Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) telah melaksanaan satu operasi penguatkuasaan bagi menghentikan aktiviti seorang individu yang menceroboh dan menggunakan tanah kerajaan untuk dijadikan plot perkuburan di Batu Kawan, Rabu lepas.
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata operasi itu dilaksanakan di satu kawasan tanah milik kerajaan negeri seluas 71.2 hektar yang dikenali sebagai Lot 248, dan tindakan menutup lapan laluan masuk dan keluar ke tanah kerajaan berkenaan telah diambil.
"Pencerobohan mula dikesan pada 25 Sept 2018 dan kerajaan negeri mengeluarkan notis berhubung pencerobohan itu pada 5 April lepas, namun tidak diendahkan. Itu sebabnya tindakan penguatkuasaan diambil," katanya dalam satu sidang akhbar di sini pada Jumaat.
Beliau berkata individu berkenaan didapati membina struktur tembok pagar, lanskap binaan, binaan replika hiasan serta pondok rehat pekerja di atas tanah yang telah diceroboh itu.
Chow berkata selain itu individu berkenaan didapati turut menceroboh sebahagian lagi lot tanah milik kerajaan yang dinamakan Lot 1449 bersebelahan Lot 248 itu dengan mewujudkan 43 plot perkuburan di atasnya.
Beliau berkata laporan polis turut dibuat oleh ketua operasi penguatkuasaan itu setelah individu itu didapati cuba menghalang pasukan berkenaan menjalankan tugas mereka.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Supt Shafee Abdul Samad ketika dihubungi Bernama berkata Rabu lepas polis menahan seorang lelaki kerana cuba menghalang kerja-kerja merobohkan struktur kubur dan stor yang dibinanya di atas tanah milik kerajaan Pulau Pinang di Bandar Cassia, pada kira-kira pukul 10 pagi.
Beliau berkata kejadian berlaku semasa anggota penguatkuasa Pejabat Tanah Dan Galian Negeri, Pejabat Daerah Dan Tanah SPS dengan bantuan beberapa agensi lain seperti Majlis Perbandaraan Seberang Perai (MPSP) serta pihak polis sedang menjalankan kerja-kerja meroboh struktur berkenaan.
"Secara tiba-tiba datang lelaki berusia 55 tahun itu yang mendakwa tanah berkenaan miliknya dan menjerit-jerit supaya memberhentikan kerja-kerja perobohan berkenaan," katanya dan menambah, dalam keadaan yang tidak terkawal lelaki itu telah menerpa ke arah jentera pengorek dengan memegang sebiji bata merah untuk dibaling ke arah pemandu jentera itu, namun suspek berjaya ditahan polis.
Shafee berkata berdasarkan siasatan pihak pejabat Tanah Dan Galian Negeri, tanah yang didakwa lelaki itu miliknya sebenarnya milik Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
"Semasa pemeriksaan pada 25 Ogos lepas di kawasan tanah itu, lelaki berkenaan turut datang dan dia menghalau semua pegawai serta penguatkuasa yang datang ketika itu malah suspek turut mendakwa 10 buah tapak dan struktur perkuburan Cina yang di bina itu adalah di atas tanahnya," katanya.
Beliau berkata lelaki yang merupakan seorang peniaga itu kini direman untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan iaitu menghalang penjawat awam menjalankan tugas.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 06 2019

Chow berkata laporan polis turut dibuat oleh ketua operasi penguatkuasaan itu. - Gambar fail

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

PRU15: Hujan lebat, banjir kilat cabaran kempen Chow Kon Yeow di Batu Kawan
Chow Kon Yeow berkata beliau perlu menemui seramai mungkin pengundi bagi memastikan dirinya dikenali seterusnya dipilih sebagai wakil rakyat.

'Tindakan polis tahan saya di bawah SOSMA untuk lindungi Najib' - Khairuddin
Khairuddin memberitahu Mahkamah Tinggi penahanannya oleh polis di bawah SOSMA adalah untuk melindungi Najib.

Dua pekerja parah dihempap dinding konkrit
Lelaki berusia 42 tahun cedera pada muka selain tapak tangannya hancur, manakala rakannya yang berusia 40 tahun parah pada kaki dan pinggang.

Usul tukar Speaker bukti ahli parlimen PH tidak layak jadi kerajaan - Nazri Aziz
Nazri menjelaskan apa yang berlaku ketika usul menggantikan Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof dengan Datuk Azhar Azizan Harun membuktikan wakil rakyat PH tidak memahami prosedur.

Mahkamah tolak rayuan pendakwaan terhadap ikat jamin Khairuddin, Chang
Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguam Matthias Chang Wen Chieh kekal bebas dengan ikat jamin sementara menunggu selesai perbicaraan mereka.

Lucut jawatan UMNO: Tuduhan Hilmie umpama samseng hingusan - Khairuddin
Perselisihan dan tuduh menuduh di antara Ketua Pemuda UMNO Bahagian Batu Kawan dengan bekas Naib Ketua UMNO bahagian itu kini disifatkan semakin panas.

Lucut jawatan UMNO: Kenyataan Khairuddin macam meludah ke langit - Mohd Hilmie
Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan diminta menyenaraikan apa sahaja program atau sebarang aktiviti yang pernah dibuat kepada parti di kawasannya sendiri.

Lucut jawatan UMNO: Hilmie, cermin diri sendiri sebelum mengata orang lain - Khairuddin
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Batu Kawan, Mohd Hilmie Ibrahim dinasihat cermin diri sendiri sebelum mengata individu lain terutama mengenai isu sikap dan moral masing-masing.

Perhimpunan PR di Batu Kawan tiada permit - Polis
Perhimpunan anjuran Pakatan Rakyat yang diadakan di Stadium Batu Kawan, malam tadi tidak mempunyai permit, kata Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi.