PUTRAJAYA:Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bekerjasama dengan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) melaksanakan inisiatif penempatan sementara pekerja di hotel mengikut Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja (Akta 446).
Menerusi kenyataan hari ini, MOTAC memaklumkan keputusan itu dicapai semasa sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) Pengurusan COVID-19 Bilangan 8 Tahun 2021 Siri 70, pada 26 Jan lepas.
Susulan daripada itu, perbincangan bersama wakil persatuan penggiat industri perhotelan dan bas persiaran telah diadakan pada 4 Feb (Khamis) bagi mendapatkan pandangan dan cadangan pelaksanaan inisiatif tersebut.
"Usaha proaktif kerajaan ini bertujuan untuk menangani penularan wabak COVID-19 yang berpunca daripada kluster tempat kerja khususnya yang melibatkan penginapan pekerja," menurut kementerian itu.
MOTAC berkata inisiatif ini merupakan alternatif terbaik pada masa ini yang secara tidak langsung dapat membantu kelangsungan perniagaan pengusaha hotel di negara ini yang terjejas akibat penularan wabak pandemik.
Justeru, MOTAC memaklumkan permohonan adalah terbuka bagi hotel yang berminat dan memenuhi syarat di bawah Akta 446.
Hotel yang telah berdaftar dengan MOTAC hanya perlu mengemukakan permohonan secara terus menerusi e-mel inisiatifhotel@motac.gov.my manakala bagi yang belum, perlu mendaftar dengan MOTAC terlebih dahulu di www.spip.gov.my sebelum permohonan dipanjangkan kepada JTKSM.
Kementerian itu berkata skop hanyalah melibatkan penginapan bilik, tidak termasuk kos air, elektrik, dobi serta kemudahan lain, bagaimanapun pihak majikan boleh mendapatkan kemudahan lain yang berkaitan dengan tambahan kos yang dirunding bersama pihak hotel.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 06 2021
Permohonan adalah terbuka bagi hotel yang berminat dan memenuhi syarat di bawah Akta 446. - Gambar hiasan
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
Mangsa tanah runtuh Sungai Ruil terima kunci kuarters sementara
Enam belas keluarga yang terjejas akibat tanah runtuh di Sungai Ruil, Cameron Highlands pada 12 Okt tahun lepas boleh menarik nafas lega.
TDM harap pembinaan kem di Lahad Datu diselesaikan segera - Panglima
Baginda berkata projek itu masih dalam peringkat awal dan meningkatkan tahap keupayaan serta kesiapsiagaan menangani ancaman semasa.
MOTAC, JTKSM laksana inisiatif penempatan sementara pekerja di hotel
Perbincangan bersama wakil persatuan penggiat industri perhotelan dan bas persiaran diadakan pada 4 Feb bagi mendapatkan pandangan dan cadangan pelaksanaan.
154 individu di penempatan sementara didenda RM600
Mahkamah setuju kenakan kadar denda minimum selepas mendengar hujahan Peguambela, Amy Zairy Rahmat yang memaklumkan penempatan tersebut adalah sah.
238 ditahan bina petempatan sementara di hutan Ulu Rening
Serbuan dibuat sebaik sahaja menerima maklumat berhubung pelanggaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di kawasan itu pada jam 5 petang Selasa.
Pemangku Raja Pahang minta mangsa kebakaran bersabar
Kerajaan negeri dan agensi berkaitan juga perlu menyegerakan bantuan kepada mangsa kebakaran di Pekan Sungai Lembing.
RCI Wang Kelian: Mangsa dijanji gaji RM2,000
RCI berhubung penemuan kem penempatan sementara dan kubur di Wang Kelian dimaklumkan bahawa mangsa dijanjikan dengan pekerjaan di Malaysia dengan bayaran gaji sekitar RM2,000.
RCI Wang Kelian memasuki hari kedua
Hari kedua sesi pendengaran awam RCI mengenai penemuan kem penempatan sementara dan kubur di Wang Kelian menampilkan tiga lagi saksi.
500 migran Syria ditempatkan sementara di Malaysia menjelang hujung tahun
Setakat ini, 79 migran Syria telah tiba di Malaysia sebagai usaha kerajaan dalam menerima 3,000 rakyat negara itu atas dasar ihsan dan perikemanusiaan.
Banjir: ATM bersedia gerakkan aset, anggota bila-bila masa - Hishammuddin
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sudah bersedia untuk menggerakkan aset dan anggotanya bila-bila masa ke kawasan terjejas banjir di seluruh negara.