KETUA Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan kumpulan minoriti agar tidak menundukkan suara masyarakat majoriti di negara ini.

Menurut Anwar, beliau tidak mahu keangkuhan kelompok minoriti yang merasakan setiap pandangan mereka itu harus diterima sehingga boleh menjejaskan hak dan keistimewaan orang Melayu yang menjadi roh Perlembagaan Persekutuan.


Anwar ditemubual di dalam program mingguan AI yang disiarkan pada Khamis di Astro AWANI.