Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu bersetuju dengan cadangan kenaikan gaji pegawai dan anggota tentera seperti mana yang dicadangkan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Katanya, Kementerian Pertahanan berpendapat isu kenaikan gaji anggota tentera dan polis yang berjawatan rendah perlu dikaji dari semasa ke semasa.
"Kita juga akan bersama tentera dan pihak (cadangan Polis) itu. Kita bersetuju mengkaji (gaji tentera) dari semasa ke semasa," katanya dalam sidang media selepas Merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-54 Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad di Dewan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat), Kem Sungai Buloh di sini, hari ini.
Baru-baru ini, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersetuju cadangan kenaikan gaji untuk polis namun menjelaskan pihaknya perlu mengkaji secara menyeluruh cadangan itu yang mahu kerajaan menaikkan gaji anggota polis berpangkat rendah.
Sementara itu, mengulas kenyataan Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa berhubung kem yang menempatkan etnik Islam Uighur, Mohamad berkata beliau akan mendapatkan penjelasan lanjut dari Naib Presiden Amanah itu.
"Saya setakat ini belum dapat kenyatan yang sebenar dari Mujahid.
"Jadi saya nak bincang dulu dengan Mujahid mendapatkan penjelasan tentang kenyataannya sama ada ia benar atau ada ditambah sana sini," katanya.
Mujahid sebelum ini berkongsi dalam Facebook tentang lawatannya ke Pusat Latihan dan Vokasional bagi masyarakat Uighur istilah yang digunakan Beijing bagi menempatkan ribuan orang Islam yang mengkritik dasar China di Xinjiang.
Mengulas mengenainya, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyifatkan tindakan Mujahid sebagai memalukan umat Islam dan negara dan menunjukkan betapa terbelakangnya kerajaan Pakatan Harapan berkaitan isu hak asasi minoriti Islam di Xinjiang.
Katanya, tidak ada istilah Pusat Latihan di Xinjiang sebaliknya "concentration camp" yang mempunyai satu tujuan iaitu menghapuskan identiti, kepercayaan dan budaya golongan Uighur, Kazakh, Tajik dan lain lain.
Irwan Muhammad Zain
Sun Jun 30 2019
![Mohamad Sabu setuju gaji anggota tentera pangkat rendah dikaji Mohamad Sabu setuju gaji anggota tentera pangkat rendah dikaji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/61559899971_MATSABU.jpg)
Mohamad Sabu menjelaskan Kementerian Pertahanan akan bersama dengan KDN dalam isu kenaikan gaji anggota berpangkat rendah. - BERNAMA/Fail
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
![Isu kadar gaji polis, penggunaan teknologi solar antara tumpuan Dewan Rakyat Isu kadar gaji polis, penggunaan teknologi solar antara tumpuan Dewan Rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81705289234_MalaysiaParliament.jpg)
Isu kadar gaji polis, penggunaan teknologi solar antara tumpuan Dewan Rakyat
Sidang Dewan Rakyat membincangkan isu kadar gaji polis, status bantuan kerajaan Sabah dan penggunaan teknologi solar.
![Imbuhan bersesuaian tingkat kualiti kerja PDRM Imbuhan bersesuaian tingkat kualiti kerja PDRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71696986245_PDRM.jpg)
Imbuhan bersesuaian tingkat kualiti kerja PDRM
Gaji asas konstabel polis RM1,441 yang berada di bawah paras panduan gaji minimum RM1,500 diumumkan kerajaan wajar dikaji semula.
!['Gaji minimum pegawai rendah polis wajar dinaikkan' 'Gaji minimum pegawai rendah polis wajar dinaikkan'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71696910013_lintashormat.jpg)
'Gaji minimum pegawai rendah polis wajar dinaikkan'
Gaji minimum pegawai rendah polis wajar dinaikkan mengikut keperluan ekonomi semasa, kata Timbalan Presiden Persatuan Pegawai Rendah Polis Diraja Malaysia (PPRPD) Sub Inspektor Abd Rashid Ali.
![Isu subsidi, gaji polis jadi tumpuan di Dewan Rakyat hari ini Isu subsidi, gaji polis jadi tumpuan di Dewan Rakyat hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/61636510223_Parlimen.jpg)
Isu subsidi, gaji polis jadi tumpuan di Dewan Rakyat hari ini
Isu subsidi minyak masak dan subsidi di bawah kawal selia KPDNHEP antara persoalan yang akan dibangkitakn dalam persidangan Dewan Rakyat.
![Gaji polis YA1 lebih tinggi berbanding penjawat awam Gred 19 - KPPA Gaji polis YA1 lebih tinggi berbanding penjawat awam Gred 19 - KPPA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/81564161599_BorhanDolah.jpg)
Gaji polis YA1 lebih tinggi berbanding penjawat awam Gred 19 - KPPA
Katanya, kelebihan gaji diterima polis itu mengambil kira faktor-faktor keselamatan.
![Mohamad Sabu setuju gaji anggota tentera pangkat rendah dikaji Mohamad Sabu setuju gaji anggota tentera pangkat rendah dikaji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/61559899971_MATSABU.jpg)
Mohamad Sabu setuju gaji anggota tentera pangkat rendah dikaji
Kementerian Pertahanan berpendapat isu kenaikan gaji anggota tentera dan polis yang berjawatan rendah perlu dikaji dari semasa ke semasa.