SHAH ALAM: Sebanyak 45 unit Sistem Amaran Perlanggaran Motosikal MIROS (MCAS) akan dibangunkan dan dipasangkan pada motosikal milik penunggang motosikal persendirian bagi menguji keberkesanan sistem tersebut menerusi satu kajian rintis.
Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Datuk Dr Khairil Anwar Abu Kassim berkata, kajian tersebut akan melibatkan penunggang motosikal sebenar dalam kalangan mereka yang berulang alik ke tempat kerja dengan menggunakan motosikal.
Menurutnya, projek kajian rintis itu merupakan satu kerjasama penyelidikan yang telah dibentuk antara MIROS dan PLUS Malaysia Berhad (PLUS).
“Proses pencarian 45 orang peserta kajian dijadualkan bermula pada bulan Jun 2022 dan akan diumumkan secara rasmi melalui platform media sosial serta kenyataan media.
“Untuk kajian rintis ini, pemilihan peserta akan melibatkan kawasan Lembah Klang, Kedah dan Pulau Pinang.
"Sistem MCAS akan dipasangkan pada motosikal peserta selama tiga bulan untuk menguji keberkesanan sistem amaran perlanggaran tersebut. Hasil kajian ini dijangka akan dikeluarkan pada suku pertama tahun 2023,” katanya menerusi satu kenyataan pada Rabu.
Dalam pada itu, Khairil Anwar berkata, kajian tersebut akan dibiayai secara bersama oleh PLUS menerusi sumbangan dana bagi membiayai kos pengumpulan dan analisa data kajian manakala kos pembangunan 45 unit sistem MCAS akan dibiayai menggunakan dana penyelidikan MIROS.
“PLUS juga akan terlibat secara langsung dalam proses pengumpulan data kajian. MIROS sangat berbesar hati atas sokongan dan penglibatan PLUS dalam kajian rintis ini yang merupakan satu bukti jelas komitmen PLUS dalam meningkatkan keselamatan jalan raya di Malaysia.
"Kerjasama strategik antara MIROS dan PLUS dalam kajian rintis pemasangan sistem amaran perlanggaran motosikal ini merupakan satu tanda aras dan pencapaian yang penting dalam kemajuan serta kapasiti penyelidikan MIROS," ujarnya.
Justeru, kerjasama ini diharap dapat menjadi satu titik permulaan kepada lebih banyak kerjasama dan sokongan pihak yang terlibat dalam rekabentuk serta pengeluaran motosikal membabitkan semua pemegang taruh untuk bersama-sama meningkatkan tahap keselamatan penunggang motosikal melalui pengaplikasian hasil kajian dan penggunaan teknologi termaju dalam reka bentuk motosikal yang lebih selama.
Sementara itu, Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail berkata, pihaknya berharap penyelidikan ini mampu meningkatkan tahap keselamatan dalam kalangan penunggang motosikal.
“Sebagai rakan strategik untuk keselamatan, PLUS berasa gembira diberi peluang berkolaboratif bersama MIROS dalam kajian rintis ini.
“Ia seiring dengan pendekatan 3E (Engineering, Enforcement & Education) yang diadaptasikan oleh PLUS dalam usaha kami untuk meningkatkan keselamatan sepanjang rangkaian lebuh raya kami.
“Ia juga bertepatan dengan matlamat kami untuk menjaga pelanggan lebuh raya dengan baik sepanjang perjalanan mereka," katanya.
Tambahnya, hasil kajian ini dijangka dapat memberi impak yang signifikan dalam meningkatkan tahap keselamatan penunggang motosikal di Malaysia.
“Inisiatif ini juga merupakan salah satu strategi untuk menyokong Pelan Keselamatan Jalan Raya Nasional 2022 hingga 2030 dalam menurunkan kadar kematian akibat nahas jalan raya terutama melibatkan penunggang motosikal,” jelasnya.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Thu May 26 2022

