GEORGE TOWN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman Timbalan Pengarah Laut dan Pegawai Unit Operasi di Jabatan Laut Wilayah Utara serta dua lagi individu bagi membantu siasatan berhubung dakwaan meminta dan menerima suapan berbentuk tajaan percutian ke Pulau Langkawi, Kedah pada Julai tahun lalu.
Perintah reman selama enam hari bermula 18 hingga 23 Januari ini dikeluarkan Majistret, Nur Melati Diana Abdul Wahab selepas SPRM mengemukakan permohonan reman di Mahkamah Majistret Jenayah 1, di sini, hari ini.
Menurut sumber SPRM, suspek pertama adalah seorang lelaki berpangkat Timbalan Pengarah Laut gred AL52, manakala, individu kedua seorang wanita adalah Pegawai Unit Operasi gred AL41 dan dua lagi lelaki masing-masing bekerja sebagai pengarah syarikat dan kontraktor.
"Siasatan kita mendapati suspek pertama dan kedua dikatakan telah meminta dan menerima rasuah tajaan percutian ke Langkawi, Kedah berupa tiket kapal terbang dan penginapan bernilai RM2,808.12 daripada suspek ketiga dan keempat.
"Tindakan itu dikatakan dilakukan sebagai balasan memilih dan memberikan kerja-kerja sebut harga di Jabatan Laut Malaysia Wilayah Utara," katanya hari ini.
Permohonan reman dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Noor Azura Binti Zulkiflee dan kesemua suspek diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangaan (YBGK).
Kesemua individu itu yang berusia 30 hingga 52 tahun disiasat di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.
Jika sabit kesalahan, individu terbabit boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun, denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana lebih tinggi.
Difahamkan kesemua mereka ditahan antara jam 4.30 petang hingga 10 malam pada Selasa selepas dipanggil memberi keterangan di Pejabat SPRM Pulau Pinang.
Dewi Nur Harasha Alias
Wed Jan 18 2023
SPRM) menahan reman Timbalan Pengarah Laut dan Pegawai Unit Operasi di Jabatan Laut Wilayah Utara serta dua lagi individu bagi membantu siasatan berhubung dakwaan meminta dan menerima suapan berbentuk tajaan percutian ke Langkawi.
Dr Wan Azizah cadang wujudkan 'rumah kucing'
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mencadangkan supaya 'rumah kucing' diwujudkan bagi menjaga kebajikan kucing gelandangan, terutama di kawasan perumahan kos rendah.
Polis siasat status kemasukan tujuh warga Indonesia maut dalam kemalangan
Polis kini menjalankan siasatan lanjut bagi menentukan status kemasukan tujuh warga Indonesia yang maut dalam kemalangan jalan raya di Sarikei petang semalam adalah secara sah atau sebaliknya.
AWANI 7:45 [20/11/2024] – Delegasi perniagaan bayar RM4.5 juta | Perolehan aset luar negara | Penjenayah perang | Polis 'curi tulang'
Kerajaan jimat hampir RM1 juta, PM ke lima negara.
SPRM masih siasat isteri dan keluarga Tun Daim.
Waran tangkap Netanyahu, kemenangan kepada dunia, kata PM.
Dron kenal pasti polis main golf waktu kerja.
SPRM masih siasat isteri dan keluarga Tun Daim.
Waran tangkap Netanyahu, kemenangan kepada dunia, kata PM.
Dron kenal pasti polis main golf waktu kerja.
Bomba Perak giat cari lelaki Orang Asli hilang ketika memancing
JBPM Perak sedang giat mencari seorang lelaki Orang Asli yang dipercayai hilang selepas keluar memancing di Sungai Tumboh, Kampung Gajah, dekat sini sejak petang semalam.
PDRM kutip lebih RM1 juta saman pada hari pertama program 2TM
PDRM berjaya mengutip RM1.03 juta pembayaran saman setakat 3 petang pada hari pertama penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.
#AWANIRingkas 22 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 25 November 2024
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi tinggi pada Jumaat, didorong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Dialog Poket Rakyat: Subsidi - Antara Strategi, Realiti & Tingkah Laku Pengguna
Apakah realiti di akar umbi mengenai reformasi ekonomi berkaitan subsidi dan pelaksanaannya? Sejauh mana rakyat bersedia melepaskan kebergantungan mereka terhadap subsidi? Apakah strategi mengurangkan tekanan kewangan dan inflasi? Ini fokus diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat 8.30 malam ini.
Taufan Man-Yi: Bekalan kuasa di Benguet hampir pulih 100 peratus
Benguet Electric Cooperative (beneco) menyasarkan untuk memulihkan kuasa di Benguet yang sebelum ini terjejas akibat dibadai taufan itu. Setakat Khamis, kuasa telah dipulihkan hampir 99.54 peratus daripada 233,411 sambungan pengguna.
MyDigital ID: Memperluas integrasi, memastikan akses lebih cepat dan mudah
MyDigital ID akan terus memperluas integrasi dengan lebih banyak penyedia perkhidmatan dari pelbagai sektor, terutamanya dalam sektor kewangan dan e-wallet, untuk memastikan akses yang lebih cepat dan mudah kepada perkhidmatan kewangan untuk rakyat Malaysia.
Minta tajaan percutian ke Langkawi, Timbalan Pengarah Laut antara 4 direman SPRM
Tajaan percutian ke pulau peranginan itu merangkumi tiket kapal terbang dan penginapan bernilai RM2,808.12.