PUCHONG: Kementerian Pengangkutan (MOT) tidak menolak perkongsian strategik dengan mana-mana pihak ketiga atau swasta untuk melakukan perkhidmatan bagi pihak agensi di bawah kementerian itu, namun ia perlu dilakukan dengan cara yang betul dan mendapat kebenaran.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata pihaknya tidak mahu ada mana-mana syarikat yang secara tiba-tiba melancar dan mengumumkan penyediaan perkhidmatan untuk jabatan kerajaan tanpa pengetahuan kementerian sendiri.
"Mereka harus mohon secara rasmi dan bentangkan perancangan mereka, kalau berjaya meyakinkan kita tiada masalah, tapi mereka harus ikut proses yang betul," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah dan Menandatangani Perjanjian Pembangunan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Castlefield di sini hari ini.
Semalam, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam kenyataan memaklumkan MOT mahupun jabatan itu sendiri tidak pernah memberikan kelulusan kepada platform pembaharuan insurans secara dalam talian BJAK Sdn. Bhd. (BJAK) untuk menjalankan perkhidmatan urus niaga pembaharuan cukai jalan.
JPJ memaklumkan jabatan itu memandang serius kandungan iklan yang dikeluarkan melalui laman sesawang bjak.my dan media sosial BJAK berhubung perkhidmatan urus niaga pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau cukai jalan secara dalam talian yang ditawarkan kepada orang awam termasuk program pemberian cukai jalan secara percuma.
Loke berkata pihaknya melihat syarikat BJAK melakukan kempen secara agresif dalam menawarkan beberapa perkhidmatan sedangkan tidak mendapat kelulusan JPJ mahupun memiliki sebarang perjanjian dengan jabatan itu.
"Kita bimbang kalau tiada tindakan diambil mungkin orang ramai keliru ini satu perkhidmatan yang ada pengesahan JPJ. Kalau BJAK nak kerjasama dengan JPJ, dia mesti mohon secara rasmi sebagai rakan strategik kepada JPJ," katanya.
Terdahulu, dalam ucapannya Loke berkata Prasarana Malaysia Berhad akan membayar kos pampasan RM20 juta bagi penggantian dan pembangunan seluruh sekolah SJKT Castlefield di kawasan yang baharu, iaitu di Lot 133 Taman Wawasan, Pusat Bandar Puchong.
Ini susulan syarikat itu telah dipertanggungjawabkan untuk membina semula sekolah ganti berikutan pengambilan tanah bagi projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Ampang (Line Extension Project - LEP) yang turut melibatkan sekolah berkenaan.
Sementara itu, Dhaya Maju Infrastructure Asia Sdn Bhd (DMIA) pula akan membayar lebihan kos pembinaan melalui tanggungjawab sosial dengan menjadi pemaju projek itu untuk reka, bina dan menyiapkan pembangunan sekolah berkenaan.
"MOT akan meneruskan pemantauan terhadap projek pembangunan ini melalui satu jawatankuasa yang telah ditubuhkan di peringkat kementerian. Ini bagi memastikan projek mula dilaksanakan mengikut skop kerja dan tempoh masa yang telah ditetapkan.
"Projek berkenaan dijangka mengambil masa tiga tahun untuk disiapkan," kata Loke.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 08 2024

Loke berkata pihaknya tidak mahu ada mana-mana syarikat yang secara tiba-tiba melancar dan mengumumkan penyediaan perkhidmatan untuk jabatan kerajaan tanpa pengetahuan kementerian sendiri. - Gambar Bernama

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

'Perkampungan salji tanpa salji'
China ketika ini berdepan dengan gelombang haba lebih panas dan berpanjangan serta hujan lebat yang semakin kerap akibat perubahan iklim.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Integriti, profesionalisme penjawat awam elak 'perangkap' negatif media sosial - Hajiji
Integriti dan profesionalisme dalam diri penjawat awam menjadi faktor penting bagi mengelakkan 'terperangkap' dalam unsur negatif media sosial terutama penularan yang tidak bertanggungjawab.

MAIPk belum muktamad kadar zakat fitrah tahun ini
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) belum menetapkan kadar bayaran zakat fitrah bagi tahun ini.

Imigresen tumpas sindiket penipuan dalam talian didalangi warga asing
JIM menumpaskan sindiket penipuan dalam talian didalangi warga asing selepas menahan 46 individu dari pelbagai negara dalam serbuan di 17 unit premis kediaman mewah di Kuchai Lama, semalam.

Waktu sekolah seperti biasa sepanjang Ramadan - KPM
Sekolah sesi petang di Semenanjung akan tamat pada pukul 5.30 petang, manakala 5 petang di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan sepanjang Ramadan ini.

Sasaran tiga pingat bagi Kejohanan Berbasikal Trek Asia - Harnizam
Skuad Malaysia meletakkan sasaran sederhana tiga pingat untuk Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ATC) 2025 yang akan berlangsung di Velodrom Nasional di sini bermula 21-27 Feb ini.

Pengguna media sosial diingatkan berpada-pada komen isu libat kaum - Fahmi
Pengguna media sosial diingatkan berpada-pada dalam mengemukakan pendapat melibatkan kaum di media sosial, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Polis kesan pemandu pecuan empat roda sengaja rempuh kereta di Teluk Intan
Polis sedang mengesan seorang pemandu pacuan empat roda berwarna kelabu yang disyaki dengan sengaja merempuh sebuah kereta dalam kejadian di Taman Manggis, Teluk Intan, pada Jumaat.

Lapan individu dipanggil bantu siasatan kandungan palsu, jelik kait Institusi Diraja - MCMC
Kandungan tersebut didakwa boleh menimbulkan kekeliruan serta kebencian terhadap Institusi Diraja.