KUALA LUMPUR: Industri perhubungan awam berkumpul bersama-sama untuk mengiktiraf pencapaian cemerlang perhubungan awam semasa Anugerah Perhubungan Awam Malaysia (MPRA) 2022, di Hotel Aloft, Kuala Lumpur Sentral pada Jumaat.
Anugerah MPRA 2022 berprestij anjuran Persatuan Perhubungan Awam dan Komunikasi Malaysia (PRCA Malaysia) meraikan 38 pemenang dalam 15 kategori. Selain itu, pemenang Anugerah Kempen Terbaik Tahunan yang menjadi rebutan juga dipilih dari kalangan penyertaan agensi yang memenangi Emas. Tahun ini, dua individu terbilang turut dianugerahkan Anugerah Kepimpinan PRCA dan Anugerah Komuniti PRCA.
Menurut Prof Haji Mohd Said Bani CM Din, Presiden PRCA Malaysia, “Sebagai salah satu acara paling berprestij dan ditunggu-tunggu dalam industri, MPRA 2022 terus mengiktiraf pencapaian cemerlang dan standard tinggi profesional perhubungan awam dalam industri. Perhubungan awam adalah tentang membina hubungan dengan masyarakat. Ia adalah mengenai memenangi hati dan minda masyarakat, pelanggan dan golongan sasar yang lebih besar. Ia bukan hanya mengenai pembinaan imej, tetapi juga membina kepercayaan, pemahaman dan kesetian pelanggan."
MPRA 2022 berjaya dianjurkan dengan sokongan yang menggalakkan daripada pelbagai individu dan organisasi. PRCA Malaysia merakamkan penghargaan kepada semua penaja iaitu Agrobank sebagai penaja utama dan penaja kategori lain iaitu Taylor’s University, Naza Italia, Al-Hilmi Agarwood, Cision PR Newswire, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd, MedKad Sdn Bhd, MyCreative Ventures Sdn Bhd, Perbadanan Kemajuan Teknologi Malaysia, Meltwater, Tenaga Nasional Berhad, McDonald's Malaysia, Naza Eastern Motors, Telekom Malaysia Berhad, Telum Media dan Nestle Malaysia.
“MPRA 2022 juga akan memberi penghormatan kepada dua personaliti terbilang di bawah Kategori Anugerah Kecemerlangan PRCA kami—Anugerah Kepimpinan dianugerahkan kepada seorang ikon global dan pejuang kemanusiaan, yang telah menaikkan imej negara di peringkat antarabangsa melalui usaha kemanusiaan dalam dan luar negara. Sementara itu, Anugerah Komuniti PRCA 2022 dianugerahkan kepada selebriti popular yang mempromosikan perpaduan merentasi pelbagai demografi; dan memperjuangkan tujuan mulia dan amal. Pada masa yang sama, selebriti ini juga merupakan artis terlaris dan penerima anugerah terbanyak negara,” tambah Said Bani.
Pengasas MERCY Malaysia, Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood menerima Anugerah Kepimpinan PRCA Malaysia 2022 atas usaha teladan beliau dan kepimpinan tegas dalam bantuan kemanusiaan. Tan Sri Dr. Jemilah telah menjadi menjadi daya pemacu sehingga MERCY Malaysia diiktiraf di peringkat global dengan berpandukan prinsip yang berasaskan tadbir urus yang baik dan komunikasi inklusif. Pada majlis anugerah yang sama, penyanyi prolifik dan artis terlaris Malaysia, Dato’ Sri Siti Nurhaliza telah diberi penghormatan dengan Anugerah Komuniti PRCA Malaysia 2022 sebagai mengiktiraf usaha beliau dalam mempromosi perpaduan dan keharmonian dalam kalangan masyarakat melalui sumbangan
dermawan dan muzik. Tindakan dermawan beliau untuk tujuan kemasyarakatan termasuk menubuhkan Dana PKP semasa kemuncak pandemik untuk membantu petugas barisan hadapan dan rakyat Malaysia yang terjejas oleh wabak itu.
Diadakan untuk kali ke-14, MPRA 2022 sekali lagi meraikan pencapaian tertinggi organisasi,perunding perhubungan awam, dan pengamal dalaman dari kedua-dua sektor swasta dan awam, universiti dan individu.
Stefanie Braukmann, Ketua Hakim dan Setiausaha Kehormat PRCA Malaysia, berkata, “Selaras objektif mengiktiraf hasil kerja yang paling cemerlang dan memberi inspirasi dalam perhubungan awam merentas pelbagai industri dan kategori, MPRA kekal relevan dengan mengemas kini kategori anugerah mereka secara berterusan selaras dengan trend industri semasa. Tahun ini, kami memperkenalkan beberapa kategori baharu untuk mencerminkan pengaruh media digital dan sosial yang semakin meningkat dalam perhubungan awam.”
MPRA telah berkembang untuk mengikuti perkembangan industri yang pesat berubah, dan
terus meraikan kejayaan menarik dan inovatif profesional berbakat dalam arena komunikasi. Hari ini, MPRA diiktiraf sebagai salah satu penghormatan tertinggi dalam perhubungan awam.
Pemenang Anugerah Kempen Tahunan ialah Perspetive Strategies untuk kempen "#COMETOGETHER". Kempen dengan fokus khusus untuk mewujudkan gerakan ke arah pendidikan kesihatan seksual dan pemerkasaan belia. Kempen "#COMETOGETHER" telah berjaya melancarkan kempen holistik yang diperbaharui meliputi tinjauan di seluruh negara, forum dengan organisasi rakan kongsi dan pengaruh serta bengkel di lapangan.
