KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan (MoF) sedang melaksanakan satu kajian untuk menyediakan inisiatif pelaksanaan Syarat bagi Perubahan Harga (VOP) bagi item atau bahan binaan dalam kontrak kerja kerajaan yang menerima impak kenaikan kos secara ketara berikutan penyasaran subsidi diesel di Semenanjung Malaysia.
MoF menjelaskan penggunaan diesel dalam industri pembinaan sebelum pelaksanaan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) adalah menggunakan harga komersial iaitu harga diesel tanpa subsidi.
"Namun yang demikian, Kementerian Kewangan cakna dengan rungutan serta keluh kesah pihak kontraktor dan industri pembinaan," jelasnya dalam jawapan bertulis yang disiarkan menerusi laman sesawang Parlimen, pada Khamis.
Kementerian itu menjawab pertanyaan Wong Shu Qi (PH-Kluang) mengenai pemberian subsidi diesel kepada kontraktor G1, G2, dan G3 yang terlibat dalam kerja tanah, elektrik dan sebagainya.
MoF menambah dengan pelaksanaan SKDS melalui perutusan Perdana Menteri pada 21 Mei, 2024 yang telah bersetuju ke atas penyasaran subsidi diesel di Semenanjung Malaysia dengan tarikh kuat kuasa adalah 10 Jun, 2024, penyasaran subsidi itu membabitkan 10 jenis kenderaan diesel pengangkutan awam dan 23 jenis kenderaan diesel pengangkutan barangan darat di bawah SKDS.
"Tiada cadangan untuk menambah bilangan kenderaan yang diberikan diesel bersubsidi," tambah MoF.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 18 2024
Kementerian Kewangan berkata ia cakna dengan rungutan serta keluh kesah pihak kontraktor dan industri pembinaan. - Gambar hiasan/BERNAMA
Trump terima pencalonan Republikan, janji satukan Amerika Syarikat
Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump secara rasmi menerima pencalonan Parti Republikan sebagai calon presiden.
Kedutaan AS di Israel digegarkan dengan sebuah letupan
Sebuah letupan besar berhampiran kedutaan Amerika Syarikat di Israel menggegarkan orang awam di sekitar Tel Aviv pada Khamis.
Susulan kejadian, pegawai keselamatan, perkhidmatan kecemasan serta unit pemusnah bom polis Israel berkumpul di Tel Aviv pada awal pagi Jumaat bagi melihat sekitar kawasan yang terlibat.
Susulan kejadian, pegawai keselamatan, perkhidmatan kecemasan serta unit pemusnah bom polis Israel berkumpul di Tel Aviv pada awal pagi Jumaat bagi melihat sekitar kawasan yang terlibat.
Pemimpin Korea Utara bertemu Menteri pertahanan Rusia
Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un bertemu Timbalan menteri pertahanan Rusia Aleksey Krivoruchko di Pyongyang bagi membincangkan kepentingan ketenteraan kedua-dua negara
Hulk Hogan tampil di Konvensyen Kebangsaan Republikan
Bekas bintang WWE dan penggusti profesional, Hulk Hogan membuat penampilan istimewa pada hari keempat Konvensyen Kebangsaan Republikan (GOP) di Fiserv Forum Milwaukee pada Khamis.
Beliau turut mengecam serangan yang berlaku ke atas Donald Trump yang terkena tembakan peluru selepas beliau memulakan ucapannya di perhimpunan di Pennsylvania pada hujung minggu lalu.
Beliau turut mengecam serangan yang berlaku ke atas Donald Trump yang terkena tembakan peluru selepas beliau memulakan ucapannya di perhimpunan di Pennsylvania pada hujung minggu lalu.
Liga Arab kecam penolakan Knesset Israel terhadap negara Palestin
Setiausaha Agung Liga Arab Ahmed Aboul Gheit mengecam pengumuman Knesset Israel yang menolak penubuhan negara Palestin.
