KUALA LUMPUR: Sabah kini mempunyai hak mutlak terhadap pentadbiran Sipadan dan Pulau Ligitan, manakala Sarawak akan diberikan kawalan penuh terhadap pengurusan sumber gas negeri itu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Seri Maximus Ongkili, berkata perkara itu dipersetujui Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa mempengerusikan mesyuarat Majlis Khas mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MKMA63) pada Selasa.
Katanya, mesyuarat secara maya selama dua jam itu turut disertai Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.
"Semalam, dua keputusan penting telah dibuat. Satu adalah penyerahan secara formal pentadbiran Sipadan dan Kepulauan Ligitan kepada kerajaan Sabah, yang membawa maksud pentadbiran serta kuasa penuh ke atas dua kawasan tersebut.
"Menurut Perdana Menteri, Sabah mempunyai hak berdaulat kepada dua kawasan berkenaan yang diletakkan di bawah pengawasan Taman-taman Sabah dan di bawah perlindungan Akta Kawasan Perlindungan dan Tempat Terlindung 1959.
"Kata beliau (Perdana Menteri), Sabah mempunyai hak berdaulat terhadap Sipadan dan Ligitan dan diletakkan di bawah Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
BACA: Status wilayah: Takrifan khas dalam Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda - Abdul Karim
BACA: Biar pakar tentukan takrifan wilayah - Abang Jo
Bagaimanapun, jelas Maximus, keputusan penyerahan kuasa pentadbiran yang dibuat ini tertakluk kepada kawalan keselamatan yang masih di bawah seliaan Kerajaan Persekutuan.
"Perkara kedua adalah penyerahan kawalan dan pengurusan gas di bawah Ordinan Pengagihan Gas 2016 kepada Sarawak yang akan berkuat kuasa pada 1 Jun depan," tambah beliau yang mengetuai sekretariat MKMA63.
Ujarnya, perkara-perkara berkenaan berjaya diselesaikan hanya dalam tempoh empat bulan sejak mesyuarat MKMA63 pada Disember tahun lepas.
Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak (BHESS) akan dipertanggungjawabkan untuk urusan penyerahan ini, katanya.
Sementara itu, katanya mesyuarat tersebut turut membincangkan mengenai pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan definisi wilayah membabitkan Perkara 1(2) dan Perkara 160 (2).
"Kertas kerja tersebut dibentangkan Jawatankuasa Kerja Rakan Sekutu yang dipengerusikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan.
"Mesyuarat berkenaan memutuskan bahawa pasukan perundangan yang dipengerusikan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun bersama Peguam Besar Sabah dan Sarawak akan mengadakan beberapa siri mesyuarat bagi meleraikan isu tertunggak," katanya.
Isu terma wilayah bagi menggantikan negeri bagi Sabah dan Sarawak hangat diperkatakan sejak minggu lepas, susulan ucapan Perdana Menteri dalam lawatannya ke Kuching pada 2 April lepas yang menggunakan terma berkenaan bagi merujuk Sarawak.
Nickyson Nyambar
Wed Apr 14 2021
![MKMA63 kembalikan kuasa pentadbiran Sipadan, Ligitan kepada Sabah, kawalan agihan gas kepada Sarawak MKMA63 kembalikan kuasa pentadbiran Sipadan, Ligitan kepada Sabah, kawalan agihan gas kepada Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/41618388723_MAPMSabah.jpg)
Dua isu penting berjaya diselesaikan dalam mesyuarat MKMA63 yang dipengerusikan oleh Muhyiddin pada Selasa. - Gambar/ Pejabat Menteri di JPM (Hal ehwal Sabah dan Sarawak)
![Eksekutif akaun didakwa tunjuk isyarat lucah, halang tugas polis iring kenderaan TPM Eksekutif akaun didakwa tunjuk isyarat lucah, halang tugas polis iring kenderaan TPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61690187975_CourtGavel.jpg)
Eksekutif akaun didakwa tunjuk isyarat lucah, halang tugas polis iring kenderaan TPM
Seorang eksekutif akaun didakwa atas dua pertuduhan menunjukkan isyarat lucah dan menghalang tugas anggota polis dengan memintas kenderaan polis pengiring kenderaan TPM.
