LAHAD DATU: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dalam usaha mengenal pasti produk pelancongan berpotensi dibangunkan di kawasan Segama, Lahad Datu bagi membantu komuniti setempat menjana ekonomi menerusi aktiviti ekopelancongan.
Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata misalnya Gua Tepadung yang terletak di Ulu Sungai Segama memiliki tarikan tersendiri dan mampu meletakkan Lahad Datu sebagai destinasi mesti dilawati sekiranya berkunjung ke pantai timur Sabah.
"Gua Tepadung merupakan tempat persemadian masyarakat purba etnik Idahan, di dalamnya terdapat hampir 100 gua kecil yang mempunyai tarikan dan pemandangan berbeza setiap satunya, selain gua ini merupakan pusat pengeluaran hasil sarang burung putih yang dijalankan oleh etnik Idahan hingga kini.
"Terletak di ulu sungai Segama dan hanya mengambil masa 30 minit hingga dua jam perjalanan menaiki bot untuk sampai ke destinasi ini bergantung dengan keadaan kedalaman air sungai Segama dan perjalanan saya pagi ini ke gua ini hanya mengambil masa 30 minit," katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.
Nancy berkata antara aktiviti yang boleh dilakukan di kawasan gua berkenaan ialah 'jungle tracking' atau merentas hutan, melawat keranda purba, mendaki gua, memancing ikan serta menikmati pemandangan matahari terbit.
"Saya juga dimaklumkan bahawa sudah ada pelancong luar yang pernah merasai pengalaman berkhemah dan bermalam di kawasan Gua Tepadung untuk menikmati alam semula jadi," katanya.
Beliau yakin jika aktiviti berkenaan ditawarkan dalam pakej ekopelancongan dengan menonjolkan elemen-elemen seni budaya dan warisan masyarakat etnik tempatan seperti Idahan, Dusun, serta elemen komuniti Cocos dan Jawa di Segama, dapat menarik kehadiran pelancong.
Sementara itu, beliau berkata kelestarian sumber boleh memacu pertumbuhan ekonomi baharu melalui ekopelancongan di samping mewujudkan peluang pekerjaan.
"Lawatan hari ini penting, agar masyarakat setempat dapat mengambil peluang terhadap keunikan seni warisan sedia ada di tempat mereka, sekali gus dapat merealisasikan aspirasi Dasar Pelancongan Negara 2020-2030 termasuk meletakkan Malaysia sebagai 'Top of The Mind Ecotourism Destination of the World' berdasarkan tarikan semula jadi yang ada," katanya lagi.
Menurutnya, MOTAC komited memastikan usaha membangunkan semula industri pelancongan agar berada di landasan betul dan dapat dicapai dalam jangka waktu ditetapkan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 27 2021
![MOTAC kenal pasti produk pelancongan berpotensi di Lahad Datu MOTAC kenal pasti produk pelancongan berpotensi di Lahad Datu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/71640564346_MOTAC.jpg)
MOTAC giat mengenal pasti produk pelancongan yang menarik di sekitar Segama, Lahad Datu untuk dijadikan aktiviti pelancongan. -MOTAC
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Anggota polis maut van dipandu dihempap pokok tumbang di Lahad Datu Anggota polis maut van dipandu dihempap pokok tumbang di Lahad Datu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718984667_Koperalpolismautv.jpg)
Anggota polis maut van dipandu dihempap pokok tumbang di Lahad Datu
Seorang anggota polis berpangkat koperal maut apabila van polis yang dipandunya dihempap pokok tumbang dalam kejadian di Felda Sahabat 16.
![Dua warga Itali antara penumpang bas terbabas dalam gaung di Lahad Datu Dua warga Itali antara penumpang bas terbabas dalam gaung di Lahad Datu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718938104_BasKemalangan.jpg)
Dua warga Itali antara penumpang bas terbabas dalam gaung di Lahad Datu
Dua wanita warga Itali antara 19 individu yang berada di dalam sebuah bas ekspres yang terbabas ke dalam gaung di Lahad Datu malam tadi.
![Bas ekspres terbabas ke dalam gaung di Lahad Datu Bas ekspres terbabas ke dalam gaung di Lahad Datu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718900952_Basekspresjatuhga.jpg)
Bas ekspres terbabas ke dalam gaung di Lahad Datu
Sebuah bas ekspres terbabas ke dalam gaung di Batu 9 Jalan Silam malam ini.
![Kes bunuh pelajar kolej vokasional: Permohonan tujuh remaja lelaki untuk diikat jamin ditolak Kes bunuh pelajar kolej vokasional: Permohonan tujuh remaja lelaki untuk diikat jamin ditolak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715853773_TBMAHKAMAHMAJISTRE.jpg)
Kes bunuh pelajar kolej vokasional: Permohonan tujuh remaja lelaki untuk diikat jamin ditolak
Hakim membuat keputusan itu selepas mendapati tiada keadaan istimewa yang mewajarkan perintah agar permohonan bagi mendapatkan jaminan mereka dibenarkan.
![Tragedi kepala air Lembah Maksina: Tiga mayat ditemukan bawah kayu balak Tragedi kepala air Lembah Maksina: Tiga mayat ditemukan bawah kayu balak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61714971581_tbrivertrekkingma.jpg)
Tragedi kepala air Lembah Maksina: Tiga mayat ditemukan bawah kayu balak
Operasi mencari dan menyelamat dilakukan sejak malam tadi sebaik pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.28 malam.
![13 remaja lelaki didakwa bunuh pelajar kolej vokasional 13 remaja lelaki didakwa bunuh pelajar kolej vokasional](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61712027870_TBMAHKAMAHMAJISTRE.jpg)
13 remaja lelaki didakwa bunuh pelajar kolej vokasional
Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
![Pelajar maut dipukul: Keluarga minta ruang, masih terkejut Pelajar maut dipukul: Keluarga minta ruang, masih terkejut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71711188091_Pelajarmautdipukul.jpg)
Pelajar maut dipukul: Keluarga minta ruang, masih terkejut
Keluarga pelajar yang maut akibat dipukul di asrama sebuah kolej di Lahad Datu, meminta diberikan ruang daripada memberi sebarang kenyataan.
![Kejadian pusaran angin seperti puting beliung landa Lahad Datu Kejadian pusaran angin seperti puting beliung landa Lahad Datu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81710514917_putingbeliungLaha.jpg)
Kejadian pusaran angin seperti puting beliung landa Lahad Datu
Rakaman video diambil orang awam berdurasi 22 saat itu yang tular di media sosial memaparkan zink bumbung deretan kedai diterbangkan dalam kejadian itu.
![Menantu, mentua maut kereta terjunam ke dalam laut Menantu, mentua maut kereta terjunam ke dalam laut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81709429469_TBmaut.jpg)
Menantu, mentua maut kereta terjunam ke dalam laut
Mangsa dikenali sebagai Edwin dan bapa mentuanya, Chan Wai Hou, ditemukan pasukan penyelamat pada kedalaman 12 meter.
![Kehadiran 'sosok' anggota ESSCom beri keyakinan keselamatan penduduk di ESS Zone Kehadiran 'sosok' anggota ESSCom beri keyakinan keselamatan penduduk di ESS Zone](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41707795406_ESSCOM.jpg)
Kehadiran 'sosok' anggota ESSCom beri keyakinan keselamatan penduduk di ESS Zone
Februari ini, genap 11 tahun peristiwa pencerobohan pengganas bersenjata Sulu memasuki perairan negara secara berperingkat di Felda Sahabat, Lahad Datu.