PUTRAJAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menerima sumbangan bantuan misi bencana banjir daripada syarikat francais 7-Eleven Malaysia bagi kegunaan penguat kuasa itu ketika menjalankan operasi menyelamat mangsa banjir.
Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata penambahan aset dan peralatan menyelamat yang diterima itu antaranya 30 bot dan 300 jaket keselamatan, akan membantu meningkatkan kualiti PDRM khususnya dalam operasi banjir.
"Bot berkenaan akan diagihkan kepada jabatan PDRM iaitu 12 unit bagi Pasukan Gerakan Am, Pasukan Simpanan Persekutuan (sembilan), Pasukan Polis Marin (lima) serta Unit Tindak Khas dan 69 Komando masing-masing menerima dua unit," katanya pada Majlis Penyerahan Sumbangan dan Bantuan Misi Bencana Banjir di sini hari ini.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Seri Hazani Ghazali.
Selain bot dan jaket keselamatan, 7-Eleven Malaysia turut menyumbangkan 30 enjin dan juga barang keperluan asas yang akan diagihkan kepada mangsa banjir kelak, manakala jumlah keseluruhan sumbangan dianggarkan mencecah RM490,000.
Hazani dalam sidang media berasingan selepas program berkenaan berkata PDRM juga bercadang untuk menyediakan 'dapur bergerak' sebagai sebahagian daripada inisiatif pascabanjir dalam proses penyediaan makanan.
"Berdasarkan pengalaman lepas, memang ada pihak yang hantar makanan tapi kita dapati ia basi dan tidak dapat dimakan oleh mangsa banjir. Jadi kalau kita ada dapur bergerak, kita boleh masak di lapangan dan terus agihkan kepada mangsa banjir dan petugas terlibat," katanya.
Beliau berkata penyediaan makanan akan dilakukan oleh pihak PDRM sendiri, dan pada masa sama mengalu-alukan sumbangan pihak swasta dan badan korporat untuk turut serta dalam inisiatif itu.
Sementara itu, Hazani berkata PDRM telah bersedia sepenuhnya untuk berdepan situasi banjir dan pascabanjir.
"Kita dah sedia, hampir 70,000 anggota campuran semua agensi antaranya polis, tentera...memang semua agensi dah bersedia termasuk pasukan sokongan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 07 2022
Penambahan aset dan peralatan menyelamat yang diterima itu antaranya 30 bot dan 300 jaket keselamatan, akan membantu meningkatkan kualiti PDRM khususnya dalam operasi banjir. - PDRM
PAC jadual lima prosiding baharu sempena sidang Parlimen - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menjadualkan prosiding lima isu baharu sempena sidang Parlimen yang akan bermula minggu depan, kata Pengerusinya, Mas Ermieyati.
Perintah gaji minimum RM1,700 berkuat kuasa hari ini
Semua majikan wajib patuhi Perintah Gaji Minimum dan memastikan pekerja mereka menerima gaji pokok tidak kurang daripada RM1,700 sebulan.
JDT bakal uji PSG
Malah, Pemangku Sultan Johor itu juga tidak menolak kemungkinan perlawanan menentang PSG berlangsung pada 2025 atau 2026.
Perpaduan, nilai kekeluargaan teras kemajuan Wilayah Persekutuan - Zaliha
Wilayah Persekutuan bukan sekadar tempat tinggal malah menjadi tempat bagi pelbagai lapisan masyarakat untuk membina impian dan mencipta kenangan bersama
.
.
Kadar gaji minimum RM 1,700 mulai 1 Februari 2025
Berkuat kuasa hari ini, kadar gaji minimum daripada RM1,500 kepada RM1,700 sebulan kepada semua pekerja.
Citaglobal beli tanah di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada harga RM73 juta
Citaglobal beli sebidang tanah seluas 6,410 meter persegi (0.63 hektar) di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada harga RM73 juta.
China tuntut AS siasat nahas udara di Washington
China menuntut Amerika Syarikat (AS) menyiasat insiden nahas udara berhampiran Washington, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 67 nyawa, Rabu lalu.
Trump sokong usaha Kongres gubal undang-undang transgender
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, akan menyokong usaha Kongres menggubal undang-undang berkaitan transgender.
Trump mahu kenakan tarif import Kanada, Mexico bermula hari ini
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, sahkan akan meneruskan ancamannya untuk mengenakan tarif sempadan sebanyak 25 peratus ke atas import dari Kanada dan Mexico mulai Sabtu.
Netanyahu akan bertemu Trump di Washington D.C
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, akan berada di Washington D.C. pada Selasa bagi mengadakan mesyuarat kerja dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
Maybank aktifkan Bantuan Kewangan Banjir kepada pelanggan terjejas di Sabah, Sarawak
Bantuan berkenaan disediakan di seluruh negara, bertujuan meringankan beban kewangan pelanggan Maybank yang terjejas.
Kerajaan Sarawak salur peruntukan tambahan RM10 juta kepada JPBN
Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata menerusi peruntukan itu, JPBN akan mengagihkan bantuan di semua kawasan terjejas akibat banjir.
Bencana: PM Anwar umum peruntukan segera lebih RM24 juta untuk Sabah, Sarawak
Anwar berkata bantuan kerajaan Pusat kepada negeri yang dilanda bencana, tidak mengikut musim.
Banjir: Ratusan penumpang bas Indonesia dipindahkan melalui sempadan Malaysia
Ratusan penumpang bas dan pengguna kenderaan peribadi daripada Pontianak, Kalimantan Barat dipindahkan ke Entikong dengan melalui sempadan Malaysia susulan banjir yang melanda wilayah berkenaan.
Mangsa banjir yang 'degil' diseru berpindah segera - Uggah
Uggah berkata, ini kerana masih ada segelintir individu yang belum bersedia untuk berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang terdekat.
Mangsa banjir di Sabah dan Sarawak meningkat pagi ini, Bintulu paling terjejas
Pagi ini, jumlah mangsa di Sarawak meningkat kepada 9,398 orang daripada 2,725 keluarga manakala di Sabah, 5,617 orang daripada 1,899 keluarga.
Masjid, surau di Sarawak diarah laksana solat hajat bencana banjir selepas Jumaat
Solat ini bertujuan memohon kesejahteraan mangsa banjir serta agar bencana tersebut segera diangkat.
Sabah Electricity pantau bekalan elektrik di kawasan terjejas banjir
Sabah Electricity telah mengerahkan pasukan teknikal untuk bersiap sedia 24 jam membaiki sebarang kerosakan di daerah terjejas banjir.
Mangsa banjir di Sarawak, Sabah meningkat
Di Sarawak, jumlah mangsa meningkat kepada 7,503 orang daripada 2,096 keluarga berbanding 6,718 orang daripada 1,825 keluarga petang semalam.
Banjir terburuk landa Bintulu, kebajikan mangsa jadi keutamaan
Beberapa kawasan di bandar Bintulu yang sebelum ini tidak pernah dilanda banjir, turut dinaiki air termasuk beberapa kawasan perumahan.