Anggaran awal: Ekonomi Malaysia diunjur tumbuh 5.8 peratus - DOSM
Menurut DOSM, ekonomi Malaysia dijangka mengekalkan momentum pertumbuhannya, disokong oleh faktor domestik dan eksport.
Dr AfzanizamAnggaran awalan KDNK Malaysia suku kedua 2024
Ketua Ekonomi, Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid mengulas berkenaan anggaran awalan KDNK Malaysia suku kedua 2024 yang diterbitkan DOSM.
AFC ucap terima kasih kepada Kim Pan-gon
AFC memuat naik hantaran mengandungi ucapan terima kasih kepada bekas ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon.
[TERKINI] Ekonomi Malaysia dijangka tumbuh 5.8% pada ST2 2024
Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 5.8 peratus pada suku tahun kedua 2024, meningkat daripada 4.2 peratus pada suku tahun sebelumnya. Itu anggaran awal yang diterbitkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini.
Diskaun saman PDRM di pelancaran Bulan Kebangsaan
Orang ramai berpeluang menikmati tawaran pengurangan kadar kompaun saman Polis Diraja Malaysia (PDRM) sehingga 50 peratus pada Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024, di Cyber Event Hall Cyberjaya, Selangor, Ahad ini.
Jabatan Penerangan menerusi hantaran di Facebook memaklumkan pembayaran hanya boleh dibuat di tapak program bermula 9 pagi hingga 4.30 petang, tertakluk kepada terma dan syarat.
Jabatan Penerangan menerusi hantaran di Facebook memaklumkan pembayaran hanya boleh dibuat di tapak program bermula 9 pagi hingga 4.30 petang, tertakluk kepada terma dan syarat.
MoF kaji inisiatif pelaksanaan VOP bagi bahan binaan kontrak kerja kerajaan
Kementerian Kewangan (MoF) sedang melaksanakan satu kajian untuk menyediakan inisiatif pelaksanaan Syarat bagi Perubahan Harga (VOP).
Hanya pihak berkaitan boleh putuskan kaji semula tawaran pengambilalihan MAHB - MOF
Sebarang keputusan sama ada untuk mengkaji semula tawaran pengambilalihan MAHB hanya akan dibuat oleh pihak yang berkaitan memandangkan tawaran itu bersifat komersial.
Ranking Daya Saing: MOF, MITI tubuh jawatankuasa, baiki ranking negara
Gerak kerja jawatankuasa itu telah bermula dengan perbincangan bersama semua kementerian dan agensi relevan dengan ranking tersebut.
Dewan Rakyat lulus RUU Kastam (Pindaan) 2024
Rang Undang-Undang itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas bacaan kali ketiga dikemukakan Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.
VOP akan diselesaikan dalam tempoh sebulan - Ahmad
Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga (VOP) susulan penyasaran subsidi diesel dijangka diselesaikan dalam tempoh sebulan lagi, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Kerajaan komited kekal trajektori konsolidasi fiskal - Kementerian Kewangan
Menurut MOF, defisit fiskal pada 2024 diunjur untuk terus berkurang kepada 4.3 peratus KDNK iaitu RM85.4 bilion.
Tawaran pengambilalihan MAHB dijangka muktamad suku ketiga tahun ini - Kementerian Kewangan
Memandangkan tawaran itu merupakan satu urusan transaksi komersial, maka ia tidak mendatangkan sebarang implikasi kewangan kepada kerajaan.
Kerajaan bersetuju laksana VOP
Ia bagi membantu kontraktor yang berdepan kenaikan harga barangan binaan susulan penyasaran subsidi diesel.
Belanjawan 2025 dibentang 18 Okt ini - Fahmi
Belanjawan 2025, yang merupakan belanjawan ketiga di bawah Kerajaan Perpaduan, akan dibentang pada 18 Okt ini di Dewan Rakyat.
Kutipan hasil cukai berkurangan selepas SST dilaksanakan semula ganti GST - MoF
Kutipan hasil cukai berasaskan penggunaan telah berkurangan selepas SST dilaksanakan semula bagi menggantikan GST.