MPM cadang Sukan Para ASEAN 2020 tidak dilangsungkan pada hari raya

Saraya Mia
Februari 17, 2020 19:11 MYT
Presiden MPM menyampaikan cek kepada wakil persatuan sukan paralimpik negara - Foto: Astro AWANI
Sukan Para ASEAN (APG) 2020 tidak akan diadakan pada Hari Raya Aidilfitri, tegas Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin.
Sebaliknya, beliau sedang berusaha berbincang bersama semua negara ASEAN agar acara sukaneka yang melibatkan atlet kurang upaya dari sembilan buah negara Asia Tenggara itu diadakan selepas musim perayaan.
“Itu dia cadangkan. Itu yang kami maklumkan supaya kita berbincang. Supaya semua sembilan negara ASEAN berbincang dan setuju dengan satu tarikh yang tetap.
“Secara lisannya, kami sudah tentukan tidak (akan berlaku pada musim raya), secara WhatsApp juga tidak, dan secara e-mel tidak," kata Megat D Shahriman kepada wartawan ketika sidang media selepas majlis Sepetang Bersama Rakan Sukan dan Media di MPM, Kampung Pandan di sini pada Isnin.
Sehubungan dengan itu, tarikh tetap acara APG di Manila Filipina pada awal tahun ini masih tidak dimaklumkan selepas ditunda dua kali.
Malah Megat D Shariman berkata beliau sedang bekerja keras untuk mendapatkan tarikh tetap itu dan berharap akan memaklumkan selepas raya.
Sehubungan itu, tarikh tetap acara APG di Manila Filipina pada awal tahun ini masih tidak dimaklumkan selepas ditunda dua kali.
Acara APG telah ditunda dari Januari tahun ini kepada Mac oleh kerana masalah logistik, sebelum
ditunda sekali lagi kerana wabak novel koronavirus 2019 (COVID-2019).
BACA: Megat Shahriman mahu tumpu atlet Para
Baru-baru ini, MPM telah menemui Persekutuan Sukan Paralimpik ASEAN (APSF) di Bangkok bagi mendapatkan tetapan bagi isu tundaan ini.
Presiden Jawatankuasa Paralimpik Filipina (PPC) Michael Barredo telah mencadang bahawa acara sukan Paralimpik ke-10 berlangsung pada bulan Mei atau Jun.
#Acara #ASEAN #Asia Tenggara #Filipina #Majlis Palaimpik Malaysia #Manila #MPM #Paralimpik #Paralympic #sukan
;