Bekas pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad mendedahkan di Mahkamah Tinggi hari ini perangai bekas pegawai khas politiknya, Muhammad Zahid Md Arip yang berkhidmat dengannya selama enam tahun sejak 2011.
Beliau berkata Muhammad Zahid seorang yang suka ‘lompat-lompat parti’ dan mengaitkan orang lain untuk melepaskan ‘tengkuknya’.
“Dia memang suka dari satu tempat ke tempat lain (lompat parti), UMNO ke PKR, masuk PKR bantai Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan Azmin (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali)... lepas itu masuk semula ke UMNO dan sokong Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak).
“Lepas itu, bila Najib tidak lantiknya sebagai setiausaha politik, akhirnya dia ikut Tun (Tun Dr Mahathir Mohamad)... Pakatan Harapan menang dia dapat jadi setiausaha politik Tun,” kata Mohd Isa ketika pemeriksaan semula oleh peguamnya Datuk Salehuddin Saidin pada hari kedua prosiding bela diri berhubung sembilan pertuduhan rasuah yang dihadapinya.
Tambahnya, selepas ‘Langkah Sheraton’ Muhammad Zahid tidak lagi bersama Dr Mahathir dan kini beliau menyokong Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Tun Mahathir ada keluarkan kenyataan mengenai setiausaha politiknya yang ada masalah dengan mahkamah. Dia (Muhammad Zahid) minta Tun Mahathir suruh tahan mahkamah daripada bicara kes dia. Walaupun ketika itu dia belum didakwa.
“Dia (Muhammad Zahid) memang tidak mempunyai prinsip yang tetap,” kata Mohd Isa.
Ditanya Salehuddin, adakah tindakan Muhammad Zahid mengaitkan namanya di dalam kes ini adalah untuk melepaskan tengkuknya, Mohd Isa menjawab: “Itulah tujuan dia.”
Mohd Isa juga bersetuju dengan peguamnya mengenai keterangannya (berhubung diganggu hantu) apa yang berlaku ke atas Muhammad Zahid adalah perkara benar.
Pada hari pertama prosiding pembelaan, Mohd Isa memberitahu mahkamah bahawa Muhammad Zahid terlalu tertekan kerana diganggu ‘hantu’ di sel tahanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan terpaksa mengaitkan beliau dalam tuduhan rasuah itu bagi melepaskan dirinya.
Bekas pengerusi Felda itu juga bersetuju dengan peguamnya bahawa sepanjang perbicaraan hanya Muhammad Zahid yang memberi keterangan bahawa beliau (Mohd Isa) menerima wang tersebut sedangkan saksi-saksi lain menyatakan wang itu diterima oleh Muhammad Zahid.
Mohd Isa berdepan sembilan pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM3,090,000 daripada ahli lembaga Gegasan Abadi Properties Sdn Bhd, Ikhwan Zaidel menerusi Muhammad Zahid, sebagai tanda terima kasih bagi membantu meluluskan pembelian hotel oleh Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FICSB) pada RM160 juta.
Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bersambung 3 Sept.
-- Bernama
Bernama
Wed Aug 19 2020

Mohd Isa berdepan sembilan pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM3,090,000. -Gambar fail
Israel hantar kereta kebal ke Tebing Barat
Langkah itu diambil selepas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengarahkan penyerahan tahanan Palestin, yang merupakan sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata di Gaza, dihentikan.
Nenek berusia 73 tahun rugi RM4 juta dalam 3 bulan
Akibat tertarik dengan tawaran keuntungan mencecah jutaan ringgit, seorang nenek berusia 73 tahun berputih mata apabila mengalami kerugian RM4 juta selepas terperdaya dengan sindiket pelaburan tidak wujud di aplikasi Facebook, dalam tempoh tiga bulan sahaja.
Pengurangan petugas tidak jejaskan kualiti perkhidmatan
Pengurangan lima peratus petugas tidak menjejaskan kualiti perkhidmatan Tabung Haji sempena musim haji kali ini.
#AWANIRingkas 24 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 24 Februari 2025
1️⃣ Ketua balai, koperal ditahan kes curi RM300,000
2️⃣ gula-gula 'gummy' dirampas di Terengganu
3️⃣ RM22 bil diperuntuk bagi rtb di seluruh negara
#awaniringkas
1️⃣ Ketua balai, koperal ditahan kes curi RM300,000
2️⃣ gula-gula 'gummy' dirampas di Terengganu
3️⃣ RM22 bil diperuntuk bagi rtb di seluruh negara
#awaniringkas

Ringgit teruskan aliran mengukuh didorong perang dagangan AS-China yang mereda
Menjelang jam 6 petang, ringgit naik ke paras 4.4080/4110 daripada 4.4165/4200 yang dicatat pada akhir urus niaga Jumaat lepas.

