Istilah yang digunakan oleh Menteri Pertahanan Mohamad Sabu ketika sesi soal jawab Dialog Shangri-La yang berlangsung di Singapura baru-baru ini adalah merujuk kepada penaja pengganas yang menyalurkan sumber kewangan bagi menyokong aktiviti mereka.
Setiausaha Akhbarnya, Amin Shah Iskandar ketika mempertahankan ucapan yang dibuat bosnya berkata istilah "father and mother" itu merupakan terma yang biasa digunakan dalam Counter-Terrorisme.
"Menhan (Menteri Pertahanan) menggunakan rujukan anekdot apabila dia menyebut tentang "father and mother" kepada organisasi pengganas, ia merujuk kepada unsur penaja pengganas.
"Beliau (Mohamad Sabu) berkata bahawa pengganas sering dilengkapi senjata yang baik seolah-olah mereka mempunyai sumber kewangan yang kukuh menyokong aktiviti mereka," katanya kepada Astro AWANI.
Video tular Mohamad menjawab soalan pada Dialog Shangri-La dikritik netizen gara-gara beberapa istilah yang digunakan menteri pertahanan itu.
Irwan Muhammad Zain
Mon Jun 03 2019
Istilah "father and mother" yang digunakan Mohamad Sabu adalah merujuk kepada penaja pengganas. -Gambar fail
Bank Dunia sediakan pembiayaan tingkatkan ketahanan iklim Bangladesh
Dua perjanjian pembiayaan berjumlah US$900 juta itu untuk membantu negara itu mencapai kemampanan alam sekitar dan ketahanan iklim.
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Mother and Father' merujuk kepada penaja pengganas - SUA Menteri Pertahanan
Istilah yang digunakan Mohamad Sabu ketika sesi soal jawab di dialog tersebut merupakan terma yang biasa digunakan dalam counter-terrorisme.