KUALA LUMPUR: Moratorium enam bulan di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), dijangka memberi kelegaan sehingga RM80 bilion kepada kalangan peminjam individu dan perniagaan, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Pada masa sama, beliau turut mengingatkan bahawa pemberian moratorium itu merupakan langkah sementara dan sebahagian daripada inisiatif Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Beliau berkata, kemudahan itu perlu dilihat secara bersama dengan semua usaha bagi mempercepatkan peralihan ke fasa PPN seterusnya.
"Lagi cepat kita beralih fasa, lagi cepat pelbagai sektor boleh beroperasi, maka lagi cepat pemulihan ekonomi kita.
"Sekiranya rakyat sudah boleh keluar mencari rezeki, ini bermakna lebih cepat kita dapat memperoleh semula kehidupan," katanya dalam laporan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) ke-59 yang dikeluarkan hari ini.
Moratorium enam bulan itu ditawarkan kepada semua peminjam individu merangkumi golongan B40, M40 serta T20 dan usahawan mikro, tanpa dikenakan syarat seperti pengurangan pendapatan atau hilang pekerjaan.
Kemudahan itu turut ditawarkan untuk pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas namun tertakluk kepada semakan serta kelulusan pihak bank.
Tengku Zafrul turut menjelaskan bahawa tiada lagi dokumentasi yang perlu dikemukakan dan peminjam hanya perlu menandatangani perjanjian pindaan syarat-syarat pinjaman berkaitan.
"Ini kali kedua Malaysia memperkenalkan moratorium pinjaman secara menyeluruh selepas dilaksanakan pada Mac tahun lepas.
"Tiada negara lain di dunia yang memberikan moratorium menyeluruh seperti ini malah kebanyakannya hanya menyediakan bantuan pinjaman secara bersasar dan terhad," katanya.
Beliau turut menegaskan bahawa moratorium itu tidak mempunyai faedah berkompaun iaitu tidak dikenakan faedah ke atas faedah.
Menurutnya, hanya faedah terkumpul dikenakan seperti biasa apabila peminjam mula membuat bayaran selepas enam bulan.
"Selain itu, ia juga tidak dikenakan penalti dan tidak direkodkan dalam CCRIS (Pusat Sistem Maklumat Rujukan Kredit) bagi mereka yang memilih kemudahan moratorium.
"Ada yang ingin membayar semula dengan kadar bayaran balik asal selepas tempoh moratorium selesai, ada juga yang ingin bayar dengan jumlah yang lebih rendah dan memanjangkan tempoh bayaran balik," katanya.
Tengku Zafrul menjelaskan, peminjam yang memilih untuk melanjutkan tempoh bayaran pinjaman lebih lama dari asal akan berdepan bayaran faedah lebih tinggi tetapi perkara itu perlu dirundingkan dengan pihak bank masing-masing.
Moratorium bayaran balik pinjaman institusi kewangan yang berkuat kuasa 1 April sehingga 28 Ogos 2020 bernilai RM81.9 bilion dengan sejumlah RM28.6 bilion dimanfaatkan oleh sektor perniagaan manakala peminjam individu RM53.3 bilion.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 01 2021
Tengku Zafrul turut mengingatkan bahawa pemberian moratorium itu merupakan langkah sementara dan sebahagian daripada inisiatif Pelan Pemulihan Negara (PPN). - Foto BERNAMA
#AWANIRingkas 18 Oktober 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 18 Oktober 2024
1️⃣ Pembentangan Belanjawan 2025
2️⃣ Sektor pendidikan
3️⃣ Sektor kesihatan
#awaniringkas
1️⃣ Pembentangan Belanjawan 2025
2️⃣ Sektor pendidikan
3️⃣ Sektor kesihatan
#awaniringkas
Belanjawan 2025: Peruntukan AI dinaikkan sebanyak RM50 juta
Kerajaan komited memperluaskan pendidikan berkaitan Kecerdasan Buatan (AI) ke semua universiti penyelidikan dengan peruntukan RM50 juta, berbanding RM20 juta tahun ini.
Latihan regata bertukar tragedi, lima peserta dikhuatiri lemas
Insiden melibatkan 15 peserta menggunakan satu bot untuk latihan regata. 10 individu berjaya selamatkan diri manakala lima yang lain masih hilang.