Kajian akan melibatkan penunggang motosikal sebenar dalam kalangan mereka yang berulang alik ke tempat kerja dengan menggunakan motosikal. Gambar kecil dari kiri: Azman, Khairil Anwar
Calon BN sudah disenarai pendek - Ahmad Zahid
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini telah disenarai pendek dan akan diumumkan seminggu sebelum tarikh penamaan calon.
Lebih 10,000 meriahkan majlis berbuka puasa bersama PM
Lebih 10,000 hadirin termasuk golongan agamawan dan asnaf berkesempatan berbuka puasa bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya, pada Isnin.
Inisiatif SMJ: Kerajaan negeri fokus bangunkan, perbaiki keperluan asas
Agenda pembangunan Sabah melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) kini berada di landasan yang betul dan menampakkan hasil positif.
Sultan Nazrin rasmi Masjid Tuminah Hamidi
Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzudin Shah berkenan merasmikan Masjid Tuminah Hamidi dan majlis berbuka puasa sempena bulan Ramadan di Bagan Datuk.
26 rakyat Malaysia diselamatkan di Myanmar dihantar pulang esok
Kumpulan kedua 26 rakyat Malaysia yang diselamatkan daripada sindiket penipuan pekerjaan di Myanmar dijangka dihantar pulang esok, menurut Kedutaan Besar Malaysia di Thailand.
Mangsa banjir di sabah meningkat kepada 4,555 orang malam ini
Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah meningkat kepada 4,555 orang daripada 1,493 keluarga setakat 8 malam ini berbanding 4,159 orang daripada 1,362 keluarga pada 4 petang tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan lapan PPS di Tenom menempatkan 1,162 orang daripada 435 keluarga.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan lapan PPS di Tenom menempatkan 1,162 orang daripada 435 keluarga.
Dua tertuduh dakwa dipaksa buat pengakuan
Dua tertuduh dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu, Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan atau dikenali sebagai Ijat, memberitahu Mahkamah Tinggi Tawau bahawa mereka telah dipaksa membuat pengakuan berhubung kematian mangsa.
Leraikan pergaduhan, pengawal keselamatan dilanggar kereta
Seorang pengawal keselamatan sebuah pusat hiburan mengalami patah di bahagian pinggul akibat dilanggar kereta ketika cuba meleraikan pergaduhan, di Bandar Botanik, Klang awal pagi semalam.
[TERKINI] Laman X berdepan gangguan, gagal diakses
Platform media sosial milik jutawan teknologi Elon Musk, X berdepan gangguan di beberapa bahagian dunia, termasuk malaysia, pada Isnin.
Downdetector melaporkan, bilangan laporan gangguan meningkat kepada lebih 40,000 selepas berkurangan pada petang Isnin.
Downdetector melaporkan, bilangan laporan gangguan meningkat kepada lebih 40,000 selepas berkurangan pada petang Isnin.
Kenderaan barangan dilarang guna jalan raya
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan penguatkuasaan Larangan Pemanduan ke atas Kenderaan Barangan sempena sambutan Aidilfitri selama empat hari.

MCAS nafi ada kaitan dengan GISB dan pergerakan Al-Arqam
Persatuan Mualaf Singapura (MCAS) menafikan sebarang kaitan dengan GlSB Holdings Sdn Bhd (GISB) atau pergerakan Al-Arqam.

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia dan NGO bersatu jaga kebajikan rakyat Malaysia di Singapura
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura akan terus bekerjasama dengan NGO seperti MCAS bagi menjaga kebajikan rakyat Malaysia di negara ini.

MIROS bakal uji keberkesanan sistem MCAS
Kajian akan melibatkan penunggang motosikal sebenar dalam kalangan mereka yang berulang alik ke tempat kerja.

Situasi cemas apabila sebuah lagi pesawat Boeing 737 MAX alami masalah mekanikal
Penerbangan American 2555 dari Miami membawa 95 penumpang dan enam anak kapal itu selamat mendarat di Newark.