KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan percaya kewibawaan, kredibiliti serta daya kepimpinan tinggi Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang baharu Jen Tan Sri Mohammad Ab Rahman, mampu merealisasikan hasrat ATM menjadi sebuah angkatan yang utuh.
Beliau berkata pelantikan Mohammad mampu memacu ATM ke arah menjadi sebuah angkatan yang bersepadu, tangkas dan berfokus, agar mampu berhadapan persekitaran keselamatan yang dinamik dan tidak menentu.
"Mohammad telah berkhidmat selama 36 tahun dalam dunia ketenteraan, pernah dilantik sebagai Pengarah Bersama di Pasukan Khas Imunisasi COVID-19 dan berjaya membawa Malaysia keluar dari belenggu pandemik tersebut, melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan pada tahun 2021," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Panglima ATM Jen Tan Sri Affendi Buang kepada Mohammad di Wisma Pertahanan di sini, hari ini.
Mohammad, 59, sebelum ini merupakan Panglima Tentera Darat (PTD) yang ke-29 setelah dilantik pada 22 Mac tahun ini.
Dalam pada itu, Menteri Pertahanan itu berkata ATM perlu berupaya bertindak balas terhadap ancaman keselamatan tradisional dan bukan tradisional, dengan tahap kesiapsiagaan yang tertinggi.
"Rakyat amat mengharapkan sebuah angkatan bersenjata yang benar-benar utuh dan siaga, serta mampu mengharungi apa jua bentuk ancaman yang mendatang.
"Sebagai perisai pertahanan negara, pengukuhan pertahanan ATM mesti dilakukan secara komprehensif bagi melindungi kepentingan negara, terutamanya dalam mempertahankan kedaulatan dan keutuhan wilayah," katanya.
Terdahulu, Mohamad turut menyempurnakan Majlis Serah Terima Tugas antara Mohammad kepada Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan yang dilantik sebagai Panglima Tentera Darat (PTD) yang baharu.
Mohamad turut melahirkan keyakinan dengan pelantikan Muhammad Hafizuddeain sebagai PTD yang ke-30, dalam memacu Tentera Darat supaya terus teguh bagi memastikan keselamatan, kedaulatan dan kesejahteraan negara.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 06 2023
Mohamad berkata pelantikan Mohammad mampu memacu ATM ke arah menjadi sebuah angkatan yang bersepadu, tangkas dan berfokus. - Gambar Astro AWANI/Shahir Omar
Dr Wan Azizah cadang wujudkan 'rumah kucing'
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mencadangkan supaya 'rumah kucing' diwujudkan bagi menjaga kebajikan kucing gelandangan, terutama di kawasan perumahan kos rendah.
Polis siasat status kemasukan tujuh warga Indonesia maut dalam kemalangan
Polis kini menjalankan siasatan lanjut bagi menentukan status kemasukan tujuh warga Indonesia yang maut dalam kemalangan jalan raya di Sarikei petang semalam adalah secara sah atau sebaliknya.
AWANI 7:45 [20/11/2024] – Delegasi perniagaan bayar RM4.5 juta | Perolehan aset luar negara | Penjenayah perang | Polis 'curi tulang'
Kerajaan jimat hampir RM1 juta, PM ke lima negara.
SPRM masih siasat isteri dan keluarga Tun Daim.
Waran tangkap Netanyahu, kemenangan kepada dunia, kata PM.
Dron kenal pasti polis main golf waktu kerja.
SPRM masih siasat isteri dan keluarga Tun Daim.
Waran tangkap Netanyahu, kemenangan kepada dunia, kata PM.
Dron kenal pasti polis main golf waktu kerja.
Bomba Perak giat cari lelaki Orang Asli hilang ketika memancing
JBPM Perak sedang giat mencari seorang lelaki Orang Asli yang dipercayai hilang selepas keluar memancing di Sungai Tumboh, Kampung Gajah, dekat sini sejak petang semalam.