UAE hantar tiga lagi pesawat bersama 120 tan bantuan untuk Lubnan
UAE setakat ini telah menghantar 12 pesawat yang membawa 515 tan bekalan bantuan.
Belanjawan 2025 sedia platform menyeluruh hadapi cabaran tahun depan - Mohamad Hasan
Langkah-langkah dalam Belanjawan 2025 juga dilihat cuba mengimbangi keperluan rakyat terutama dalam mendepani isu kos sara hidup.
Jumlah kematian di Lubnan terus meningkat
Jumlah kematian akibat serangan udara Israel di Lubnan sejak tercetusnya konflik Israel-Hizbullah pada 8 Oktober 2023 meningkat kepada 2,412.
Lima hilang selepas perahu lumba karam
Wartawan AWANI Borneo, Fadillah Sulaiman bawakan laporan terkini insiden perahu lumba karam dan tenggelam berhampiran kawasan perindustrian Bintawa.
Kematian Yahya Sinwar tidak sesekali patahkan semangat Hamas
Kematian itu dilihat bakal mempupuk semangat yang menebal dalam kalangan mereka untuk terus memperjuangkan agenda pembebasan Palestin yang merdeka sekali gus menamatkan agenda kekejaman rejim Zionis
Belanjawan 2025: Fokus anak muda
Belanjawan 2025: Apa yang Sabah dan Sarawak dapat?
Ikuti analisis awal Belanjawan 2025 bersama Pensyarah Kanan, Jabatan Sosiobudaya, Universiti Malaya, Datuk Prof Madya Dr. Awang Azman Awang Pawi.
Kerajaan perlu berhati-hati guna ruang fiskal yang ada - Pakar ekonomi
Sehingga akhir Jun tahun ini, paras hutang statutori mencecah 56.8 peratus, namun ia masih di bawah had statutori 60 peratus KDNK yang dibenarkan.
Permohonan moratorium mulai hari ini! Ini pautan untuk anda memohon
Jurucakap BNM menjelaskan faedah keuntungan hanya akan terakru (diambil kira) ke atas bayaran balik pinjaman yang tertangguh.
MEF mahu moratorium diperluaskan kepada kumpulan M40, lebih banyak perniagaan
Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) mencadangkan agar skop moratorium di bawah Pemerkasa PLUS diperluaskan kepada kumpulan M40 dan semua jenis perniagaan.
Gabungan NGO gesa lanjut moratorium automatik enam bulan lagi
Dalam perkembangan sama, satu petisyen turut digerakkan di laman www.change.org yang mensasarkan tandangan sebanyak 15,000.
Total lockdown: Ramai di ambang muflis, pengusaha bas harapkan moratorium, bantuan kewangan
Ketika ini ramai yang sedang menanti untuk diisytiharkan muflis disebabkan tidak mampu lagi membayar ansuran bas yang dibeli.
Moratorium: Kelulusan automatik bagi permohonan peminjam terjejas semua peringkat termasuk B40
Kelulusan secara automatik bagi permohonan moratorium serta pengurangan pembayaran balik ansuran pinjaman sebanyak 50 peratus akan diberi oleh bank kepada golongan yang terjejas.
Pemerkasa PLUS: Isi rumah terima tambahan BPR RM500, bujang RM100
Perdana Menteri berkata, bayaran BPR tambahan itu akan mula dimasukkan ke akaun penerima pada hujung bulan Jun nanti.
Hubungi BNM jika bank enggan memendekkan tempoh pinjaman
Pengguna berhak meminta pihak bank memendekkan tempoh bayaran balik hutang mereka apabila mereka berkemampuan meningkatkan bayaran.
Moratorium menyeluruh tidak baik untuk ekonomi, rakyat - Gabenor
moratorium bersasar adalah lebih baik berbanding moratorium menyeluruh kerana ia memberi pilihan kepada peminjam untuk membuat keputusan kewangan sendiri
PKP 2.0: Laksana semula moratorium secara menyeluruh - DPDM
Daniel Wong berkata, kerajaan juga tidak perlu memikirkan tentang kemampuan institusi perbankan kerana perkara itu boleh dilaksanakan.