MOTAC yakin sasaran TMM2020 tercapai biarpun berdepan koronavirus
Irwan Muhammad Zain
Januari 28, 2020 15:13 MYT
Januari 28, 2020 15:13 MYT
Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan yakin pihaknya akan mencapai sasaran jumlah pelancong ke negara ini sempena Tahun Melawat Malaysia biarpun berdepan wabak koronavirus.
Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Mohamadin Ketapi menegaskan pihaknya tidak akan menyemak semula sasaran yang telah ditetapkan sebelum ini.
“Sasaran kementerian untuk Tahun Melawat Malaysia tetap 30 juta pelancong seperti yang dinyatakan sebelum ini.
“Kita tidak rasa ada kesan terhadap Tahun Melawat Malaysia, kalau ada kesan sedikit pun cuma dari Wuhan.
“Tetapi kita masih pelancong dari negara-negara lain seperti dari Australia,” katanya ketika sidang media bersama Menteri Kesihatan di sini pada Selasa.
Beliau juga menyeru kepada pengurusan pusat pelancongan agar tidak menutup tempat mereka kerana pelancong yang masuk ke negara ini disahkan sihat.
Mohamadin juga menyifatkan pihak yang menyebarkan berita palsu tentang wabak koronavirus sebagai pihak yang cuba menggagalkan agenda nasional.
#Datuk Mohamadin Ketapi
#Kementerian Pelancongan Kesenian dan Kebudayaan
#koronavirus
#Malaysia
#pelancong
#pelancongan
#Tahun Melawat Malaysi
#Wuhan