SIMUNJAN: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menerusi Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB) menyasarkan penganjuran 126 acara perniagaan sepanjang tahun ini yang mampu memberi pulangan bernilai RM734 juta bagi memulihkan sektor pelancongan negara.
Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri berkata di bawah usaha ini, kementerian meluluskan 141 permohonan Geran Sepadan Sektor Pelancongan (GSSP) dan 167 permohonan Geran Sepadan Sektor Kebudayaan (GSSK) sehingga kini yang masing-masing bernilai RM20.5 juta dan RM20.75 juta.
"Sebenarnya masih ramai yang mahu memohon geran ini tapi semua peruntukan telah dipakai. Kita tidak larang sesiapa untuk terus memohon, cuma kena sabar untuk permohonan geran diluluskan tahun depan.
"Selain itu, sebanyak 23 acara dan program pelancongan dengan nilai (bantuan) RM1 juta serta 29 acara dan program 'voluntourism' (sukarelawan pelancongan) di seluruh negara disediakan," katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Logo Baharu Voluntourism di Padang Sentral di sini semalam.
Mengambil contoh penganjuran Program Voluntourism dan Kebudayaan Simunjan 2022, Nancy berkata ia boleh memanfaatkan ekonomi banyak pihak khususnya dalam kalangan warga tempatan.
Nancy berkata setakat Jumaat, program voluntourism yang dilaksanakan MOTAC sejak September 2012 itu telah melibatkan pendaftaran seramai 14,165 sukarelawan meliputi pelbagai peringkat umur dan latar belakang.
"Sebelum ini program voluntourism ini dikenali sebagai 1Malaysia Voluntourism yang dibangunkan melalui inisiatif ketujuh di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS7 - Voluntourism).
"MOTAC telah menjenamakan semula dan memberi nafas baharu kepada program voluntourism sedia ada dengan menyusun semula teras utama dan logo baharu," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 24 2022
![MOTAC sasar 126 acara tahun ini untuk jana pulangan RM734 juta MOTAC sasar 126 acara tahun ini untuk jana pulangan RM734 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71664062027_NancyShukri.jpg)
Nancy Shukri pada majlis pelancaran logo baharu Voluntourism di Padang Sentral, Simunjan, 24 Sept 2022. -- fotoBERNAMA
Menteri Luar ASEAN tegaskan sokongan terhadap hak Palestin
Menteri-menteri Luar ASEAN menegaskan sokongan berterusan terhadap hak rakyat Palestin yang tidak boleh dinafikan, termasuk hak menentukan nasib sendiri serta tanah air mereka.
Anwar cadang Turkiye sebagai rakan dialog ASEAN
Malaysia selaku pengerusi ASEAN mencadangkan agar Turkiye dimasukkan sebagai Rakan Dialog ASEAN.
Brazil tidak mahu mula perang dagang dengan Amerika Syarikat
Menteri Hubungan Institusi Brazil, Alexandre Padilha berkata, negaranya sentiasa komited untuk mengukuhkan perdagangan bebas di peringkat global.
Tarif terhadap keluli Mexico tidak munasabah
Menteri Ekonomi Mexico, Marcelo Ebrard berkata, negaranya mengimport lebih banyak keluli dari Amerika Syarikat berbanding mengeksport komoditi itu.
![Program Jom Masuk U 2025 bermula 22 Feb - KPT Program Jom Masuk U 2025 bermula 22 Feb - KPT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739353845_KementerianPengajia.jpg)
Program Jom Masuk U 2025 bermula 22 Feb - KPT
Program Jom Masuk U 2025 (JMU 2025) bakal memulakan siri jelajah ke 10 zon di seluruh negara bermula pada 22 Feb hingga 18 Mei depan.
Harga minyak mentah menurun susulan lebihan simpanan di AS
Harga komoditi itu turut menerima tekanan menurun akibat kebimbangan mengenai tarif perdagangan yang dilaksanakan pentadbiran Presiden Donald Trump.
Sarawak mesti berkuasa dalam pengagihan sumber minyak dan gas - Abang Jo
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ini walaupun kerajaan negeri telah bersetuju untuk mengiktiraf Akta Pembangunan Petroleum Malaysia 1974 yang memberikan kuasa itu kepada Petronas sebelum ini.
Perdagangan Malaysia melonjak 5.5 peratus pada 2024
Perdagangan borong dan runcit negara meningkat kepada RM1.77 trilion tahun lalu, didorong oleh permintaan kukuh, kestabilan persekitaran ekonomi dan aktiviti pelancongan yang meningkat.
Pengambilalihan muktamad, Maswings kini dikenali AirBorneo
Entiti baharu penerbangan Sarawak yang diambil alih daripada Maswings Sdn Bhd akan dikenali sebagai AirBorneo.