Sistem amaran awal tanah runtuh dipasang di 40 lokasi seluruh negara
Peralatan sistem amaran awal tanah runtuh telah dipasang di 40 lokasi di seluruh negara setakat Disember tahun lepas.
Agenda AWANI: Gubal RUU Perkhidmatan Parlimen
Sejauh mana pembentangan RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 dalam sidang kali ini dilihat sebagai langkah pertama ke arah agenda reformasi institusi dan penambahbaikan kepada institusi demokrasi seperti parlimen? Diskusi 8.30 malam

Kerajaan lulus bina projek RKAT bernilai RM156 juta di Butterworth - Mohamed Khaled
Kerajaan bersetuju meluluskan pembinaan baharu projek Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) bernilai RM156 juta di Pangkalan Udara Butterworth.
RUU Perkhidmatan Parlimen: Buka ruang kepada lebih banyak Jawatankuasa Pilihan, Usul Persendirian - Penganalisis
Pengarah Eksekutif Institut Reformasi Politik & Demokrasi (REFORM), Idzuafi Hadi Kamilan berkata Rang Undang-undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen akan membuka peluang kepada penubuhan lebih banyak Jawatankuasa Pilihan Khas. Manakala, Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Pentadbiran & Politik Universiti Malaya (UM), Dr. Mohammad Tawfik Yaakub berpandangan RUU ini akan beri peluang kepada lebih banyak usul persendirian diangkat dalam Dewan Rakyat untuk dibahaskan.
RUU Perkhidmatan Parlimen: Pastikan pegawai kerajaan tidak takut-takut bantu wakil rakyat pembangkang - Penganalisis
Pengarah Eksekutif Institut Reformasi Politik & Demokrasi (REFORM), Idzuafi Hadi Kamilan berkata Rang Undang-undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen memberi kuasa kepada parlimen untuk menentukan perbelanjaan dan perjawatan institusi berkenaan. Lanjutan itu, Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Pentadbiran & Politik Universiti Malaya (UM), Dr. Mohammad Tawfik Yaakub menjelaskan, RUU berkenaan juga memastikan setiap pegawai kerajaan membantu semua wakil rakyat dengan mandat yang jelas, tanpa takut dan bimbang. #AgendaAWANI

Penjawat awam perlu beri perkhidmatan terbaik tanpa mengira status - KSN
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar mengingatkan penjawat awam supaya sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik tanpa mengira status individu berkenaan dalam masyarakat.

Nenggiri perlukan 'sentuhan' kerajaan pusat - UMNO Gua Musang
Penduduk di kawasan DUN Nenggiri perlu memberikan peluang dan kepercayaan kepada BN untuk berkhidmat di kawasan itu.

Mohd Isa dedah perangai bekas pegawai khasnya
Isa berkata Muhammad Zahid seorang yang suka lompat-lompat parti dan mengaitkan orang lain untuk melepaskan tengkuknya.

Persatuan Pandu Puteri banyak ajar saya jadi pemimpin - Permaisuri Agong
Permaisuri Agong bertitah Persatuan Pandu Puteri merupakan satu keluarga besar buat diri baginda.

Berkhidmat kepada rakyat dengan baik - Ismail
Beliau berkata penjawat awam juga harus sentiasa berusaha memperbaiki perkhidmatan mereka untuk memenuhi permintaan rakyat.

Doktor Malaysia warga ke-5 tertinggi berkhidmat di UK
Setakat September tahun lalu, seramai 1,548 doktor Malaysia sedang berkhidmat sepenuh masa di Britain, lapor media tempatan, Daily Mail.

"Kejujuran menjadi prinsip kepimpinan saya" - Taib Mahmud
Beliau tidak mempunyai rancangan buat masa ini untuk berkongsi pengalaman sebagai Ketua Menteri Sarawak dengan menulis buku.