KUALA LUMPUR: Majlis Getah Malaysia (MRC) akan mengetuai delegasi industri getah dalam satu misi khas ke Brussels, Belgium dari 18 hingga 22 Jun 2023.
MRC dalam satu kenyataan dikeluarkan berkata ia bagi membentangkan kertas pendirian mengenai Corporate Sustainability Due Diligence (CSDD) Kesatuan Eropah (EU) bertajuk "Bersama Menuju Masa Depan Lestari Industri Getah Malaysia."
CSDD EU itu bertujuan untuk memajukan tingkah laku korporat yang mampan dan bertanggungjawab serta memastikan hak asasi manusia bersama dengan pertimbangan alam sekitar terikat dalam operasi syarikat dan tadbir urus korporat, katanya.
"Peraturan baru ini akan memastikan bahawa setiap perniagaan menangani impak negatif tindakan mereka termasuk rantaian nilai mereka di dalam dan di luar Eropah.
"Cadangan peraturan CSDD EU mempunyai implikasi yang besar bagi syarikat Malaysia yang menjalankan perniagaan dengan syarikat yang berpangkalan di EU, sama ada dalam jualan produk atau perkhidmatan di pasaran EU.
"Syarikat-syarikat ini akan dikehendaki mematuhi keperluan ketekunan yang diaturkan, yang melibatkan penilaian risiko, pemantauan pembekal dan subkontraktor, serta mengambil tindakan untuk menangani sebarang impak negatif yang dikenal pasti," katanya.
Pada 23 Februari 2022, Suruhanjaya Eropah (EC) telah mengusulkan satu direktif mengenai CSDD, dan pada 1 Jun 2023, Parlimen Eropah bersetuju dengan kedudukannya mengenai direktif CSDD tersebut.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MRC, Izwan Zarik Mohammad Sapari berkata MRC mengalu-alukan usul tersebut, dan industri getah Malaysia menyambut baik peraturan yang dicadangkan sebagai satu langkah ke arah kelestarian.
"Bagaimanapun terdapat keperluan untuk industri menekankan cabaran yang dihadapi oleh syarikat-syarikat dalam industri ini dan menyampaikan satu set cadangan yang boleh menyokong pelaksanaan yang berkesan bagi peraturan-peraturan tersebut kepada EC," katanya.
Kertas pendirian yang akan dibentangkan kepada EC disediakan berdasarkan rundingan dan pengumpulan respons yang dijalankan oleh MRC melalui dua inisiatif berbeza iaitu perbincangan meja bulat dengan pembuat dasar industri getah Malaysia bersama-sama pemain industri dari sektor hiliran dan huluan, serta penyebaran kaji selidik mengenai CSDD EU kepada pemain industri yang akan terjejas oleh peraturan-peraturan tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 16 2023
MRC berkata ia bagi membentangkan kertas pendirian mengenai CSDD EU bertajuk "Bersama Menuju Masa Depan Lestari Industri Getah Malaysia." - Gambar Malaysian Rubber Council
Berhati-hati sampaikan ucapan berkaitan Nabi Muhammad - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) meminta semua pihak berhati-hati dalam menyampaikan ucapan berkaitan kemuliaan Nabi Muhammad SAW.
Penjawat awam Pulau Pinang terima BKK setengah bulan gaji
Bantuan berkenaan akan dibayar pada bulan depan yang melibatkan implikasi kewangan berjumlah RM6.88 juta.
Penjawat awam Pulau Pinang terima bonus setengah bulan gaji Disember ini
Kerajaan Pulau Pinang meluluskan bayaran bonus akhir tahun sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam di negeri ini.
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia naik kepada AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024, meningkat berbanding AS$117.6 bilion pada 30 Okt, 2024.
Penjawat awam Negeri Sembilan dapat bonus dua bulan gaji
Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji kepada semua penjawat awam di negeri itu.
Kerajaan tanggung RM1.662 juta kos penerbangan lawatan rasmi PM - Fahmi
Kerajaan berjaya menjimatkan hampir RM1 juta untuk sewaan penerbangan khas bagi lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke lima buah negara, baru-baru ini.
Harga dalam julat antara AS$65 dan AS$75 setong pada 2025
Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC Ratings) mengunjurkan harga minyak berada dalam julat antara 65 dan 75 dolar amerika setong pada 2025.
Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
SPRM ketika ini sedang melakukan penyelidikan kewangan (money trail) di luar negara dengan kerjasama agensi-agensi antarabangsa.
Untung bersih Affin Bank melonjak
Keuntungan bersih Affin Bank Berhad meningkat 45% kepada RM145.82 juta pada suku ketiga tahun kewangan 2024, didorong oleh peningkatan pendapatan daripada kadar faedah dan segmen perbankan Islam.
JIPS guna dron pantau warga PDRM main golf ketika bertugas
Pemantauan dan penyiasatan membabitkan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibuat menggunakan dron oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standards (JIPS) Bukit Aman.
Anwar sertai Sidang Kemuncak G20 hari ini
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Musuem of Modern Art di sini untuk menyertai Sidang Kemuncak G20.
Pasaran getah ditutup tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Jumaat, didorong oleh peningkatan keyakinan bahawa China akan meningkatkan langkah rangsangan ekonomi bagi menyokong ekonominya, kata seorang peniaga.
FGV sifatkan penangguhan EUDR sebagai peluang giatkan usaha kelestarian
FGV Holdings Bhd menyifatkan penangguhan penguatkuasaan EUDR sebagai peluang untuk pihaknya lebih giat melakukan perkara yang perlu dengan kalangan pekebun kecil.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur susulan harga minyak mentah stabil
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Selasa disokong oleh penanda aras harga minyak mentah yang stabil serta peningkatan dalam pasaran niaga hadapan getah Shanghai.
China rayu kepada WTO terhadap keputusan akhir EU berkenaan timbal balas terhadap EV China
China dengan tegas menentang langkah akhir EU untuk mengenakan duti timbal balas yang tinggi terhadap EV buatan China.
Malaysia seru komuniti perniagaan Perancis tingkatkan kerjasama demi kemakmuran ASEAN
Kerajaan menyeru komuniti perniagaan Perancis di negara ini meningkatkan kerjasama berikutan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun depan untuk mewujudkan komuniti sejahtera.
Duta Besar baharu Sweden tekankan peranan pentingnya perkukuh hubungan EU-ASEAN
Duta Besar Sweden di Malaysia Niklas Wiberg menyifatkan peranan baharu yang disandang beliau adalah penting untuk memperkukuh hubungan Sweden dan Kesatuan Eropah (EU) dengan ASEAN.
Malaysia-EU halusi langkah mulakan rundingan rasmi FTA - Tengku Zafrul
Malaysia dan Kesatuan Eropah (EU) menghalusi langkah seterusnya untuk memulakan semula rundingan rasmi bagi Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) Malaysia-EU.
MPOC jangka cadangan tangguh pelaksanaan EUDR akan diluluskan Parlimen EU
Majlis Minyak Sawit Malaysia jangka Parlimen EU akan luluskan cadangan menangguhkan pelaksanaan Peraturan Produk Bebas Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR).
WHO pindah 1,000 wanita, kanak-kanak dari Gaza ke Eropah untuk rawatan kecemasan
Langkah ini diambil berikutan keadaan kesihatan yang semakin meruncing di wilayah Palestin yang dilanda perang.