KUALA LUMPUR: Pembelian minyak masak paket satu kilogram hanya untuk kegunaan isi rumah dan tidak boleh dibeli digunakan bagi tujuan komersial seperti pengusaha restoran.
Bagaimanapun menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, pengecualian ini diberikan kepada peniaga kecil.
“Sebenarnya kalau ikut undang-undang sebenarnya ia hanya untuk digunakan oleh isi rumah atau kegunaan domestik di rumah untuk keluarga sahaja.
“Tapi kita memahami ada dalam kalangan mereka yang berjual ataupun membuat bisnes secara kecil-kecilan atau mikro seperti goreng pisang ke char kuey teow dan sebagainya.
‘’Selama ini kalau daripada aspek peraturan, ia tidak boleh digunakan kerana itu kegiatan dan aktiviti komersial tetapi kita memahami masalah mereka yang dibebani penularan pandemik COVID-19 dan sebagainya, jadi kita biar dulu,’’ katanya ketika ditemui Astro AWANI pada Rabu.
Namun pada masa sama, Nanta menegaskan bahawa penggunaan minyak masak paket tidak boleh digunakan oleh perniagaan atau restoran pada skala yang besar.
“Ingin saya ingatkan kepada semua dengan ini saya tegas bahawa KPDNHEP bertegas dengan mana-mana restoran dan perniagaan yang besar tetap tidak boleh menggunakan minyak yang bersubsidi ini,’’ tambahnya lagi.
Selain itu, menjawab permintaan pengguna yang mahu had pembelian minyak masak paket dinaikkan, Nanta berkata semua pihak perlu akur dengan peraturan ditetapkan.
Ini kerana jika itu dilakukan, kemungkinan ada pihak yang langsung tiada peluang mendapatkannya.
‘’Buat masa sekarang kita kekalkan untuk hanya dibolehkan pembelian tiga paket satu kilogram satu polibag yang bersubsidi itu.
“Mengapa kita buat begini kerana kita nak pastikan kita adil kepada semua pengguna dan kalau kita benarkan pembelian tu lebih daripada tiga paket satu pembelian, nanti ada sesetengah pihak tidak dapat bekalan jadi saya ingatkan kepada semualah sila patuh kepada peraturan ini,’’ ujarnya.
Syafik Shukri Jalil
Wed Jul 06 2022
Nanta pada masa sama menggesa pengguna untuk akur dengan peraturan yang mengehadkan pembelian minyak paket. FOTO: BERNAMA
Tumpuan Rabu – 25 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
American Airlines tarik balik pemberhentian penerbangan sementara
Menerusi hantaran media sosial di X, syarikat tersebut memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku serta akan berusaha untuk menyelesaikan masalah ini dengan secepat mungkin.
Bekas ketua dadah Mexico dibebaskan dari penjara Amerika Syarikat
Ochoa dihantar pulang oleh Kerajaan Amerika Syarikat dan kini diisytiharkan bebas daripada sebarang tuduhan undang-undang.
10 Berita Pilihan - (24 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Menara Eiffel akan dibuka secara berperingkat
Namun begitu, menurut kenytaan media syarikat yang menguruskan menara itu berkata, pengunjung hanya diberikan akses sehingga tingkat dua.
12 maut, empat cedera kilang bahan letupan meletup
Menurut Menteri dalam Negeri Ali Yerlikaya, pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci untuk mengenal pasti punca letupan itu berlaku.
Polis Marin rekod hasil rampasan tertinggi libatkan kontraban
Pasukan Polis Marin (PPM) merekodkan nilai rampasan kira-kira RM216 juta bagi tempoh Januari hingga November tahun ini.
Dongeng Sang Kancil sentuhan moden cerita rakyat
Selepas karya Upin dan Ipin dikenali ramai, Les' Copaque kini melakar kejayaan lebih jauh dengan watak popular cerita rakyat menerusi filem ‘Dongeng Sang Kancil’.
Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, lebih membanggakan, ia merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, lebih membanggakan, ia merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
PETRONAS rai tahun baru dengan filem perayaan 'Setulus Hati'
PETRONAS menyambut tahun baharu dengan filem istimewa bertajuk ‘Setulus Hati’ yang mengetengahkan keunikan budaya Peranakan.
Model adaptasi kaji iklim, bencana mampu buat ramalan lebih tepat
Mendepani dua dekad Tsunami yang mengorbankan ratusan ribu nyawa, Universitas Syiah Kual, Aceh melakukan pengadaptasian model perubahan iklim yang menggabungkan kajian perubahan iklim dan bencana.
Minyak masak paket hanya untuk isi rumah dan peniaga kecil - Nanta
Pembelian minyak masak paket satu kilogram hanya untuk kegunaan isi rumah dan tidak boleh dibeli digunakan bagi tujuan komersial seperti pengusaha restoran.