KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan (MOF) mencadangkan agar galakan cukai bagi aktiviti hijau yang layak di bawah Elaun Cukai Pelaburan Hijau (GITA) dan Pengecualian Cukai Pendapatan Hijau (GITE) dikaji semula berdasarkan 'tiering approach' atau pendekatan berperingkat.
Di bawah inisiatif GITA, cadangan elaun cukai pelaburan (ECP) adalah sebanyak 60 peratus bagi aktiviti solar dan ECP sebanyak 100 peratus bagi aktiviti selain solar dan solar + Battery Energy Storage System (BESS) sistem penyimpanan tenaga bateri.
"Ketika ini, ECP sebanyak 100 peratus diberi ke atas perbelanjaan modal bagi aktiviti hijau yang layak selama tiga tahun dan elaun ini boleh ditolak sehingga 70 peratus daripada pendapatan berkanun," kata kementerian itu dalam lampiran cukai bajet 2023 yang dikeluarkan bersempena pembentangan Bajet 2023 oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz semalam.
Di bawah inisiatif GITE pada masa ini, pengecualian cukai pendapatan sebanyak 70 peratus ke atas pendapatan berkanun bagi aktiviti perkhidmatan hijau yang layak untuk tempoh tiga tahun taksiran dan pengecualian cukai pendapatan sebanyak 70 peratus ke atas pendapatan berkanun sehingga 10 tahun bagi aktiviti pajakan solar.
Selain itu, MOF turut mencadangkan agar tempoh galakan cukai GITA dan GITE dilanjutkan kepada lima tahun bagi projek terpilih daripada tiga tahun manakala tempoh permohonan galakan cukai dilanjutkan selama dua tahun.
"Tarikh kuatkuasa baharu yang dicadangkan bagi permohonan diterima oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia mulai 1 Jan, 2024 hingga 31 Dis 2025 berbanding tempoh galakan cukai antara 1 Jan, 2020 hingga 31 Dis 2023," katanya.
Menurut kementerian itu, cadangan tersebut bertujuan menyokong inisiatif pembangunan teknologi hijau negara secara berterusan, selaras dengan Pelan Hala Tuju Teknologi Hijau 2017-2030.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 07 2022
Tengku Zafrul membentangkan Bajet 2023 di Dewan Rakyat, 7 Okt 2022. --fotoBERNAMA
Polis siasat pelampung gelongsor timpa pengunjung di Taman Tema I-City
Permainan gelongsor air kaca di i-City yang tular apabila pelampung tiba-tiba terjatuh dan menimpa pengunjung belum mendapat kelulusan MBSA untuk beroperasi.
WEF2025: Decoding World Economic Forum 2025
A wrap-up to the key discussions and outcomes of the World Economic Forum 2025, highlighting some of the world's professionals, industry leaders, and experts. The forum explored the theme "Collaboration for the Intelligent Age," showcasing how global leaders are addressing pressing issues such as geo-economic uncertainty, climate change, and technological innovation. #WEF2025
Kotak hitam masih belum ditemukan, penyiasat masih meneliti perlanggaran udara di AS
Homendy berkata agensinya akan beri ruang kepada pasukan penyelamat untuk menjalankan misi pemulihan sebelum memulakan penyiasatan.
Bursa Malaysia dibuka meningkat seketika sebelum susut
Pada 9.05 pagi, indeks petunjuk utama FBM KLCI susut 5.31 mata kepada 1,547.38 berbanding paras penutup Selasa pada 1,552.69.
AWANI Ringkas: Tegakkan undang-undang antarabangsa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PGA gagalkan cubaan seludup rokok bernilai lebih RM100,000
Rampasan dilakukan oleh sepasukan anggota Batalion 8 PGA menerusi Op Taring Alpha dalam serbuan ke atas sebuah premis sekitar 8.30 pagi.
AWANI Pagi: seruan inovasi untuk revolusi industri getah
Diskusi 8.30 pagi Jumaat bersama Ketua Pegawai Eksekutif P2 Biotech, Mohd Hazim Nordin membincangkan mengenai revolusi dalam industri getah melalui inovasi dan teknologi terkini bertujuan menarik minat golongan muda sebagaimana saranan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
KTMB tingkat kawalan rondaan cegah insiden pencerobohan
KTMB juga akan adakan perbincangan lanjut dengan APAD bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan keselamatan serta penguatkuasaan undang-undang.
Emir Qatar pemimpin Arab pertama lawat Syria sejak kejatuhan Bashar al-Assad
Kunjungan Sheikh Tamim menandakan pemulihan penting hubungan Qatar-Syria.
Prestasi Pasaran Saham: Faktor penurunan dan pemacu utama
Bersama Ketua, MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof untuk membincangkan faktor-faktor yang menyumbang kepada kelembapan pasaran saham baru-baru ini dan implikasinya terhadap pelabur.
MOF cadang galakan cukai GITA, GITE dikaji mengikut pendekatan berperingkat
MOF turut mencadangkan agar tempoh galakan cukai GITA dan GITE dilanjutkan kepada lima tahun bagi projek terpilih.