Bekas Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Samad dalam pembelaannya di Mahkamah Tinggi hari ini menafikan dirinya menerima wang sebanyak sembilan kali berjumlah RM3 juta daripada Muhammad Zahid Md Arip yang ketika itu pegawai khas politiknya berhubung pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites (MPHS) di Sarawak pada 2014.
Mohd Isa berkata beliau tidak pernah membincangkan ataupun bertanya kepada Zahid mengenai status pembelian MPHS.
“Saya tidak pernah mengarahkan Zahid untuk meminta agar Haji Ikhwan (ahli lembaga Gegasan Abadi Properties Sdn Bhd, Ikhwan Zaidel) memberikan ganjaran kepada saya kerana telah membantu meluluskan pembelian MPHS.
“Saya juga tidak pernah mengirimkan apa-apa salam kepada Haji Ikhwan kerana beliau tidak mempunyai sebarang kaitan dengan saya dan saya langsung tidak mengenalinya secara peribadi,” katanya ketika membacakan penyataan saksinya pada hari pertama prosiding bela diri terhadap sembilan pertuduhan rasuah yang dihadapinya.
Katanya setiap kali Zahid datang ke pejabatnya (Mohd Isa), Zahid hanya akan membawa dokumen dan tidak pernah membawa apa-apa beg kertas ataupun apa-apa beg besar lain.
“Sebagai ahli politik, saya merupakan seorang yang berhati-hati dan tidak mungkin akan menerima wang apatah lagi dengan jumlah yang begitu banyak di Menara Felda di mana orang ramai terutamanya staf-staf saya boleh melihatnya.
“Pergerakan saya juga sentiasa ditemani oleh pengawal dan pemandu saya, jadi sekiranya saya ada menerima wang dalam kuantiti yang begitu banyak, tidak mungkin saya dapat membawanya sendiri dan tidak mungkin juga untuk saya membenarkan pengawal untuk membawa duit sebegitu banyak,” katanya.
Mohd Isa juga berkata beliau tidak pernah membantu dan meluluskan pembelian MPHS kerana beliau tidak mempunyai kuasa berbuat demikian.
“Saya sendiri telah menyatakan dengan jelas bahawa saya tidak mempunyai kuasa untuk meluluskan pembelian MPHS tersebut, jadi mengapakah secara tiba-tiba saya meminta wang pula?
“Saya tidak pernah menjanjikan apa-apa kepada Haji Ikhwan dan beliau juga tidak pernah menjanjikan apa-apa imbuhan kepada saya. Saya langsung tidak terlibat atau mengetahui berkenaan apa-apa perbincangan yang berlaku di antara Haji Ikhwan dengan Zahid Md Arip,” katanya.
Katanya, beliau juga tidak memahami bagaimana boleh timbul perkataan ‘Salam’ sedangkan beliau tidak pernah berikan apa-apa salam kepada Ikhwan.
Sebelum ini, saksi pendakwaan ke-16, Zahid memberitahu mahkamah bahawa setiap kali Mohd Isa akan menyampaikan ‘salam’ kepada Ikhwan ia adalah satu petanda yang menunjukkan Mohd Isa memerlukan wang.
Ketika ditanya peguamnya Datuk Salehuddin Saidin semasa pemeriksaan utama bila Zahid dipecat daripada jawatannya, Mohd Isa menjawab “awal 2017 kerana ketika itu beliau mula menyokong parti Harapan.”
Mohd Isa dilantik sebagai pengerusi FICSB pada 2 Julai 2013 ketika FICSB mula-mula ditubuhkan oleh Felda dan beliau juga merupakan seorang daripada ahli Lembaga Pengarah FICSB, namun beliau telah menamatkan perkhidmatannya pada 25 Jan 2017 setelah empat tahun memegang kedua-dua jawatan itu.
Mohd Isa didakwa atas sembilan pertuduhan rasuah iaitu menerima suapan untuk dirinya berjumlah RM3,090,000 daripada Ikhwan menerusi Zahid, sebagai tanda terima kasih bagi membantu meluluskan pembelian hotel oleh FICSB bagi RM160 juta.
Semua kesalahan itu didakwa dilakukan di Tingkat 49, Menara Felda, Platinum Park, No. 11, Persiaran KLCC di sini antara 21 Julai, 2014 dan 11 Dis, 2015.
Setiap pertuduhan itu didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz.
Perbicaraan berlangsung di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 17 2020
Mohd Isa didakwa atas sembilan pertuduhan rasuah iaitu menerima suapan RM3,090,000 daripada Ikhwan menerusi Zahid, sebagai tanda terima kasih bagi membantu meluluskan pembelian hotel oleh FICSB bagi RM160 juta. - Gambar fail
UAE hantar 3 tan bekalan perubatan ke Gaza
Ia sebagai reaksi terhadap rayuan daripada sektor kesihatan, termasuk Hospital Nasser di Khan Younis yang menekankan keadaan kekurangan ubat-ubatan.