PDRM kutip lebih RM1 juta saman pada hari pertama program 2TM
PDRM berjaya mengutip RM1.03 juta pembayaran saman setakat 3 petang pada hari pertama penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.
#AWANIRingkas 22 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 25 November 2024
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi tinggi pada Jumaat, didorong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Dialog Poket Rakyat: Subsidi - Antara Strategi, Realiti & Tingkah Laku Pengguna
Apakah realiti di akar umbi mengenai reformasi ekonomi berkaitan subsidi dan pelaksanaannya? Sejauh mana rakyat bersedia melepaskan kebergantungan mereka terhadap subsidi? Apakah strategi mengurangkan tekanan kewangan dan inflasi? Ini fokus diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat 8.30 malam ini.
Taufan Man-Yi: Bekalan kuasa di Benguet hampir pulih 100 peratus
Benguet Electric Cooperative (beneco) menyasarkan untuk memulihkan kuasa di Benguet yang sebelum ini terjejas akibat dibadai taufan itu. Setakat Khamis, kuasa telah dipulihkan hampir 99.54 peratus daripada 233,411 sambungan pengguna.
MyDigital ID: Memperluas integrasi, memastikan akses lebih cepat dan mudah
MyDigital ID akan terus memperluas integrasi dengan lebih banyak penyedia perkhidmatan dari pelbagai sektor, terutamanya dalam sektor kewangan dan e-wallet, untuk memastikan akses yang lebih cepat dan mudah kepada perkhidmatan kewangan untuk rakyat Malaysia.
Penceramah motivasi dakwa diugut, dikasari pegawai kaunseling ATM
Seorang penceramah yang juga pesara pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membuat laporan polis selepas mendakwa diugut dan dikasari pegawai ATM pada satu program ceramah motivasi di Dewan Tun Templ
Enam anggota MALBATT yang cedera selamat tiba di Kem Marakah - ATM
ATM berkata, Pasukan UNIFIL sedang menyiasat serangan letupan di Beirut pada Khamis yang melibatkan konvoi MALBATT 850-12.
ATM siasat dakwaan pegawai UPNM ditekap seterika oleh senior
ATM menegaskan siasatan akan dilaksanakan dengan terperinci dan tidak akan melindungi serta berkompromi terhadap mana-mana pihak yang terlibat.
56 petugas media tempatan selami kehidupan anggota TUDM selama 24 jam
Antara aktiviti dan cabaran yang dilaksanakan sepanjang dua hari program berlangsung ialah 'Menembak Raifal dan Pistol', 'Latihan Merentas Halangan dan Latihan Menara Abseiling.
Kontrak sewa Black Hawk mungkin terbatal
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pihak ATM akan mencari alternatif lain bagi menggantikan kontrak sewaan berkenaan.
MCMC, ATM jalin kerjasama tambah baik liputan jalur lebar 73 kem
MCMC dan ATM jalin kerjasama strategik bagi menambah baik liputan jalur lebar menerusi pembangunan infrastruktur gentian optik di 73 kem tentera seluruh negara.
Penduduk Perlis diingatkan bersiap sedia, air pasang besar cecah 3.7 meter dijangka berlaku
Penduduk di Perlis terutama bagi kawasan Kangar dan Arau diingatkan bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan banjir besar.
ATM lakukan siasatan penuh kekecohan di Wisma Transit
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melakukan siasatan penuh berkenaan insiden kekecohan yang berlaku di Wisma Transit, Kuala Lumpur membabitkan warga Palestin baru-baru ini.
PM Anwar ucap Selamat Hari ATM ke-91
Anwar menzahirkan penghargaan kepada wira negara atas jasa serta pengorbanan mereka melindungi keselamatan dan kedaulatan negara.
Darah satria mendiang bapa mengalir dalam badan Indiran
Indiran juga berhasrat menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi untuk menjadi seorang pegawai tentera seperti bapanya.