PUTRAJAYA: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) hari ini menganjurkan Program 10,000 Langkah Semangat Merdeka bagi menyemarakkan lagi semangat patriotisme dalam kalangan warga kementerian sempena sambutan Bulan Kebangsaan 2022.
Program yang bermula kira-kira 9.30 pagi itu disertai lebih 300 warga MOTAC dengan berjalan sambil memegang Jalur Gemilang sejauh hampir enam kilometer di sekitar Putrajaya
Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri yang membuat pelepasan peserta berkata MOTAC telah menyusun pelbagai aktiviti sempena Bulan Kebangsaan termasuk pameran kemerdekaan bagi menzahirkan semangat cintakan negara.
"Kefahaman dan penghayatan sejarah peradaban bangsa akan memperkukuhkan lagi kedudukan serta toleransi rakyat di negara ini.
"Sebagai sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum, kita perlu berpaksikan kepada pengamalan nilai murni supaya keamanan, kedaulatan dan kemakmuran negara dapat terus dilestarikan," katanya ditemui pemberita selepas acara pelepasan peserta.
Nancy berkata Program 10,000 Langkah Semangat Merdeka juga bertujuan merangsang semangat kesukanan di samping menyokong Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) kerajaan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 16 2022
Program 10,000 Langkah Semangat Merdeka juga bertujuan merangsang semangat kesukanan di samping menyokong Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) kerajaan. - Foto: Facebook Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Industri inap desa Sarawak jana RM4.95 juta, tarik 41,168 pengunjung pada Januari-September 2024
Industri inap desa Sarawak menjana pendapatan RM4.95 juta dari Januari hingga September tahun ini sambil menarik 41,168 pengunjung sepanjang tempoh itu.
HRD Corp: Inisiatif kursus pembangunan keluarga guna caruman levi majikan diteruskan - PM
Human Resource Development Corporation (HRD Corp) akan meneruskan inisiatif pembiayaan kursus-kursus bertemakan pembangunan keluarga menggunakan caruman levi majikan.
MOTAC rancang tubuh task force, tangani isu perniagaan dijalankan warga asing
MOTAC merancang untuk menubuhkan task force (pasukan petugas khas) bagi menangani isu perniagaan dan pengangkutan termasuk agensi pelancongan yang diusahakan oleh warga asing.
Parlimen: MOTAC akan semak semula Akta Industri Pelancongan - Khairul Firdaus
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan menyemak semula Akta Industri Pelancongan (AIP) 1992 (Akta 482).
KCCM 2024: Pelbagai tarikan perhebat pelancongan domestik
Pengunjung yang hadir ke KCCM 2024 berpeluang memilih lebih daripada 200 pakej pelancongan yang ditawarkan lebih 100 penggiat industri.
KCCM 2024: Lebih 200 pakej pelancongan menanti pengunjung
Karnival ini mengajak rakyat Malaysia bercuti di dalam negara selain memanfaatkan tawaran pakej istimewa yang dipromosikan sewaktu penganjuran.
Daftar masuk, keluar hotel: Bukan di bawah bidang kuasa MOTAC - King Sing
Isu berkaitan rumah tumpangan dan rumah bermalaman bukan di bawah bidang kuasa Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).
Program MM2H: MOTAC lancar siasatan kenal pasti ejen sebar maklumat salah
Tiong berkata pihaknya mendapat aduan termasuk dakwaan bahawa program MM2H itu masih belum beroperasi dan permohonan tidak akan diterima.
Kerajaan Perak saran pengusaha teliti semula waktu pendaftaran masuk, keluar hotel
Kerajaan Perak menyarankan pemilik hotel untuk menetapkan waktu daftar masuk dan keluar yang bersesuaian, agar tidak timbul sebarang isu berbangkit melibatkan kepentingan pelanggan.
MOTAC atur mesyuarat khas bincang isu daftar masuk, keluar industri perhotelan
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya akan mengadakan mesyuarat khas untuk membincangkan isu waktu daftar masuk dan daftar keluar hotel yang sedang tular.