PUTRAJAYA: Setiap model baharu kenderaan motor wajib melalui prosedur Kelulusan Jenis Kenderaan (VTA) sebelum layak dipasarkan di negara ini dan didaftarkan bagi kegunaan di atas jalan raya.
Menurut Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam kenyataan hari ini, dasar berkaitan prosedur VTA yang dikuatkuasakan itu adalah berdasarkan kepada peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 66(1)(pp), Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Pelaksanaan prosedur VTA ini adalah untuk memastikan ciri-ciri pembinaan, penggunaan dan spesifikasi kenderaan motor yang terlibat telah mematuhi ketetapan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Ia juga bagi memastikan kaedahnya termasuklah mempunyai persijilan yang sah yang melibatkan pematuhan standard mandatori yang berkenaan," katanya.
Bahagian Kejuruteraan Automotif jabatan, katanya, adalah pihak berkuasa terhadap kelulusan jenis yang bertanggungjawab untuk menjalankan proses penilaian, pemeriksaan dan pengesahan terhadap spesifikasi teknikal pada mana-mana model baharu kenderaan motor.
Menurut JPJ, Malaysia adalah antara 63 buah negara penjanji kepada perjanjian multilateral iaitu Perjanjian 1958 di bawah rangka kerja World Forum Harmonization of Vehicle Regulation (WP29).
Di bawah perjanjian itu, peraturan teknikal kenderaan dikenali sebagai Peraturan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dibangunkan oleh kumpulan pakar antarabangsa untuk diharmonisasikan dalam kalangan negara penjanji menerusi kerangka prosedur VTA masing-masing.
JPJ berkata ia telah meletakkan pematuhan kepada Peraturan PBB tersebut sebagai suatu penanda aras utama di bawah prosedur VTA Malaysia.
"Ia khusus untuk mengawal selia standard keselamatan dan pemeliharaan alam sekitar yang berkaitan dengan sesebuah kenderaan motor supaya seiring dengan perkembangan teknologi semasa," katanya.
"Pengawalseliaan berterusan terhadap spesifikasi teknikal kenderaan ini boleh mengurangkan keraguan dan kegusaran dalam kalangan pengguna berkaitan tahap keselamatan sesebuah kenderaan motor," kata JPJ.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 16 2021
Menurut JPJ, dasar berkaitan prosedur VTA yang dikuatkuasakan itu adalah berdasarkan kepada peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 66(1)(pp), Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Trend kematian akibat lemas membimbangkan
Trend kematian akibat lemas masih berada pada tahap membimbangkan, malah tidak menunjukkan sebarang penurunan setiap tahun.
PM tetap sokong Hyundai masuk Kedah
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan keputusannya untuk membawa masuk pelaburan Hyundai Motor untuk bertapak di Kedah.
Menteri Kesihatan jawab isu berbangkit berkenaan penambahan waktu bekerja tiga jam
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad jawab isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Parlimen berkenaan penambahan tiga jam bekerja seminggu untuk jururawat.
Polis kesan sekumpulan lelaki samun barang kemas lebih RM1.5 juta
Polis giat mengesan sekumpulan lelaki disyaki melakukan samun bersenjata terhadap dua lelaki dan melarikan barang kemas dianggar bernilai RM1.54 juta di sini hari ini.
AWANI Borneo [26/11/2024] – Amanah, berintegriti | Isu tular | Permohonan kerakyatan
AWANI Borneo bersama Nickyson Nyambar
1) Badan berkanun, GLC perlu sokong aspirasi kerajaan negeri - Hajiji
2) Isu tular: DBKK lakukan kerja pembersihan sampah terapung
3) Pendaftaran Perkara 15A kini dilakukan lebih awal bagi permohonan kerakyatan
1) Badan berkanun, GLC perlu sokong aspirasi kerajaan negeri - Hajiji
2) Isu tular: DBKK lakukan kerja pembersihan sampah terapung
3) Pendaftaran Perkara 15A kini dilakukan lebih awal bagi permohonan kerakyatan
Menteri Kesihatan luah rasa sebak dengar perbahasan Ahli Parlimen hari ini
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad meluahkan rasa sebak ketika berucap selepas mendengar semua perbahasan Ahli-ahli Parlimen yang melibatkan ketanggungjawaban kementerian dibawahnya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Polis selamatkan remaja perempuan diculik sekumpulan individu
Polis melakukan serbuan di sebuah pangsapuri di Seksyen 7 pada 11 malam, 18 Nov dan menemukan mangsa dalam keadaan selamat.
