KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan (MoF) mengunjurkan peruntukan di bawah Kumpulan Wang COVID-19 (KWC-19) sebanyak RM65 bilion tidak mencukupi untuk membiayai empat Pakej Rangsangan Ekonomi yang memerlukan tambahan peruntukan sejumlah RM27 bilion.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, setakat hujung September, sejumlah RM60 bilion telah dibelanjakan dengan baki siling adalah berjumlah RM5 bilion sahaja.
Justeru, mengambil kira keperluan tambahan tersebut serta prestasi ekonomi dan had statutori hutang bagi tahun ini dan 2022, Tengku Zafrul berkata, adalah wajar Akta Langkah-Langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19)) (Pindaan) 2021 (Akta 830) dipinda untuk menampung peningkatan had siling KWC-19 kepada RM110 bilion ringgit.
Jelas beliau, pindaan tersebut juga akan memastikan sokongan berterusan khususnya supaya golongan B40 dan Keluarga Malaysia yang terkesan mendapat bantuan bagi meringankan beban mereka.
Ia juga bertujuan untuk mengukuhkan sistem kesihatan awam terutamanya bagi membendung penularan wabak COVID-19 serta merawat pesakit COVID-19, dan menyokong kelangsungan perniagaan, terutamanya bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta PKS mikro, ujarnya.
"Seperti yang saya nyatakan, ini melibatkan pindaan Akta 830 supaya had statutori hutang ditingkatkan kepada 65 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding 60 peratus sebelum ini, untuk membiayai perbelanjaan tambahan KWC-19 sejumlah RM45 bilion serta pelaksanaan projek pembangunan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).
"Namun, dalam jangka masa sederhana, k]erajaan masih komited terhadap langkah konsolidasi fiskal yang digariskan di bawah RMK-12, dengan defisit disasarkan berkurang kepada 3.5 peratus berbanding KDNK menjelang 2025," katanya ketika membentangkan bacaan kali kedua Rang Undang-undang (RUU) Akta 830 di Dewan Rakyat pada Isnin.
Membentangkan lagi, Tengku Zafrul berkata, daripada RM45 bilion permohonan peruntukan tambahan, sebanyak RM12.7 bilion bagi menampung peruntukan tambahan Program Subsidi Upah (PSU) daripada RM18.3 bilion kepada RM31 bilion melalui pakej Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA); PEMERKASA Tambahan dan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH)
Selain itu, sebanyak RM15.8 bilion bagi menampung peruntukan tambahan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) daripada RM25.2 bilion kepada RM41 bilion, mengambilkira kelulusan rayuan serta peningkatan pemberian di bawah PEMERKASA dan PEMERKASA Tambahan.
"Ketiga, sebanyak RM2 bilion untuk meningkatkan peruntukan Projek Berskala Kecil bagi kontraktor-kontraktor kecil kelas G1 hingga G4 daripada RM4 bilion kepada RM6 bilion selaras dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan aktiviti ekonomi, sekali gus menjana ekonomi negara.
"Keempat, RM3.6 bilion bagi penambahan peruntukan Geran PRIHATIN PKS daripada RM2.4 bilion kepada RM6 bilion, mengambil kira perluasan inisiatif ini pada 2021 melalui pakej PERMAI, PEMERKASA dan PEMERKASA Tambahan," ujar beliau.
Tengku Zafrul berkata, sebanyak RM1 bilion bagi peningkatan had amaun bagi Pinjaman Mikro Kredit di bawah Bank Simpanan Nasional (BSN) dan TEKUN Nasional, serta pindaan nama kepada pinjaman mikro kredit berjumlah RM2 bilion ringgit.
Dalam masa yang sama, sebanyak RM4 bilion untuk meningkatkan peruntukan bagi Kementerian Kesihatan (KKM) bagi Perbelanjaan Berkaitan COVID-19 daripada RM5 bilion kepada RM9 bilion.
"Ini akan memastikan inisiatif yang diumumkan di bawah PEMERKASA Tambahan berkaitan dengan pengukuhan sistem kesihatan awam terutamanya bagi membendung penularan wabak COVID-19 serta merawat pesakit COVID-19 dapat diteruskan.
"Ketujuh, sebanyak RM5.9 bilion bagi meningkatkan Sokongan Bantuan Sosial untuk Golongan Mudah Terjejas daripada RM110 juta kepada RM6.01 bilion," tambah beliau lagi.
Hasimi Muhamad
Mon Oct 11 2021
Tengku Zafrul berkata setakat hujung September, sejumlah RM60 bilion telah dibelanjakan dengan baki siling Kumpulan Wang COVID-19 kini berjumlah RM5 bilion sahaja. - Gambar fail
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Kempen Komuniti Penyayang 2024 Ayam Brand tumpu pemakanan sihat, kecergasan fizikal
Tumpuan kepada membentuk tabiat pengambilan makanan berkhasiat yang mengandungi Omega-3, selain mempromosi gaya hidup aktif.
Penyasaran subsidi kesihatan awam mampu dilaksana - Dr Dzulkefly
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata penyasaran subsidi kesihatan awam sedang diteliti dan dilihat mampu dilaksanakan dengan algoritma dan sifir khusus.
Parlimen laksana tiga program promosi gaya hidup sihat untuk wakil rakyat
Parlimen hari ini melaksanakan Program Kesejahteraan Kesihatan Bersama Ahli Parlimen untuk mempromosi gaya hidup sihat.
Akta 852: JKN Perlis pergiat gerak kerja beri penerangan, pemahaman masyarakat belum mantap
JKN Perlis mempergiat gerak kerja memberikan penerangan mengenai Akta 852 yang berkuat kuasa 1 Okt lepas bagi meningkatkan kefahaman masyarakat.
KKM nafi kecam lagu APT nyanyian Rose Blackpink, Bruno Mars
KKM menjelaskan, sebarang kenyataan berhubung artikel yang dikaitkan dengan KKM itu tidak dikeluarkan atau dibenarkan oleh Kerajaan Malaysia.
Anggur 'Shine Muscat' tiada racun berbahaya - KKM
Tiada sampel anggur daripada jenis 'Shine Muscat' mengandungi residu racun perosak melebihi kadar maksimum yang dibenarkan (MRL), kata KKM.
KKM tubuh dua jawatankuasa kerja tingkatkan tahap kesihatan Orang Asli
Kementerian Kesihatan akan menubuhkan Jawatankuasa Pemandu Penentu Sosial Kesihatan Orang Asli dan Jawatankuasa Teknikal Penentu Sosial Kesihatan Orang Asli dalam masa terdekat.
Alasan sakit mental lepas buat jenayah, KKM teliti solusi perundangan - Dr Dzulkefly
Masih terlalu awal untuk Kementerian Kesihatan meminda perundangan membabitkan kes jenayah dilakukan oleh pesakit mengalami masalah mental.
CUEPACS mohon KKM teliti isu pembekalan kain untuk pakaian seragam petugas kesihatan
CUEPACS memohon Kementerian Kesihatan agar segera meneliti isu pembekalan kain untuk pakaian seragam petugas kesihatan yang dikatakan berkualiti rendah.
84 maut dalam tempoh 24 jam, angka korban Gaza meningkat kepada 42,603
Angka sebenar mungkin jauh lebih tinggi dengan anggaran 10,000 mayat masih tertimbus di bawah runtuhan bangunan yang musnah di seluruh Gaza.