Pengarah UNRWA di Gaza kongsi kisah mengerikan krisis perubatan
Anderson berkata pasukan UNRWA dari komuniti kemanusiaan melakukan segala yang mungkin untuk meningkatkan kapasiti perubatan di Gaza.
Olimpik Paris 2024: Beasley perhalusi kelebihan taktikal Nurul Izzah, tingkat penguasaan selekoh
John Beasley mengakui masih banyak perlu dilakukan bagi mempersiapkan pelumba wanita Nurul Izzah Izzati Mohd Asri untuk bersaing.
Bekas ADUN Nangka angkat sumpah Ahli Dewan Negara
Bekas ADUN Nangka, Sarawak Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Dewan Negara.
Penyelia restoran didakwa pecah amanah wang syarikat lebih RM80,000
Seorang penyelia restoran mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini atas 25 pertuduhan pecah amanah wang syarikat berjumlah RM81,126.86.
Agong, Permaisuri zahir ucapan sempena Hari Keputeraan Sultan Brunei
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah pada Isnin berkenan menzahirkan ucapan selamat ulang tahun keputeraan kepada Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah.
Tiada laporan ajaran sesat Millah Abraham di Kelantan
Kerajaan Kelantan tidak menerima sebarang laporan mengenai kewujudan ajaran sesat Millah Abraham di negeri itu, setakat ini.
JKNT nafi peningkatan kes rotavirus di Terengganu
Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) menafikan terdapat peningkatan kes rotavirus di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) seperti yang tular di laman sosial dua hari lalu.
PM Anwar rafak sembah tahniah ulang tahun keputeraan Sultan Brunei ke-78
Anwar, menerusi hantaran sama juga menzahirkan harapan supaya hubungan dan kerjasama antara Malaysia dan Brunei akan terus diperkukuh.
[TERKINI] SPRM beku 20 akaun bank suami isteri pempengaruh, 2 individu
SPRM beku kira-kira 20 akaun bank membabitkan nilai lebih RM740,000 susulan siasatan penyelewengan dana derma awam membabitkan pasangan pempengaruh bersama dua lagi individu.
SejaTi Madani: PM umum peruntukan RM31.7 juta untuk 317 tanah rancangan Felda
Perdana Menteri mahu semua pihak terlibat, termasuk jawatankuasa penduduk, jawatankuasa masjid, persatuan belia dan juga wanita.
Penyasaran subsidi diesel: Anwar umum peruntukan tambahan RM100 juta kepada FELDA
Langkah itu diambil bagi memastikan pendapatan peneroka Felda tidak terkesan dengan penyasaran tersebut.
Ahmad Zahid hadir Program Felda Berselawat
Timbalan Perdana Menteri menyertai lebih 1,500 pengunjung dalam Program Felda Berselawat di MAEPS, malam tadi.
Pendapatan Felda meningkat tiga peratus kepada RM186 juta pada suku pertama 2024
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) merekodkan jumlah pendapatan sebanyak RM186 juta pada suku pertama 2024 atau meningkat tiga peratus berbanding suku pertama 2023.
Aidiladha: Perdana Menteri sumbang 35 ekor lembu kepada 11 wilayah Felda
Program korban merupakan satu daripada tumpuan diberi perhatian oleh Anwar bagi memberi peluang kepada peneroka mendapat manfaat daripadanya.
Tiada tanah bertukar milik, terjual kepada mana-mana pihak di Melaka - Felda
Felda memaklumkan tiada sebarang tanah milik agensi itu yang bertukar hak milik atau terjual dalam urus niaga sindiket penjualan tanah.
Kanak-kanak 3 tahun maut dihempap pokok kelapa
Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut selepas dihempap pokok kelapa di belakang rumah keluarganya di Felda Jengka 6 di sini pada Sabtu.
RM300 bantuan untuk peneroka Felda pendapatan kurang RM1,000 - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid mengumumkan pemberian bantuan khas bersasar sebanyak RM300 kepada peneroka Felda yang berpendapatan RM1,000 ke bawah.
KKDW laksana pemasangan lampu LED solar jalan kampung tahun ini - Rubiah Wang
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bersetuju melaksanakan projek pemasangan lampu LED solar di bawah projek Lampu Jalan Kampung (LJK) bermula tahun ini.
Kerajaan akan umum pendekatan baharu manfaat warga Felda
Kerajaan bakal mengumumkan beberapa pendekatan baharu yang akan memberi manfaat kepada warga Felda minggu depan, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.