![Permohonan PKR rayu kes bayaran bon Zuraida didengar 17 April Permohonan PKR rayu kes bayaran bon Zuraida didengar 17 April](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41699939560_ZuraidaKamaruddin.jpg)
Permohonan PKR rayu kes bayaran bon Zuraida didengar 17 April
Semua pihak terlibat diarah kemuka hujahan bertulis selewat-lewatnya 2 April dan satu lagi sesi pengurusan kes akan diadakan pada 7 April untuk kemas kini pematuhan kepada arahan mahkamah.
53 wilayah Thailand dilanda pencemaran debu halus
53 wilayah di Thailand dilanda pencemaran debu halus tahap berbahaya kepada kesihatan pada pagi Khamis menurut Agensi Pembangunan Teknologi Geo-informatik dan Angkasa (Gistda).
Puteri Thailand anugerahkan kain diraja rekaan sendiri
Puteri Sirivannavari Nariratana Rajakanya berkenan menganugerahkan kain diraja "Siriraj Phasthra Phorn" yang direka oleh baginda sendiri kepada penenun dan artisan tempatan.
Galakkan digitalisasi usahawan wanita asia tenggara - Setiausaha Agung ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Dr. Kao Kim Hourn menggalakkan digitalisasi usahawan wanita di asia tenggara yang sering beri tumpuan kepada isu sosial yang diabaikan usahawan lelaki.
![BAMTC: Malaysia tersingkir awal, gagal lepasi peringkat kumpulan BAMTC: Malaysia tersingkir awal, gagal lepasi peringkat kumpulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739439422_LeongJunHaoYMar.jpg)
BAMTC: Malaysia tersingkir awal, gagal lepasi peringkat kumpulan
Buat pertama kali sejak Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia (BAMTC) diperkenalkan Malaysia gagal melepasi peringkat kumpulan dan layak ke suku akhir.
Timbalan Menteri Luar Malaysia-Indonesia bincang kemajuan dua hala
Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohamad Alamin bertemu rakan sejawatnya, Arif Havas Oegroseno bagi membincangkan kemajuan kerjasama dua hala.
Malaysia-Indonesia perkukuh kerjasama pertanian, keterjaminan makanan
Malaysia dan Indonesia berhasrat untuk terus memperkukuhkan kerjasama dua hala serta serantau dalam sektor pertanian dan keterjaminan makanan, menurut Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).
Malaysia terus ikhtiar jadikan negara destinasi pelaburan menarik - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia akan terus mencari iktiar untuk menjadikan negara sebagai destinasi menarik kepada pelabur.
Tarif AS: Indonesia cari cara pelbagaikan pasaran
Risiko pergolakan perdagangan global menjadikan Indonesia mengambil sikap yang terukur, sementara ia terus mencari lebih banyak perjanjian perdagangan dan mengetatkan perlindungan bagi pengeluar tempatan daripada import murah yang dibuang dalam pasarannya.
![MKMA63 kembalikan kuasa pentadbiran Sipadan, Ligitan kepada Sabah, kawalan agihan gas kepada Sarawak MKMA63 kembalikan kuasa pentadbiran Sipadan, Ligitan kepada Sabah, kawalan agihan gas kepada Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/41618388723_MAPMSabah.jpg)
MKMA63 kembalikan kuasa pentadbiran Sipadan, Ligitan kepada Sabah, kawalan agihan gas kepada Sarawak
Sabah kini mempunyai hak mutlak terhadap pentadbiran Sipadan dan Pulau Ligitan, manakala Sarawak akan diberikan kawalan penuh terhadap pengurusan sumber gas negeri itu.