan kepada Bumiputera yang berpendapatan rendah, selain berpegang pada objektif melahirkan pelajar terbaik kepada negara ini.
Presiden Persatuan Bekas Pelajar MRSM Se-Malaysia (Ansara) Datuk Kamarul Redzuan Muhamed berkata, semenjak ia ditubuhkan pada 1972, graduan MRSM sehingga 2016 mencecah 212,000 orang.
"MRSM masih kekal dengan objektif asal ketika penubuhannya iaitu menambah bilangan Bumiputera profesional yang mampu bersaing dalam bidang sains, teknologi dan keusahawanan.
"MRSM telah dikhususkan kepada golongan kurang berkemampuan dan dari luar bandar sejajar dengan keperluan Akta Majlis Amanah Rakyat Bil. 20 tahun 1966 yang menjadikan MRSM sebagai usaha MARA untuk mencapai matlamat di dalam bidang latihan dan pendidikan," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.
BACA: MARA utamakan pelajar B40, M40 luar bandar masuki MRSM
BACA: Petronas bantu pembangunan infrastruktur Sabah, bina MRSM dan asrama
Kamarul berkata demikian ketika mengulas khabar angin di media sosial yang mengatakan MRSM tidak lagi memfokuskan objektif asal penubuhan khususnya mengenai pengambilan pelajar Bumiputera dari keluarga berpendapatan rendah.
Jelasnya, setelah 47 tahun penubuhan MRSM, perbezaan demografi, peratus kemiskinan di luar bandar dan bandar memungkinkan pelajar di bandar diambil kira untuk kemasukan pelajar ke di dalam 53 MRSM seluruh negara.
"Juga diambil kira adalah golongan berpendapatan rendah dan miskin tegar tidak lagi berada di dalam kelompok ekonomi yang sama.
"Penambahan bilangan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) sebagai alternatif selain daripada MRSM bagi pengambilan pelajar dari golongan sasar juga membolehkan pelajar dari bandar memasuki MRSM," ujarnya,
Kamarul yang melalui sistem pendidikan yang berprestij itu pada tahun 1985 menambah, Ansara akan berkerjasama dengan Majlis Amanah Rakyat (Mara) melalui pelbagai cara bagi mengenal pasti ketepatan maklumat tidak benar yang tersebar di media sosial menganai MRSM.
"Persepsi negatif terhadap MRSM bakal mengundang keresahan masyarakat terutama golongan bumiputera berpendapatan rendah.
"Saya yakin kemampuan MRSM melahirkan lebih ramai golongan profesional bumiputera di negara ini bagi meneruskan agenda pembangunan negara," katanya.
Wan Syamsul Amly
Sun Nov 05 2017
![MRSM komited objektif penubuhan buat Bumiputera berpendapatan rendah - Ansara MRSM komited objektif penubuhan buat Bumiputera berpendapatan rendah - Ansara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-11/71509881043_kamarulridzuan.jpg)
KAMARUL : Persepsi negatif terhadap MRSM bakal mengundang keresahan masyarakat terutama golongan bumiputera berpendapatan rendah. - Gambar fail
![Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124936_KimPanGon.jpg)
Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia
Bekas ketua jurulatih Harimau Malaya Kim Pan-gon mahu mengekalkan hubungan baik dengan skuad itu biarpun tidak lagi bersama.
Nasib acara sepak takraw wanita diketahui Khamis ini
Nasib acara sepak takraw wanita berpasukan dalam Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 di Sarawak akan ditentukan dalam Mesyuarat Jawatankuasa SUKMA Peringkat Kebangsaan pada Khamis ini.
JPBM Sabah serah jentera khas buat pasukan sukarela
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Sabah sedang dalam perancangan untuk menyerahkan jentera khas, iaitu Volunter Fire Rescue Tender (VFRT) untuk Pasukan Bomba Sukarela (PBS) di Sabah.
Sarawak akan pertahan pingat sukan Muay Thai edisi lalu
Skuad Sarawak akan berusaha mempertahankan masing-masing dua emas, perak dan gangsa dalam kejohanan SUKMA yang dimenangi dalam edisi lalu.
![Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124841_TBFAM.jpg)
Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi
FAM pernah berusaha memujuk Kim Pan-gon untuk terus mengemudi skuad Harimau Malaya hingga kontraknya tamat secara rasmi pada akhir tahun depan.
![Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708604164_kasperskyancamans.jpg)
Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini
Kaspersky mengesahkan kurang 50 pekerja akan terkesan, dan mereka akan diberikan pampasan susulan penutupan syarikat tersebut.
![ADB lulus pinjaman AS$100 juta kepada Uzbekistan ADB lulus pinjaman AS$100 juta kepada Uzbekistan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721128485_Uzbekistanflag.jpg)
ADB lulus pinjaman AS$100 juta kepada Uzbekistan
Pinjaman itu bagi membantu Uzbekistan meningkatkan penjagaan pranatal untuk wanita hamil dan bayi mereka.
![Keluarga Nur Farah Kartini mohon henti keluar kenyataan guris hati Keluarga Nur Farah Kartini mohon henti keluar kenyataan guris hati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721127722_NurFarahKartini.jpg)
Keluarga Nur Farah Kartini mohon henti keluar kenyataan guris hati
Kakak ipar mangsa Syeril Norsyuhada Suhaimi, 29, berkata mereka sekeluarga masih terkejut dan sedih atas kejadian yang menimpa Nur Farah Kartini.
![Sultan Selangor jalani pemeriksaan kesihatan untuk pembedahan katarak mata Sultan Selangor jalani pemeriksaan kesihatan untuk pembedahan katarak mata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721125507_SultanSelangor.jpg)
Sultan Selangor jalani pemeriksaan kesihatan untuk pembedahan katarak mata
Sultan Selangor Sultan kini berada di hospital untuk rawatan pemeriksaan kesihatan bagi menjalani prosedur pembedahan katarak mata.
Enam MP kekal : Tak adil salahkan Speaker - Gobind
Mengenai keputusan mengekalkan enam kerusi Parlimen bekas ahli Bersatu, Gobind Singh Deo berkata tidak adil untuk salahkan Speaker buat keputusan yang diperuntukkan undang-undang.
![FEAR cabar gadis 'gamer' tunjuk skil, lebih berani FEAR cabar gadis 'gamer' tunjuk skil, lebih berani](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/61520866899_gamergirl.jpg)
FEAR cabar gadis 'gamer' tunjuk skil, lebih berani
Kejohanan FEAR menjadi memberi peluang kepada gadis-gadis 'gamer' tunjuk skill sedia ada.
![Ansara yakin kempen derma darah capai 50,000 pain tahun ini Ansara yakin kempen derma darah capai 50,000 pain tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-05/71367911454_295x200.jpg)
Ansara yakin kempen derma darah capai 50,000 pain tahun ini
Ansara yakin sasaran 50,000 pain darah menerusi Kempen Derma Darah Pra-Ramadan persatuan itu mampu dicapai tahun ini.