Kapal Nautical Aliya yang digunakan untuk misi kemanusiaan 'Flotilla For Myanmar' dijangka tiba di Yangon, Myanmar pada 7 atau 8 Feb ini.
Kapten Kapal Mohd Firdaus Faisal Mohamad, 42, berkata perjalanan menuju ke Yangon hanya mengambil masa kira-kira empat hari bergantung kepada keadaan cuaca.
Beliau berkata pihaknya juga telah melakukan pemeriksaan rapi ke atas kapal bagi menjayakan misi itu.
"Kami jangka laut tidak bergelora namun apa saja boleh berlaku, harap semuanya berjalan dengan lancar ," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau berkata kapal berkenaan bergerak pada kelajuan 10 knot iaitu 20 kilometer sejam bergantung kepada keadaan laut.
"Memang ini akan jadi misi yang mencabar tetapi saya sebagai orang Islam bangga menyertai misi ini," katanya.
Misi yang membawa 2,200 tan metrik makanan, keperluan perubatan, keperluan harian, pakaian dan selimut dijangka belayar selama 18 hari melalui Laut Andaman untuk sampai ke Yangon serta kem pelarian di Bangladesh.
Pelepasan rasmi delegasi yang diketuai Pengerusi Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim itu disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man di Boustead Cruise Centre di sini, pada Jumaat.
Misi 'Food Flotilla for Myanmar' adalah anjuran KP1M dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) dengan kerjasama Yayasan Turkiye Diyanet Vakfi (TDV) dari Turki.
Ia disertai kira-kira 230 sukarelawan daripada 13 negara melibatkan pasukan perubatan, tenaga pengajar, pengamal media tempatan dan antarabangsa, serta wakil-wakil NGO tempatan dan luar negara.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 03 2017
Kapal Nautical Aliya yang digunakan untuk misi kemanusiaan 'Flotilla For Myanmar' dijangka tiba di Yangon, Myanmar pada 7 atau 8 Feb ini. - fotoBERNAMA
Thailand, Malaysia sasar perdagangan AS$30 bilion menjelang 2027
Malaysia dan Thailand mengukuhkan hubungan bilateral dengan rancangan bercita-cita tinggi untuk mencapai sasaran perdagangan dua hala sebanyak AS$30 bilion menjelang 2027.
Arsenal hilang khidmat Bukayo Saka
Bukayo Saka, dijangka akan diketepikan selama lebih dua bulan selepas menjalani pembedahan kecederaan hamstring, kata pengurus pasukan itu, Mikel Arteta.
Heroin base RM1.2 juta dirampas, seorang lelaki ditahan
Polis menahan seorang lelaki dan merampas dadah jenis heroin base seberat 13.3 kilogram (kg) yang dianggarkan bernilai RM1.2 juta dalam dua serbuan pada 23 Dis dan semalam.
Ribut petir, hujan lebat di beberapa negeri hingga malam ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lima negeri dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Putrajaya hingga 9 malam ini.
Fokus Minggu Depan: Israel bermaharajalela di Asia Barat
Ikuti ulasan Prof. Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Prof. Dr. Kamaruzzaman Yusoff berkenaan situasi semasa di Asia Barat yang menyaksikan peningkatan serangan rejim zionis Israel.
Ketua WHO antara terperangkap dalam serangan udara Israel di Yaman
Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berdepan detik cemas susulan serangan udara yang dilancarkan Israel terhadap lapangan terbang utama Yaman pada Khamis.
Pitbull buat kejutan bersihkan bola kristal terakhir di Times Square
Penyanyi rap terkenal, Pitbull membuat kejutan di bangunan One Times Square New York apabila dilihat membersihkan bola kristal terakhir yang dipasang menjelang sambutan tahun baharu pada Jumaat.
Rasa durian MS88 setanding 'Black Torn', diperluas ke pasaran global
Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) menjenamakan semula varieti durian MDUR 88 kepada MARDI Super 88 atau MS88.
Kerajaan jamin bekalan kelapa mencukupi tampung keperluan perayaan
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memberi jaminan bekalan kelapa mencukupi untuk menampung keperluan beberapa perayaan awal tahun depan.
Sebatan di khalayak: Kepentingan awam lebih utama daripada aib pesalah
Tindakan sebatan syariah di khalayak ramai yang dilaksanakan di Terengganu semalam tidak melanggar perintah Islam yang menyeru menutup aib individu kerana ia bersifat kepentingan awam.
Namun, peguam syarie dan sivil, Dr Ahmad Jailani Abdul Ghani berpendapat, ada hukuman yang lebih berkesan seperti khidmat kaunseling kerana kebiasaannya pesalah ini datang daripada keluarga yang runtuh.
Namun, peguam syarie dan sivil, Dr Ahmad Jailani Abdul Ghani berpendapat, ada hukuman yang lebih berkesan seperti khidmat kaunseling kerana kebiasaannya pesalah ini datang daripada keluarga yang runtuh.
Kapal Nautical Aliya selamat berlabuh di Chittagong, Bangladesh
Kapal Nautical Aliya yang membawa lebih 180 sukarelawan daripada 12 buah negara selamat berlabuh di Pelabuhan Chittagong pada 12:30 tengahari Selasa.