KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meminta Kementerian Kewangan dan Kementerian Digital untuk menangguhkan serta menyelaras semula segala perolehan berkaitan digital yang belum dianugerahkan.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, ini bagi memastikan semua perolehan yang dirancang, selaras dengan aspirasi pendigitalan kerajaan dan teknologi digital semasa agar tiada pertindihan inisiatif, projek serta pembaziran sumber berlaku.
"Kerajaan juga punyai tekad keras untuk meningkatkan keluasan capaian Internet bagi membuka ruang kepada semua lapisan rakyat, memanfaatkan teknologi terkini dalam aktiviti harian mereka khususnya dalam sektor ekonomi digital, sosial dan pendidikan.
"Justeru untuk permulaan, saya telah mengarahkan semua kementerian terkait, agar memastikan fasiliti Internet tersedia di semua Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), sekolah rendah, menengah dan mana-mana institut di bawah seliaan kerajaan," katanya menerusi hantaran di Facebook.
Selain itu Perdana Menteri berkata, mesyuarat Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat Negara (MED4IRN) yang dipengerusikannya petang semalam turut bersetuju dengan Pelan Pelaksanaan Fasa 2 Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (RTEDM) dan Dasar 4IR Negara (D4IRN), di samping memberi keutamaan kepada pelaksanaan 50 inisiatif yang lebih berfokus kepada landskap digital semasa.
"Pelaksanaan pelan ini penting bagi merealisasikan sasaran sumbangan ekonomi digital kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negara sebanyak 25.5 peratus pada 2025, selain memastikan Malaysia terus dipacu secara digital, berpendapatan tinggi dan menjadi peneraju serantau dalam ekonomi digital.
"Kerajaan Malaysia komited untuk menempatkan Malaysia sebagai hab ekonomi digital serantau dan memanfaatkan kemajuan teknologi terkini demi kesejahteraan rakyat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 24 2024
Anwar mempengerusikan mesyuarat Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat Negara (MED4IRN) di Putrajaya semalam. - Facebook/Anwar Ibrahim
NASA lakar sejarah terbang paling hampir kepada matahari
Peneroka Parker Solar milik NASA mencipta sejarah pada Selasa apabila menjadi kapal angkasa pertama yang terbang paling dekat dengan matahari.
Presiden AS Biden tandatangani 50 RUU malam Krismas
Antara undang-undang baharu itu ialah Akta Hentikan Penyalahgunaan Institusi Kanak-Kanak yang diperjuangkan oleh selebriti Paris Hilton.
Enam disenarai individu dikehendaki polis Hong Kong
Enam individu disenaraikan sebagai individu dikehendaki polis Hong Kong kerana disyaki melanggar undang-undang keselamatan negara itu.
Yeoh Kay Bin diumum ketua jurulatih baharu team LZJ
Pasukan Lee Zii Jia (Team LZJ) mengumumkan bekas pemain badminton negara Yeoh Kay Bin sebagai ketua jurulatih baharu pasukan itu.
PGA tumpas aktiviti pemerdagangan orang di Pasir Mas
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menumpaskan kegiatan pemerdagangan orang membabitkan enam pendatang tanpa izin menerusi Op Nyah II di Kampung Barol Pial di Rantau Panjang, Pasir Mas semalam.
12 kontena misi bantuan MAPIM berjaya masuk ke Gaza
Menerusi satu kenyataan media pada Rabu, beliau berkata, fasa pertama berjaya dengan 12 kontena manakala pihaknya sedang mengusahakan fasa kedua dan ketiga untuk mencukupkan sasaran 100 kontena untuk Gaza.
25 pemandu bas ekspres, persiaran dikesan pandu seorang diri
Sebanyak 25 bas ekspres dan persiaran dikesan beroperasi dengan hanya seorang pemandu bagi perjalanan jarak jauh dalam operasi yang diadakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang di tiga plaza tol di negeri itu, pada Selasa.
Masih terlalu awal klasifikasikan punca insiden
Siasatan mengenai nahas pesawat di Kazakhstan sedang dijalankan dan pada masa ini masih terlalu awal mengklasifikasikan kes tersebut.
Kesemua 28 mangsa terselamat dirawat di hospital berhampiran
Kementerian Situasi Kecemasan Kazakhstan pada rabu mengesahkan kesemua 28 mangsa yang terselamat termasuk dua kanak-kanak dalam nahas kapal terbang Embraer 190, sedang dirawat di hospital berhampiran.
Selain itu pihak berkuasa tempatan juga memaklumkan suruhanjaya kerajaan telah ditubuhkan untuk membuat siasatan terperinci berhubung punca kemalangan.
Selain itu pihak berkuasa tempatan juga memaklumkan suruhanjaya kerajaan telah ditubuhkan untuk membuat siasatan terperinci berhubung punca kemalangan.
Azerbaijan Airlines terhempas, Vladimir Putin ucap takziah
Menurut jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov, pihaknya sangat bersimpati dengan mereka yang terkesan serta mendoakan pemulihan segera kepada semua mangsa yang terselamat.
MoF dan Kementerian Digital diminta tangguh perolehan berkaitan digital yang belum dianugerah - PM
Ini bagi memastikan perolehan yang dirancang selaras dengan aspirasi pendigitalan kerajaan agar tiada pertindihan inisiatif dan pembaziran.