Kementerian Kewangan (MOF) harus mengambil pendekatan keterbukaan ke arah mendapatkan semula segala hutang National Feedlot Corporation (NFC) berjumlah kira-kira RM250 juta demi menyelesaikan kes yang tertunggak.
Pada realitinya, Penyelaras Parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, sudah terdapat sebuah syarikat tempatan yang berwibawa untuk mengambil alih projek NFC dan membuat pembayaran tunai RM250 juta kepada kerajaan.
“Syarikat tempatan berwibawa ini juga mempunyai satu blue print yang amat baik bagi terus mengembangkan industri ternakan lembu ke arah menjamin pelan keselamatan makanan negara yang mantap.
“Bagi pendapat saya, asas yang penting ialah dapatkan semula sejumlah RM250 juta untuk pihak kerajaan di saat menghadapi pelbagai kekangan kewangan masa kini.
“Tindakan mahkamah tanpa kerajaan memperolehi sebarang bentuk pulangan kewangan tidak ada ertinya kepada kita semua,” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Ahad.
BACA: Isu NFC perlu di selesaikan segera - Salahuddin Ayub
BACA: NFCorp akan lunas baki pinjaman tertunggak dalam 3 bulan - Pengerusi
Sebelum ini, Pengerusi NFC, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail menjelaskan, pihaknya akan membayar balik baki tertunggak pinjaman mereka kepada kerajaan.
Katanya, NFC sudah mempunyai pembeli baru bersetuju untuk membayar balik baki pinjaman mereka sepenuhnya dalam masa tiga bulan bermula tarikh yang dipersetujui dengan kerajaan untuk penstrukturan semula syarikat itu.
Dalam pada itu soal Khairuddin, apa lagi yang dimahukan sekiranya sudah ada satu formula positif dan penyelesaian terbaik di mana pihak kerajaan dijaminkan untuk mendapat semula hutang tertunggak RM250 berkenaan.
“Syarikat baru yang berhajat untuk mengambil alih NFC mempunyai kemampuan untuk melunaskan semua hutang tertunggak secara tunai dan meneruskan agenda mengembangkan industri ternakan lembu secara inisiatif pembiayaan swasta (PFI) tanpa bergantung kepada dana kerajaan selepas ini.
“Ini merupakan satu kaedah yang terbaik serta peluang keemasan bagi pihak kerajaan mendapatkan semula semua hutang tertunggak RM250 juta di samping meneruskan pelan asal bagi memantapkan agenda keselamatan makanan negara,” tegasnya.
Jelasnya lagi, tiada pihak boleh mengamalkan politik dendam dan memberi keutamaan seandainya ada jalan penyelesaian positif yang menguntungkan pihak kerajaan.
“Keseluruhan rakyat mahu melihat penyelesaian permasalahan secara positif. Apa yang penting formula itu menguntungkan kerajaan serta rakyat.
“Jika diteliti dengan terperinci isu NFC ini, banyak perkara dalam perjanjian pelaksanaan di antara kerajaan kleptokrasi dengan syarikat NFC berpunca dari pelbagai kelemahan kerajaan terdahulu.
“Banyak perkara gagal ditunaikan oleh kerajaan terdahulu seperti mana yang dipersetujui dalam perjanjian pelaksanaan seperti melengkapkan infrastruktur projek, mendirikan pusat penyembelihan, pembekuan akaun syarikat dan beberapa faktor lagi yang menyebabkan pelbagai kengkangan untuk syarikat NFC bergerak ke hadapan pada waktu itu,” ujarnya.
Tambahnya, Kerajaan PH harus bersikap terbuka untuk menerima cadangan baru penyelesaian yang lebih menguntungkan rakyat serta negara.
“Apa yang saya tidak faham, sudah terdapat sebuah syarikat tempatan yang berwibawa yang telah menandatangani perjanjian dengan NFC untuk mengambil alih syarikat itu.
“Ia termasuk persetujuan bagi melangsaikan segala hutang kepada pihak kerajaan secara tunai namun tidak dipertimbangkan langsung oleh MOF.