MINTRED salur bantuan RM193 juta buat usahawan tempatan
Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED) Sarawak telah menyalurkan bantuan kewangan berjumlah RM193 juta kepada 8,900 usahawan tempatan sejak 2021 bagi meningkatkan kebolehan perniagaan agar lebih berdaya saing.
Pendaftaran perkara 15A kini dilakukan lebih awal - Fatimah
Tahap kesedaran dalam kalangan ibu bapa untuk permohonan kerakyatan bagi anak tidak sah taraf, anak angkat serta anak jagaan kini menunjukkan peningkatan selepas data menunjukkan ia dilakukan lebih awal.
Peluang kerjasama, pelaburan dan pembuatan terjalin di antara Sabah-China
Hubungan di antara Sabah-China diperkukuhkan menerusi Sidang Kemuncak Perniagaan Malaysia-Sabah-China dengan banyak peluang kerjasama baharu terjalin.
JPJ diberi mandat tangani kenderaan berat bawa muatan berlebihan - Loke
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) diberi mandat penuh menangani isu kenderaan berat membawa muatan berlebihan yang dikenal pasti sebagai antara punca utama berlakunya kemalangan jalan raya.
Hanya berbaki 1,000 topi keledar di kaunter JPJ pada hari kedua 2TM
Hanya 1,000 unit topi keledar lagi yang berbaki untuk hari kedua Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM).
Penggunaan kamera badan penguat kuasa JPJ diperlukan, tingkat integriti
Penggunaan kamera itu diyakini dapat meningkatkan integriti pasukan selain mengelakkan salah tafsir dalam kalangan anggota penguat kuasa semasa bertugas.
128 kenderaan diesel diperiksa dalam Op Gerak JAS di Kedah
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah memeriksa 128 kenderaan diesel dalam Op Gerak Kenderaan Bermotor Peringkat Kebangsaan bersempena dengan Sambutan Hari Ozon Sedunia Tahun 2024.
Syarikat pengendali bakal berdepan penggantungan lesen operasi - Anthony Loke
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, tindakan ini akan diambil jika syarikat itu didapati tidak mematuhi peraturan keselamatan yang ditetapkan.
JPJ perluas MyLesen B2 kepada pelajar IPT, kolej awam dan sekolah
Ia selaras dengan hasrat Kementerian Pengangkutan (MOT) untuk membantu penuntut IPT dan golongan pelajar berusia 16 tahun ke atas mendapatkan lesen motosikal.
Ramai penunggang tiada lesen memandu, tidak perbaharui cukai jalan - JPJ
Sebanyak 28,811 notis dikeluarkan JPJ atas pelbagai kesalahan dalam Op Khas Motosikal sejak dilaksanakan pada 1 November.
Lebih 11,000 saman dikeluarkan dalam Op Khas Motosikal
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan 11,435 saman atas pelbagai kesalahan dalam Op Khas Motosikal 2024 sejak ia dilaksanakan pada 1 Nov lepas.
JPJ panggil semula 3,722 kereta Perodua Alza, Aruz, motosikal Honda CB350RS
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memanggil semula 3,722 kenderaan melibatkan kereta Perodua Alza dan Aruz serta motosikal Honda CB350R.
JPJ laksana Operasi Khas Motosikal, tumpu lapan kesalahan utama
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan Operasi Khas Motosikal 2024 di seluruh negara selama dua bulan bermula hari ini.