Premium insurans: PAC adakan sesi pendengaran awam
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) bersedia untuk mengadakan sesi pendengaran awam berhubung kenaikan premium insurans kesihatan/takaful, dan caj hospital swasta.
Pengerusinya Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, ia merupakan sebahagian daripada usaha PAC untuk membantu kerajaan merangka reformasi penjagaan kesihatan.
Pengerusinya Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, ia merupakan sebahagian daripada usaha PAC untuk membantu kerajaan merangka reformasi penjagaan kesihatan.
![Kanak-kanak dipukul hingga terkena bucu kerusi telah dapatkan rawatan - Nancy Kanak-kanak dipukul hingga terkena bucu kerusi telah dapatkan rawatan - Nancy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739245878_TBNANCY.jpg)
Kanak-kanak dipukul hingga terkena bucu kerusi telah dapatkan rawatan - Nancy
Nancy turut mengesahkan bahawa suspek wanita berkenaan telah ditahan oleh pihak polis.
![WEC 2025 bincang konsep 'caregiverpreneurship' - Nancy WEC 2025 bincang konsep 'caregiverpreneurship' - Nancy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81734005454_NancySyukri.jpg)
WEC 2025 bincang konsep 'caregiverpreneurship' - Nancy
Konsep 'caregiverpreneurship' akan menjadi antara topik dibincangkan semasa Persidangan Keusahawanan Wanita (WEC) 2025, pada 21 dan 22 Feb ini.
![3,000 rakyat Malaysia terima manfaat PSSS bergerak tahun lepas - Nancy 3,000 rakyat Malaysia terima manfaat PSSS bergerak tahun lepas - Nancy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739087862_TBNANCY.jpg)
3,000 rakyat Malaysia terima manfaat PSSS bergerak tahun lepas - Nancy
Sejumlah 3,000 individu telah menerima manfaat menerusi program Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) bergerak pada tahun lepas.
![JKM pastikan bantuan makanan cukup untuk mangsa banjir di Sabah, Sarawak JKM pastikan bantuan makanan cukup untuk mangsa banjir di Sabah, Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738761045_NancyHajiShukri.jpg)
JKM pastikan bantuan makanan cukup untuk mangsa banjir di Sabah, Sarawak
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sentiasa memastikan bantuan bekalan makanan mencukupi bagi mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah dan Sarawak.
![100 pemimpin wanita sertai program PERANTIS tahun ini - Nancy 100 pemimpin wanita sertai program PERANTIS tahun ini - Nancy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737898548_DatukSeriNancyShu.jpg)
100 pemimpin wanita sertai program PERANTIS tahun ini - Nancy
Setiap daripada mereka akan menerima sehingga RM50,000 untuk melaksanakan program pembangunan kepimpinan dalam bidang masing-masing.
![Keluarga OKU di Kemaman diberikan kaunseling - Nancy Keluarga OKU di Kemaman diberikan kaunseling - Nancy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737642222_NancyShukri.jpg)
Keluarga OKU di Kemaman diberikan kaunseling - Nancy
Jabatan Kebajikan Masyarakat Terengganu telah memberikan kaunseling kepada keluarga mangsa lelaki orang kurang upaya (OKU) yang dipukul.
![80 anak bekas anggota GISB belum dituntut ibu bapa - Nancy 80 anak bekas anggota GISB belum dituntut ibu bapa - Nancy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737543854_HajahNancyHajiShu.jpg)
80 anak bekas anggota GISB belum dituntut ibu bapa - Nancy
Nancy berkata 475 lagi telah diserahkan kepada keluarga mengikut Seksyen 30 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 manakala lima lagi diserahkan kepada Orang yang Layak dan Sesuai (OYLS) mengikut akta sama.
![Isu jurang gaji siswazah antara jantina perlu ditangani - Nancy Isu jurang gaji siswazah antara jantina perlu ditangani - Nancy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737543854_HajahNancyHajiShu.jpg)
Isu jurang gaji siswazah antara jantina perlu ditangani - Nancy
Langkah segera perlu diambil untuk menangani jurang gaji antara siswazah wanita dengan lelaki di Malaysia, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.
![107 anak-anak bekas anggota GISB tidak dituntut 107 anak-anak bekas anggota GISB tidak dituntut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737088345_NancyShukri.jpg)
107 anak-anak bekas anggota GISB tidak dituntut
Nancy berkata, seramai 448 kanak-kanak sudah diserahkan kepada keluarga mengikut Seksyen 30(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
![Bekerja atau tidak, carum PERKESO untuk perlindungan diri dan keluarga Bekerja atau tidak, carum PERKESO untuk perlindungan diri dan keluarga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736760553_TBNANCY.jpg)
Bekerja atau tidak, carum PERKESO untuk perlindungan diri dan keluarga
Sekiranya pencarum meninggal dunia, sekurang-kurangnya waris mendapat mendapat faedah dari segi kewangan yang dapat mengurangkan beban.