“Kita harus beri keutamaan daripada terus bersikap hanya untuk menghukum seandainya terdapat kaedah penyelesaian terbaik yang bakal menguntungkan kerajaan,” katanya.
Tegas Khairuddin, tanggungjawab sesebuah kerajaan adalah untuk memberi perkhidmatan terbaik, bersikap terbuka dan menyelesaikan segala permasalahan rakyat secara berhemah asalkan ia menguntungkan negara.
“Kenapa harus menolak formula terbaik yang berada di depan mata itu selepas hampir setahun kita mencari satu pendekatan penyelesaian yang bakal menguntungkan kerajaan serta rakyat?
“Sekurang-kurangnya berilah sedikit pertimbangan dan amalkan sikap terbuka kerajaan PH untuk memanggil semua yang terlibat ke meja rundingan.
“Sekiranya meja rundingan gagal, barulah kita bertindak mengikut lunas undang-undang. Jangan bersikap terlalu rigid dan hanya hendak menghukum.
“Kerajaan PH harus mempamerkan sikap keterbukaan untuk menyelesaikan segala permasalahan secara berhemah kerana kerajaan masa kini adalah kerajaan yang amat bertanggungjawab berteraskan kepada mesra rakyat,” jelasnya.
Tegasnya lagi, pendekatan dan pendirian itu akan lebih mempopularkan Kerajaan PH.
“Sesungguhnya, saya tidak mempunyai sebarang bentuk kepentingan peribadi dalam isu NFC, cuma berpendirian kita tidak harus menolak tuah bagi mendapatkan semula sejumlah RM250 juta kepada pihak kerajaan di samping pelan asal berjalan dengan lebih baik berdasarkan konsep PFI tanpa melibatkan dana kerajaan.
“Itu saja pendirian saya dalam isu polemik NFC. Saya lebih pentingkan manfaat kepada kerajaan, rakyat mahupun negara,” katanya.
Lim Guan Eng sebelum ini berkata, berdasarkan Penyata Lengkap Pinjaman Kerajaan Persekutuan setakat 30 April 2019 daripada Jabatan Akauntan Negara, baki pinjaman NFC yang belum selesai kepada kerajaan berjumlah RM253.6 juta.
Kata Menteri Kewangan itu, kementerian mengambil keputusan bagi menuntut sepenuhnya jumlah pinjaman daripada NFC dan perkara tersebut telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara pada 29 Ogos 2018 untuk tindakan lanjut.
Astro Awani
Sat Jun 01 2019
KHAIRUDDIN: asas yang penting ialah dapatkan semula sejumlah RM250 juta untuk pihak kerajaan di saat menghadapi pelbagai kekangan kewangan masa kini. - Gambar BERNAMA
'Zhuhai Airshow' kembali menemui pencinta aeronautik
Pertunjukan penerbangan dan pameran aeroangkasa antarabangsa terbesar China kembali menemui peminat industri aeronautik yang membuka tirainya pada Selasa. Pertunjukan udara Zhuhai yang kembali bagi tahun ke-15 itu mempamerkan pelbagai jenis pesawat berteknologi tinggi yang dihasilkan oleh China dan pelbagai negara lain, termasuk aset ketenteraan.
Tumpuan Rabu – 13 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
China terus beri tekanan kepada Filipina
Isu laut China Selatan terus memuncak antara Filipina dengan China. Filipina mendakwa China tidak berhenti memberi tekanan untuk menyerahkan hak kedaulatannya di lautan itu.
10 Berita Pilihan - (12 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Aktor Korea Selatan, Song Jae Rim, meninggal dunia
Punca kematian masih disiasat, namun polis memaklumkan tidak menemui sebarang unsur jenayah setakat ini.
New Zealand buat permohonan maaf
New Zealand menawarkan permohonan maaf kepada mangsa dan keluarga ratusan ribu orang muda dan golongan rentan yang mengalami penderaan fizikal dan seksual di institusi jagaan sejak 70 tahun lalu.
