KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan lawatan kerja ke Indonesia bagi mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) ke-17 dan ADMM-Plus ke-10, di Jakarta yang bermula pada 15 hingga 16 November.
Mesyuarat itu, yang berlangsung selama dua hari dipengerusikan oleh Menteri Pertahanan Indonesia, Prabowo Subianto, selaku Pengerusi ADMM dan ADMM-Plus bagi tahun 2023.
Kementerian Pertahanan (Mindef) dalam kenyataan memaklumkan, kehadiran Mohamad bersama delegasi Malaysia ke ADMM ke-17 dan ADMM-Plus ke-10, amat penting bagi memperlihatkan kepimpinan Malaysia dan kesatuan ASEAN dalam membincangkan isu-isu pertahanan, keselamatan peringkat serantau serta antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama.
"Mesyuarat ADMM dan ADMM-Plus juga merupakan satu langkah membina keyakinan dalam mendepani situasi semasa, serta meningkatkan kerjasama pelbagai hala dalam mendepani isu-isu pertahanan dan keselamatan di rantau Asia Tenggara.
"ADMM dan ADMM-Plus ini merupakan platform utama untuk negara anggota ASEAN dan Rakan Dialog ASEAN dalam meningkatkan kebolehoperasian dan kebersamaan antara angkatan tentera negara masing-masing dalam bidang-bidang yang dikenal pasti," kata Mindef pada Khamis.
Mindef menambah, penyertaan Malaysia dalam mesyuarat ADMM dan ADMM-Plus menandakan komitmen berterusan negara kepada ASEAN, yang mana Malaysia merupakan salah sebuah negara pengasas kepada organisasi yang telah ditubuhkan pada 1967.
Selain mesyuarat ADMM dan ADMM-Plus, Mohamad telah menghadiri Mesyuarat Tidak Rasmi ASEAN-US dan ASEAN-Japan.
Dalam masa sama, Malaysia turut mengucapkan tahniah kepada Indonesia, selaku Pengerusi ASEAN 2023 atas kejayaan penganjuran Mesyuarat ADMM ke-17 dan ADMM- Plus ke-10.
Mindef berkata, kementerian telah mula membuat persiapan bagi mesyuarat yang sama, di mana bakal dipengerusikan oleh Malaysia pada 2025.
Terdapat lapan Rakan Dialog ASEAN iaitu Amerika Syarikat (AS), Australia, China, India, Jepun, Korea Selatan, New Zealand, serta Rusia.
Dalam hal ini, Malaysia dan Pengerusi Bersama Korea Selatan baru sahaja menamatkan kepengerusian bersama bagi ADMM-Plus Experts’ Working Group on Cyber Security (ADMM-Plus EWG on CS) bagi kitaran 2021-2023.
Malaysia seterusnya akan mempengerusikan bersama dengan India bagi ADMM-Plus EWG on Counter Terrorism (CT) bagi kitaran 2024-2027.
Astro Awani
Thu Nov 16 2023
Mohamad (empat dari kiri) mengadakan lawatan kerja ke Indonesia bagi mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) ke-17 dan ADMM-Plus ke-10, di Jakarta, Indinesia. - Foto Kementerian Pertahanan
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
Mohamad Hasan ketuai delegasi hadir ADMM ke-17, ADMM-Plus ke-10 di Indonesia
Penyertaan Malaysia dalam mesyuarat ADMM dan ADMM-Plus menandakan komitmen berterusan negara kepada ASEAN.
Menteri Pertahanan ketengahkan pendirian Malaysia mengenai konflik Gaza pada mesyuarat ADMM
Datuk Seri Mohamad Hasan menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) ke-17 dan ADMM-PLus ke-10 di Jakarta pada Rabu.
Lawatan Mohamad Sabu ke Singapura ulang tegas hubungan pertahanan
Kementerian Pertahanan Singapura (MINDEF) berkata Mohamad melakukan kunjungan ke atas rakan sejawatannya Dr Ng Eng Hen di kementerian pagi Khamis.
ADMM: Inisiatif rondaan Selat Melaka diteruskan, kata Hishammuddin
Malaysia, Indonesia, Singapura dan Thailand hari ini bersetuju untuk meneruskan inisiatif Rondaan Selat Melaka untuk membanteras rompakan dan memastikan keselamatan kapal yang melalui Lautan Hindi.