SUBANG: Timbalan Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Jen Datuk Seri Mohd Asghar Khan Goriman Khan dilantik sebagai Panglima TUDM yang ke-20 berkuat kuasa hari ini.
Beliau menggantikan Jen Tan Sri Ackbal Abdul Samad yang bersara wajib pada September ini.
Upacara pemakaian pangkat Jeneral kepada Mohd Asghar Khan dipakaikan sendiri oleh Ackbal dengan disaksikan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jen Tan Sri Affendi Buang di Pangkalan Udara Subang, di sini.
Mohd Asghar Khan berkata pengalamannya sebagai Timbalan Panglima TUDM selama dua tahun di bawah pimpinan Ackbal akan digunakan bagi meneruskan usaha memantapkan pasukan udara itu.
"Kami melalui cabaran dalam situasi negara yang berhadapan dengan pandemik COVID-19 dan usaha tersebut ini akan diteruskan bagi menerajui pasukan.
"Terima kasih atas kepercayaan kepada saya untuk menerajui TUDM," katanya pada sidang media selepas majlis perbarisan persaraan Panglima Tentera Udara ke-19 dan serah tugas di Pangkalan Udara Subang di sini, hari ini.
Mohd Asghar Khan, 57, anak kelahiran Selangor menyertai ATM pada 1983 sebagai pegawai kadet di Maktab Tentera Diraja sebelum memulakan kerjaya sebagai juruterbang pesawat pejuang TUDM pada 1985.
Beliau telah menerbangkan pesawat pejuang A4 Skyhawk, F-5E, MiG-29N dan Sukhoi 30MKM serta diberi kepercayaan memegang pelbagai jawatan penting dalam TUDM dan ATM sebagai jurulatih, staf dan pemerintah.
Sementara itu, jawatan Timbalan Panglima TUDM akan disandang oleh Panglima Operasi Udara, Lt Jen Datuk Mohammad Salleh Osman.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 07 2022

Mohd Asghar Khan berkata pengalamannya sebagai Timbalan Panglima TUDM selama dua tahun di bawah pimpinan Ackbal akan digunakan bagi meneruskan usaha memantapkan pasukan udara itu. - Bernama
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

Mohd Asghar Khan Panglima TUDM baharu
Timbalan Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Jen Datuk Seri Mohd Asghar Khan Goriman Khan dilantik sebagai Panglima TUDM yang ke-20 berkuat kuasa hari ini.