Malaysian Medical Relief Society (MERCY Malaysia) akan menjalankan misi bantuan selama tiga tahun ke Syria mulai bulan depan.
Presiden MERCY Malaysia Datuk Dr Ahmad Faizal Mohd Perdaus berkata program itu meliputi bantuan perubatan, makanan dan pembinaan klinik di kem pelarian.
"Sebelum ini MERCY Malaysia melaksanakan program jangka pendek antara enam bulan hingga setahun, tetapi melihat pada situasi terkini di Syria, kami mengambil inisiatif untuk melanjutkan tempoh misi kepada tiga tahun," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata pihaknya memerlukan peruntukan berjumlah RM51 juta bagi menjayakan misi bantuan berkenaan.
"Krisis yang berlarutan di Syria semakin buruk namun kami akan meneruskan usaha untuk mendapatkan sokongan dari semua pihak di samping meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan memberi bantuan kemanusiaan," katanya.
Beliau berkata rakyat Malaysia termasuk syarikat korporat boleh menghulur bantuan dengan melayari laman web rasmi MERCY Malaysia di www.mercy.org.my dan klik pada pautan 'I Want To Donate' untuk menderma.
MERCY Malaysia mula memberi bantuan kemanusiaan di Syria sejak berlaku perang saudara pada 2011.
Bernama
Tue Oct 27 2015
Menurut MERCY Malaysia, program itu meliputi bantuan perubatan, makanan dan pembinaan klinik di kem pelarian. - Gambar Fail
121 warga asing ditahan dalam operasi bersepadu di Cameron Highlands
Operasi melibatkan 143 pegawai dan anggota daripada pelbagai jabatan, diadakan bagi membanteras kebanjiran warga asing di daerah itu.
Gencatan senjata beri harapan kepada Gaza di tengah-tengah krisis kemanusiaan
Namun, terdapat juga pihak yang masih ragu-ragu dengan gencatan senjata yang bakal berkuat kuasa pada Ahad.
Kerajaan Pahang akan bangunkan pusat data AI
Projek yang pertama di negeri Pantai Timur itu menyasarkan produk pertanian tempatan untuk pemasaran domestik dan global.
Sentimen perniagaan syarikat Jepun di Malaysia meningkat - Jetro
Jetro berkata kadar keuntungan Malaysia melangkaui purata ASEAN dengan jangkaan margin keuntungan operasi bagi 2024 berada pada 70.8 peratus.
Ahli akademik, Majlis Belia Labuan harap kelewatan operasi feri diselesai dengan baik
Pengoperasian semula perkhidmatan feri ekspres itu memberikan kelebihan ekonomi dan pelancongan.
Thailand mahu jalin kerjasama digital dengan Malaysia
Thailand berhasrat untuk bekerjasama dengan negara anggota ASEAN bagi meningkatkan tahap hidup di rantau ini.
Sukan perpaduan akan diperluas - Saraswathy
Sukan Perpaduan yang berjaya menarik kehadiran orang ramai pada tahun lepas, akan diperluas dari segi skala mahupun jumlah acaranya tahun ini.
PM Australia rombak kabinet menjelang PRU
Albanese menyifatkan perubahan dalam kabinet ini sebagai langkah untuk memastikan kerajaan terus "kuat, bersatu dan stabil" selepas peletakan jawatan Bill Shorten sebagai Menteri Skim Insurans Hilang Upaya Nasional (NDIS) dan Perkhidmatan Kerajaan.
10 Berita Pilihan - (16 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Jumaat – 17 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Gencatan senjata: Bantuan kemanusiaan perlu disalurkan segera ke Gaza
Keperluan mendesak adalah memastikan akses kemanusiaan penuh kepada semua orang awam yang memerlukan bantuan untuk menyelamatkan nyawa.
Misi kemanusiaan di Turkiye, Syria beralih ke fasa pemulihan - Mercy Malaysia
Situasi bencana gempa bumi yang melanda Turkiye dan Syria kini masuk fasa pemulihan sejak gempa bumi dasyat melanda negara berkenaan pada 6 Februari lalu.
Terengganu sumbang RM2.3 juta untuk bina surau di Cox's Bazar
Sumbangan itu juga akan digunakan untuk pembekalan al-Quran, klinik perubatan ibu dan anak, bilik air dan pembinaan telaga.
Misi bantuan tiga tahun MERCY Malaysia ke Syria
Malaysian Medical Relief Society (MERCY Malaysia) akan menjalankan misi bantuan selama tiga tahun ke Syria mulai bulan depan.