Israel bawa bencana alam sekitar di Gaza - Erdogan
Erdogan menuntut agar mereka yang bertanggungjawab dibicarakan di mahkamah antarabangsa dan diberi hukuman setimpal.
Anugerah usaha tegas cungkil bakat kesenian artis muda
Seni bukan hanya sekadar karya perhiasan semata-mata tetapi ia adalah simbol mengungkap banyak mesej tersirat dalam setiap coretan lukisan.
Pengerusi Pertandingan Seni Warisan Usaha Tegas 2024, Henry Tan berkata, penganjuran anugerah berprestij lebih dua dekad itu bagi mengembang bakat pelajar seni tempatan dengan objektif menonjolkan kekayaan warisan negara.
Pengerusi Pertandingan Seni Warisan Usaha Tegas 2024, Henry Tan berkata, penganjuran anugerah berprestij lebih dua dekad itu bagi mengembang bakat pelajar seni tempatan dengan objektif menonjolkan kekayaan warisan negara.
Siasatan kerugian pelaburan diguna tambah baik tatakelola
Dapatan audit dalaman dan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta dalam FashionValet Sdn Bhd (FashionValet), akan digunakan untuk menambah baik tatakelola Khazanah Nasional Bhd (Khazanah)
Pengamal media bantu bendung elemen negatif di media sosial - Fadillah
Pengamal media sebagai rakan komunikasi strategik kerajaan perlu bersama membantu membendung elemen negatif di media sosial termasuk buli siber dan menangkis berita palsu.
Tiada perbincangan wujudkan kerajaan perpaduan, hanya perjumpaan biasa - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan pertemuannya dengan beberapa pemimpin beberapa hari lalu hanyalah sebagai perjumpaan biasa.
SPRM anjur mesyuarat ACTWG APEC secara maya
Mesyuarat itu bermula pada 19 Oktober 2020 sehingga 23 Oktober nanti.
COVID-19: SKM peruntuk insentif pemulihan RM1 juta
Sehingga September, SKM meluluskan bayaran insentif PULIH berjumlah RM525,500 kepada 65 koperasi di negara ini.
PRN Sabah: Isu ekonomi, MA63 dan pembangunan jadi tumpuan
Madeline berkata, negeri-negeri yang kurang membangun juga perlu diberikan perhatian yang lebih.
Pemimpin Arab jadi sasaran alat Israel, AS - MAPIM
MAPIM mengutuk keras sikap pengecut dan bacul pemimpin Bahrain yang sanggup menjual diri kepada Israel dan Amerika dengan mengumumkan perjanjian damai bersama rejim itu.
Majlis Kemakmuran Bumiputera platform tertinggi perkukuh sosioekonomi Bumiputera - Perdana Menteri
Kerajaan mewujudkan Majlis Kemakmuran Bumiputera (MKB) sebagai platform tertinggi untuk memperbaharui dan memperkukuh pembangunan sosioekonomi Bumiputera.
Hadi Awang serah laporan mengenai Timur Tengah kepada Perdana Menteri
Duta Khas Perdana Menteri Ke Timur Tengah Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menyerahkan Laporan Eksekutif kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Rasuah: Selangor tidak bercadang pindahkan penjawat awam negeri
Kerajaan Selangor tidak bercadang untuk merombak atau memindahkan penjawat awam termasuk penguat kuasa negeri, sebagai langkah penyelesaian bagi membendung gejala rasuah dalam sektor berkenaan.
Muhyiddin mahu tindakan segera bantu tingkatkan taraf kehidupan penduduk PPR
Lawatan itu, ujar Perdana Menteri, banyak memberi maklumat kepada dirinya mengenai kehidupan warga kota atau golongan miskin bandar.
#RealLifeHeroes mengangkat semangat Hari Kemanusiaan Sedunia 2020
19 Ogos 2020 merupakan tahun kesebelas kita sama-sama menyambut Hari Kemanusiaan Sedunia.