KUANTAN: Pemilik kenderaan pengangkutan barangan diingatkan supaya memohon segera kad fleet bagi memastikan mereka dapat menikmati subsidi diesel selepas kerajaan melaksanakan subsidi bersasar kelak.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh berkata kira-kira 90,000 kad fleet sudah dikeluarkan dan setakat ini sebanyak 23 kategori kenderaan mengangkut barangan layak menerima subsidi berkenaan.
"Apabila subsidi diesel ditarik balik, mereka yang memiliki kad fleet boleh membeli diesel pada harga subsidi...sebab itu penting untuk memohon.
"Buat masa ini proses pendaftaran bagi mendapatkan kad fleet masih berterusan dan saya meminta mereka yang layak segera berbuat demikian," katanya pada sidang media selepas menyertai Ops Terjah di sini hari ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada minggu lepas mengumumkan Jemaah Menteri bersetuju untuk melaksanakan penyasaran subsidi ke atas diesel membabitkan pengguna di Semenanjung sekali gus memberi penjimatan sekitar RM4 bilion setahun kepada kerajaan.
Mengulas mengenai Ops Terjah, Fuziah berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup bersama Jabatan Imigresen Pahang menyerbu sebuah kedai runcit dan restoran di sini selepas pihaknya menerima aduan.
Beliau berkata antara kesalahan yang dikesan adalah kegagalan peniaga berlesen menyelenggara buku stok barang kawalan mengikut Peraturan 13 (2) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.
"Ketirisan minyak masak paket bersubsidi dilihat turut berlaku apabila bahan memasak itu dihantar ke restoran bagi tujuan perniagaan walhal ia hanya diperuntukkan untuk kegunaan isi rumah," katanya.
Kesalahan mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 iaitu melanggar syarat pas ditetapkan turut dikesan menerusi operasi yang melibatkan lebih 20 anggota penguat kuasa itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 28 2024
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh bercakap ketika sidang media selepas menyertai Op Terjah Bersepadu Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) hari ini. - Foto BERNAMA
Kerja-kerja naik taraf fasiliti pintu automatik akan siap akhir tahun
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata pihaknya sudah melantik kontraktor untuk kerja-kerja naik taraf pintu di platform Monorel yang memisahkan platform dengan koc monorel.
"Ketika Itu arwah dalam keadaan duduk" - Anak Allahyarham Ahmad Nawab
Anak Allahyarham Ahmad Nawab, Nassier Khan sempat berkongsi dirinya terkejut dengan pemergian bapanya, pada Ahad.
MARA Inc beli hartanah terlebih nilai di UK, Australia - PAC
Pembelian berkenaan melibatkan Dudley International House di 51 Queen Street dan 333 Exhibition Street di Melbourne pada 2013 diikuti Beaumont House di London pada 2014.
Pemandu mabuk sebabkan kematian pasangan suami isteri didakwa di mahkamah
Seorang lelaki mdidakwa atas dua pertuduhan memandu dengan kandungan alkohol berlebihan dalam badan sehingga menyebabkan kematian sepasang suami isteri.
Sony bangunkan konsol mudah alih permainan PS5
Peranti konsol mudah alih baharu Sony ini mungkin mengambil masa beberapa tahun sebelum hadir ke pasaran.
'Tak payah anjur Anugerah Kredit Madani' - Mas Ermieyati
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin mengkritik pelaksanaan Anugerah Kredit Madani dan menggesa agar KPKT menyatakan makenisme sesuai pantau syarikat kredit komuniti yang mengenakan faedah tinggi.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LaLiga: Saya mahu bantu Real Madrid jaringkan gol - Kylian Mbappe
Kylian Mbappe percaya dia sudah mula bangkit bersama rakan sepasukannya di Real Madrid selepas menjaringkan gol ketika kemenangan 3-0 berdepan Leganes.
Mercedes cipta sistem brek EV terbina pada motor elektrik
Sistem brek ini tidak perlu diselenggara sepanjang hayat kenderaan dan tidak mencemarkan udara kerana serbuk brek yang terhasil tidak disebarkan ke udara.
Kementerian Perpaduan berjaya laksana lebih 300 program berimpak tinggi tahun ini
KPN laksanakan program merapatkan jurang sosial rakyat Malaysia sekali gus meraikan kepelbagaian budaya, adat resam, perayaan dan warisan.
Payung pantai lebih cantik dan tersusun di Telok Kemang bermula 16 Disember
MPPD menyediakan 33 plot perniagaan payung pantai baharu itu menggantikan khemah biru yang mencemarkan pandangan di kawasan Pantai Telok Kemang.
Mohon segera kad fleet - Fuziah
Pemilik kenderaan pengangkutan barangan diingatkan supaya memohon segera kad fleet bagi memastikan mereka dapat menikmati subsidi diesel selepas kerajaan melaksanakan subsidi bersasar kelak.