Seperti dalam edisi lepas, teras MPRA 2022 adalah panel hakimnya yang terdiri daripada pengarang kanan yang dihormati daripada rumah media sokongan, serta pegawai kanan dan pengamal komunikasi daripada sektor awam dan swasta. Masing-masing mempamerkan komitmen tinggi, profesionalisme dan kesaksamaan bagi memastikan kualiti dan integriti MPRA 2022. Panel hakim terdiri daripada Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, KetuaPegawai Eksekutif, Institut Integriti Malaysia; Datuk Seri Abdul Jalil Hamid, Pengarah Eksekutif Komunikasi Strategik dan Pejabat Pengerusi, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia; Tammy Toh, Pengarah Jenama, Komunikasi dan Kemampanan, Astro Malaysia; Terence Fernandez, Ketua Berita Petra dan Pengarang Urusan, The Vibes; Ashwad Ismail, Ketua dan Ketua Pengarang, Astro AWANI; Sherliza Zaharudin, Ketua Komunikasi Korporat, Khazanah Nasional; dan Adit Rahim, Pengasas Pay It Forward Cyberjaya. Ketua hakim ialah Stefanie Braukmann, Setiausaha Kehormat PRCA Malaysia.
Kenyataan Media
Sat Dec 10 2022
PRCA Malaysia nobat Tan Sri Dr Jemilah Mahmood dan artis Malaysia, Datuk Sri Siti Nurhaliza sebagai Ikon Komuniti di MPRA 2022.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 22 Januari 2025.
176 warga asing ditahan di Bukit Bintang
Seramai 176 warga asing ditahan dalam satu operasi yang dijalankan Jabatan Imigresen (JIM) Kuala Lumpur di sekitar Jalan Alor, Bukit Bintang, malam ini.
Wanita hilang selama 11 hari di Sitiawan ditemui di Kajang
Ling Siew Siew disahkan berada di Kajang oleh ahli keluarganya yang memaklumkan perkara tersebut kepada pihak polis.
WEF 2025: Selatan Global perlu gesa kepada pembaharuan struktur antarabangsa - PM
Anwar berkata pakatan seperti BRICS adalah penting sebagai mekanisme untuk membincangkan mengenai pembaharuan dan membolehkan semua pihak mendapat manfaatnya.
AWANI Ringkas: Najib anggap surat derma daripada Arab Saudi tulen
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Beberapa orang ditikam di stesen keretapi di tengah Jepun, seorang tidak sedarkan diri
Beberapa orang ditikam pada petang Rabu di sebuah stesen kereta api yang merupakan hab pengangkutan ke kawasan ski, terletak di tengah Jepun.
Trump umum pelaksanaan 10 peratus tarif ke atas import dari China mulai 1 Februari
Trump pada Selasa berkata tarif 10 peratus ini adalah tindak balas terhadap peranan China dalam krisis fentanyl.
Seludup besi: Enam ditahan, barangan bernilai RM113 juta dirampas
Enam individu ditahan terdiri daripada dua lelaki dan seorang perempuan warga tempatan serta tiga lelaki warga asing berumur antara 33 hingga 50 tahun.
Banjir di Sarawak: Jumlah mangsa di PPS Saratok kini 91 orang
Sebanyak 91 orang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Rumah Dayak, Saratok susulan banjir yang melanda daerah itu, setakat 8 malam tadi.
Anugerah Perhubungan Awam Malaysia iktiraf keunggulan industri
Malaysia Public Relations Awards (MPRA) tahun ini bakal mengiktiraf penerima anugerah dalam hampir 20 kategori untuk pelbagai kempen perhubungan awam dan komunikasi sepanjang tahun.
MPRA 2022 nobat Dr Jemilah Mahmood Ikon Kepimpinan, Siti Nurhaliza Ikon Komuniti
PRCA Malaysia menobatkan Pengasas Mercy Malaysia, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood sebagai Ikon Kepimpinan, dan artis Malaysia, Datuk Sri Siti Nurhaliza sebagai Ikon Komuniti di MPRA 2022.
Anugerah Perhubungan Awam Malaysia kembali dengan lebih gemilang
Anugerah bakal mempamerkan pencapaian trend industri semasa serta pengaruh media digital dan sosial yang berkembang.
Tumpu kepada pengurusan plastik berbanding larangan - Persatuan
Untuk melupuskan semua jenis plastik daripada kehidupan seharian rakyat Malaysia adalah sesuatu yang tidak lestari dan larangan sepenuhnya adalah tidak praktikal.
MPMA dan MPRA mahu penguatkuasaan lebih tegas bagi pembuangan sisa
MPMA dan MPRA berkata pembuangan haram, sama ada sampah domestik atau bahan kimia berbahaya, menunjukkan kepincangan serius sistem pengurusan sisa.
Astro rangkul tiga anugerah berprestij pada majlis MPRA 2019
Astro Malaysia Holdings Bhd (Astro) meraih tiga anugerah pada majlis makan malam Anugerah PR Malaysia (MPRA) 2019.
Astro AWANI menang Anugerah Khas Kepimpinan PRCA Malaysia
Astro AWANI dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Khas Kepimpinan PRCA Malaysia pada majlis makan malam Anugerah PR Malaysia (MRPA) 2019 pada Jumaat.