SHAH ALAM: Bermodalkan hanya RM68, Siti Noorhayati Wan Abdullah tidak pernah berputus asa untuk mengubah kehidupan keluarga dengan menceburi perniagaan kecil-kecilan.
Memulakan bisnes pada tahun 2017, ibu kepada dua cahaya mata itu mencuba nasib menerusi jualan air nanas MD2 di Tapak Penjaja Sementara di Seksyen 19, Shah Alam.
Bermula dengan modal pertama itu yang membolehkannya menghasilkan sebalang air daripada enam biji nanas yang, dia kini sudah mengembangkan jualannya kepada jualan beberapa balang air minuman dan aneka buah-buahan.
Laluan perniagaannya semakin cerah apabila beberapa inisiatif berkaitan wanita dan keluarga yang dilaksanakan Kerajaan Selangor memberi manfaat kepada kumpulan peniaga sepertinya termasuk Skim Mikrokredit di bawah Hijrah Selangor.
"Untuk permulaan, saya dapat RM2,000 (pinjaman). Bila dah bayar cantik (pinjaman), kita boleh mohon kali kedua dan seterusnya. Kali kedua saya dapat pinjam dalam RM10,000.
"Saya gunakan pinjaman ini untuk tambah barang berniaga. Kalau kita buat pinjaman untuk perniagaan, dapat duit itu kita tak boleh 'enjoy' tempat lain, itu salah. Kita gunakan untuk tambah barang-barang niaga. Bayaran pula, saya bayar seminggu sekali," katanya ketika ditemui di sini.
Berkongsi lanjut, Noorhayati, 44, berkata dia berhasrat mengembangkan perniagaannya dengan memiliki tapak perniagaan yang lebih selesa pada masa akan datang.
"Bagi saya, untuk kembangkan lagi perniagaan, saya perlukan satu gerai sebab umur dah macam ini, nak satu gerai untuk jual air dan buah-buahan. Ia akan memudahkan (perniagaan) saya berkembang," ujarnya lagi.
Sementara itu, beberapa individu yang ditemui turut berpandangan inisiatif lain termasuk bantuan tajaan yuran kepada mahasiswa anak Selangor dan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (Bingkas) telah meringankan beban golongan B40.
"Inisiatif bantuan kerajaan dari segi kewangan, pelajaran dan pendidikan banyak membantu golongan B40 seperti orang susah, dan ibu tunggal.
"Saya dapat bantuan B40, dan dari segi bantuan keluarga sepert bantuan dari isi rumah dan anak-anak," kata peniaga ayam goreng, Mohd Faisal Harun, 33.
Peniaga pakaian di Kompleks PKNS di sini, Ali Akbar Osman, 57, pula menambah: "Kita juga nak dapatkan bantuan Kerajaan Negeri Selangor untuk biasiswa pelajar-pelajar universiti.
"Kalau keputusan dia (anak) baik, insya-Allah dia akan dapat.
"Sudah tentu (bantuan biasiswa) ia akan bantu banyak sebab perbelanjaan pendidikan tinggi sekarang. Jadi kalau dapat bantuan itu kita bersyukur dapat mengurangkan banyak."
Sejak Julai 2022, Kerajaan Negeri menyusun 47 program bawah Iltizam Selangor Penyayang (ISP) yang memberi manfaat kepada rakyat Selangor dan menumpukan usaha meringankan beban kumpulan pendapatan rendah (B40).
Ia meliputi Iltizam Pemberdayaan Rakyat Selangor sebanyak 12 inisiatif, Iltizam Kesihatan Selangor (11 inisiatif), Iltizam Pendidikan Selangor (lapan inisiatif), Iltizam Perumahan Selangor (tujuh inisiatif), Iltizam Keusahawanan Selangor (empat inisiatif) serta Iltizam Mesra Anak Selangor (lima inisiatif).
Hasimi Muhamad
Tue Aug 08 2023
Siti Noorhayati ketika ini berniaga di Tapak Penjaja Sementara di Seksyen 19, Shah Alam. - Astro AWANI
Sekurang-kurangnya 13 cedera di Seoul selepas kereta rempuh pasar
Polis Seoul sedang menyiasat kejadian itu menggunakan rakaman kamera pengawasan pasar.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di empat negeri
Ketua Pengarah MetMalaysia Mohd Hisham Mohd Anip berkata empat negeri terlibat ialah Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.
Kesemua 179 mangsa nahas pesawat Jeju Air dikenal pasti
Pihak berkuasa Korea Selatan selesai mengenal pasti kesemua 179 mangsa yang terlibat dalam nahas pesawat Jeju Air.
Penduduk dunia cecah 8.09 bilion, kadar kelahiran lebih rendah
Penduduk bumi kini mencecah 8.09 bilion yang merupakan peningkatan 71 juta penduduk menurut data yang diterbitkan Biro Bancian Amerika Syarikat.
Platform carian nombor pengenalan cukai boleh diakses bermula hari ini
Menurut LHDN, platform carian TIN tersebut boleh diakses mulai hari ini melalui Portal MyTax di mytax.hasil.gov.my dan klik menu carian TIN.
Hujan berterusan di pantai timur dan selatan
Amaran hujan berterusan tahap waspada dikeluarkan bagi seluruh Terengganu dan beberapa daerah di Kelantan, Pahang dan Johor bermula Sabtu ini hingga Isnin depan.
Mangsa terakhir gelombang ketiga di kelantan terima bantuan
Seramai 38 mangsa banjir dari 10 keluarga di Rantau Panjang, Kelantan menerima Bantuan Ihsan Madani sebanyak RM1,000 hari ini.
Meta ingin tambah perkongsian bot AI pada Facebook, Instagram
Meta berkata langkah ini adalah dalam usaha menjadikan platform di bawah mereka lebih menarik dan mempertingkatkan interaksi.
[TERKINI] SPRM serah JPJ siasat Puspakom lulus kenderaan tidak ikut standard
SPRM menyerahkan kepada JPJ untuk menjalankan siasatan terhadap kenderaan yang tidak mematuhi standard tetapi diluluskan Puspakom.
Hajiji yakin Sabah terus makmur bawah naungan Tun Musa Aman
Beliau berkata Musa adalah payung bagi seluruh rakyat, simbol kedaulatan negeri yang bermaruah serta pengukuh perpaduan dan keharmonian masyarakat yang berbilang bangsa, agama dan budaya.
Modal RM68 mula niaga air nanas, bantuan kerajaan suntik semangat berniaga
"Kalau kita buat pinjaman untuk perniagaan, dapat duit itu kita tak boleh 'enjoy' tempat lain, itu salah!"
Selangor lancar Skim INSAN Takaful
Ia melibatkan nilai perlindungan berjumlah RM30 bilion dengan kos sebanyak RM9.54 juta.