ALOR SETAR: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI) mensasarkan untuk memberikan suntikan vaksin sehingga 400,000 sehari kepada penduduk di negeri Selangor bagi mengekang penularan COVID-19.
Sinar Harian melaporkan, Timbalan Menteri Sains Teknologi Inovasi, Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata, negeri Selangor antara kawasan yang diberikan tumpuan oleh kerajaan dan setakat Rabu, sebanyak 114,000 suntikan vaksin diberikan dalam masa sehari.
Menurut beliau, kerajaan memperuntukkan kira-kira empat juta dos vaksin untuk dihantar ke negeri Selangor dan memohon kerjasama pihak berkaitan untuk membantu perkara tersebut.
"Pada pagi Khamis, kita berbincang agar suntikan vaksin dapat dilakukan sehingga 400,000 sehari di Selangor.
"Kita mahu segerakan pemberian vaksin di Selangor kerana tidak mahu menjangkiti tempat lain. Vaksin yang diterima akan diberikan kepada negeri-negeri yang mempunyai kes tinggi seperti di Lembah Klang," katanya pada sidang akhbar selepas lawatan kerja ke Pusat Pemberian Vaksin Kota Setar di Stadium Sultan Abdul Halim pada Khamis.
Hadir sama, Exco Kesihatan dan Kerajaan Tempatan Negeri Kedah, Datuk Dr Mohd Hayati Othman.
Mengulas lanjut, Ahmad Amzad berkata, kerajaan dijadualkan menerima hampir 16 juta dos vaksin sebelum hujung Julai ini sekali gus memastikan proses imuniti berkelompok di negara ini dapat dilakukan mengikut jadual.
Menurut beliau, Pharmaniaga telah memberikan komitmen untuk menghantar 12 juta dos vaksin Sinovac pada Julai termasuk sumbangan satu juta dos Pfizer dari Amerika Syarikat.
"Jepun juga menyumbangkan satu juta vaksin AstraZeneca dan kita juga sedang menunggu penerimaan sumbangan 500,000 vaksin dari China," katanya.
Jelasnya, proses vaksinasi di negara ini dilihat berada di hadapan dalam menyumbang dan membantu Proses Pemulihan Negara (PPN).
"Jumlah rakyat yang lengkap dua dos vaksin telah mencapai 11 peratus di seluruh negara," katanya.
Sementara itu, beliau berkata, semua vaksin yang dipilih di negara ini adalah yang paling terbaik untuk rakyat Malaysia.
"Tidak perlu rakyat memilih untuk menerima vaksin-vaksin ini kerana semuanya sudah terbukti berkesan di seluruh dunia.
"Setakat ini, prestasi mereka yang lengkap menerima dos vaksin menunjukkan jangkitan yang sangat rendah dan lebih 90 peratus dapat menghindar daripada menghadapi gejala teruk," katanya.
Artikel asal boleh dibaca di Sinar Harian di sini
Sinar Harian
Thu Jul 15 2021
Ahmad Amzad (dua dari kanan) dan Dr Mohd Hayati (kanan) menyantuni seorang warga emas semasa melawat Pusat Pemberian Vaksin Kota Setar di Stadium Sultan Abdul Halim pada Khamis. - Gambar SINAR HARIAN
Video lelaki menyerupai wanita didakwa memalukan bola sepak Kedah
KDA FC perlu memberikan penjelasan berhubung video promosi yang memaparkan pempengaruh seorang lelaki menyerupai wanita dalam kempen menarik penyokong hadir.
JAIS akan ambil tindakan tegas terhadap pemungut zakat tanpa tauliah
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan bertindak tegas terhadap individu atau mana-mana pihak yang memungut zakat di negeri itu tanpa tauliah daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
Selepas 14 tahun, kapal USS Abraham Lincoln kembali ke Malaysia
Kapal pengangkut pesawat kelas Nimitz, USS Abraham Lincoln (CVN 72), berlabuh di Malaysia pada Sabtu untuk lawatan pelabuhan berjadual kedua semasa penugasannya bagi tahun 2024.
Serangan udara Israel bunuh 4, cederakan 23 di Beirut - Kementerian Kesihatan Lubnan
Serangan udara Israel di Beirut pada Sabtu, membunuh empat orang dan mencederakan 23 yang lain.
Tiada bukti pencemaran Pantai Esen disebabkan penambakan
Siasatan masih dijalankan termasuk ujian makmal sampel yang diambil di kawasan berkenaan oleh agensi berkaitan.
MCMC diminta teliti saluran notis bencana tanpa perlu lalui SMS - Fahmi
MCMC telah diminta untuk meneliti satu saluran notis bencana secara terus kepada penduduk tanpa perlu melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).
PM berseloroh ambil gaji tahun depan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini secara berseloroh menyatakan beliau akan mengambil gaji bermula tahun hadapan.
11 mangsa ditempatkan di PPS Segamat
Johor menjadi negeri seterusnya dilanda banjir susulan Monsun Timur Laut.
Amaran hujan berterusan tahap waspada sehingga 29 November
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang hingga 29 November.
Orang Asli bina rumah bangsal atas bukit
Penduduk Orang Asli suku kaum Temiar di Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Kuala Betis Blok A di Gua Musang, Kelantan bergotong-royong membina rumah bangsal di atas bukit sebagai tempat pemindahan sementara ketika musim tengkujuh.
MOSTI sasar 400,000 vaksin sehari di Selangor
Selangor antara kawasan yang diberikan tumpuan oleh kerajaan dan setakat Rabu, sebanyak 114,000 suntikan vaksin diberikan dalam masa sehari.